Oleh: AK Naddin AK Salleh
Dalam program Penerangan Perdana Zon 6 di Tawau baru-baru ini Ketua Menteri Ketua Menteri selaku PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, sekali mengulangi peringatannya dan sikap pura-puranya kepada semua anggota Umno dan parti komponen BN di Sabah supaya menerima secara terbuka siapa sahaja yang diputuskan pucuk pimpinan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.
Bolehkah keluarga Musa menerima seadanya pencalonan seandainya Musa dan keluarganya tidak dicalonkan oleh YAB Perdana Menteri? atau di pindahkan kerusi di parlimen atau di mana-mana sesuai.
Umum mengetahui Musa Aman, Anifah Aman dan keluargnya tidak mempunyai "base" di mana-mana kawasan melainkan menantukan sekarang Arifin Arif yang berasal dari membakut. Tapi Musa dan Anifah adalah berasal dari Beaufort. Lantaran itu kerana mereka ini tiada "base" maka keluarga Aman ini bertabur di seluruh Sabah mencari kawasan. Sebab tu Anifah Aman goyah di Kimanis. Desas desus mengatakan kawasan Sipitang, Lumadan, Beaufort turut diintai.
Kalau benar Musa Aman akur pada pimpinan parti janganlah lagi keluarganya mengugut kalau tidak di calon atau dilantik menjadi Menteri. Anifah Aman misalnya membawa TPM berjumpa PM untuk melantiknya menjadi Menteri Penuh persekutuan. Kalau tidak dilantik keluar parti. Inilah sikap hipokrit yang diulang tayang oleh keluarga Musa.
Musa pengamal politik dendam sering menyingkir musuh-musuhnya yang tidak sebulu. Yang menentangnya di pujuk dan diberi habuan projek untuk berdiam diri. Lihatlah Datuk Salleh Said yang dulu lantang mengkritik Musa sekarang apa jadi? sudah jadi budak 'jurucakap' Musa Aman. Jijik benar perangai Presiden USBO ini. Tidak konsisten sehingga membelakangkan Shafie Apdal.
Fikir-fikirkan lah secara mendalam siapapun pemimpin kalau dalam UMNO pasti mereka akan ikut "kepala". Kalau Shafie, hajiji, rahim, lajim dan lain lain lagi yang jadi ketua semua orang akan ikut. Jadi apa yang PM dan pemimpin akar umbi takut dengan Musa. Lawan sahaja. Persepsi mengatakan keluarga Musa dipayungi oleh "Rosmah" harus dikikis. Jangan kerana cincin 24 juta yang dihebohkan maka PM hilang akal memikirkan sesuatu yang wajar untuk Negeri Sabah.
Jika Musa Aman dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Libaran ia adalah amat baik untuk meleraikan kemelut kepimpinan BN di Sabah bagi mengelaknya BN berkubur di Sabah seperti mana berlaku kepada Haris Salleh dan Pairin Kitingan. Ini memberi peluang kepada pemimpin BN lain menjadi Ketua Menteri yang baru.
Jika Musa Aman dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Libaran ia adalah amat baik untuk meleraikan kemelut kepimpinan BN di Sabah bagi mengelaknya BN berkubur di Sabah seperti mana berlaku kepada Haris Salleh dan Pairin Kitingan. Ini memberi peluang kepada pemimpin BN lain menjadi Ketua Menteri yang baru.
No comments:
Post a Comment