suatu hari Musa akan jatuh juga! |
KESTABILAN politik serta kerjasama antara pemimpin dan rakyat di Sabah membolehkan agenda pembangunan yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman semasa Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2,000 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sibuga dan Gum-Gum di Sandakan.
Musa Oh Musa, nak duduk lama lagi untuk terus memimpin Negeri Sabah sampailah mati. Mungkin Musa mahu menyamakan dirinya setaraf dengan Ketua Menteri Sarawak yang paling memerintah.
Berapa lama sangatkah seseorang itu mahu menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar? Khir Toyo, Shahidan Kassim, Idris Jusoh dan ramai lagi telah menerima nasibnya. Pak Lah sendiri Perdana Menteri yang bangga banyak mendapat undi dalam tahun 2004 akhirnya menjadi mangsa pada tahun 2008 apabila rakyat mengurangkan penguasaan majoriti 2/3 BN dan merampas 5 Negeri.
Lawan Tetap Lawan |
Apakah BN akan mampu mengekalkan penguasaannya dalam PRU13? Begitu juga dengan Sabah yang bangga kedudukannya sebagai "Fixed Deposit". Seperti kata Musa yang selalu angkuh "Pembangkang tidak mampu membantu rakyat melalui janji kosong,". Apa sangat dibangga dengan kerusi BN di Sabah sekarang. Dimana-mana suara sumbang mempersoalkan wakil rakyat telah mula kedengaran. Wakil rakyat yang tidak bekerja tentu akan menerima nasibnya.
Musa yang menyeru kestabilan tapi dalam masa yang sama berkonfrontasi dengan rakan-rakan BN yang dilihat menentangnya. Lihatlah bagaimana Musa menekan pemimpin-pemimpin Sabah seperti Shafie Apdal, Lajim Ukin, Rahim Ismail, atau mana-mana pemimpin parti komponen yang menegurnya.
Begitu banyak isu-isu Musa Aman ini jika diandai seperti bom jangka pastinya akan meletup bila-bila masa. Namun seperti ahli silap mata Musa Aman pandai membaca mantera agar bom yang berdetik tidak meletup lagi. Tunggulah masanya akan tiba orang yang nak berkuasa akan jatuh dengan hinanya.
No comments:
Post a Comment