Tuesday, 28 February 2012

KELUARGA KITINGAN BERPERANG SIAPA YANG UNTUNG?


Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, TIMBALAN Ketua Menteri dan adiknya   Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akhirnya berperang secara terbuka dalam media Sabah. 


Apa dah jadi dengan dua pemimpin KDM ini? Politik punya pasal adik beradik tidak sehaluan. Macammana lah agaknya mahu menumbangkan Musa Aman kalau hal-hal seumpama ini tidak dapat dibendung. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan?berapa banyak parti yang disertainya? Jadi bolehkah anda rakyat Sabah menaruh kepercayaan kepada 'orang' seperti ini?


Musa Aman juga yang senyum memerhati bagaimana KDM berjaya dipecahkan. Pairin hadir mewakili Musa Aman dalam Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masyarakat di Keningau. Dalam Majlis ini Pairin menyelar adiknya? bijak ke? 

Kemudian Jeffrey membuat serangan balik kepada Pairin menceritakan pula drama pembohongan Pairin abangnya. Baguslah adik beradik dah menelanjangkan sendiri cerita peribadi mereka?

Mampukah PBS mengukir kemenangan? Apakah UBF dan STAR akan jadi pilihan? kerana pergolakan ini turut mencerminkan sikap pemimpin KDM di Sabah?

Musa juga yang bijak. Pairin pula kena getahnya.

No comments: