Oleh Brother Jack Jenggo
Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO tentu lebih panas dari biasa apabila harapan pengumuman RCI PATI oleh PM pada 16 Februari 2012 semasa lawatan PM Sabah tidak berlaku. Nampaknya apa yang Bernard katakan "Ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah selama ini. Saya telah membangkitkan isu RCI pada mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi ia tergantung tanpa sebarang keputusan". RCI di Sabah menjadi agenda "surprise" sekali lagi. Bila? sama-sama kita nantikan.
Musa Aman mungkin tidak akan selesa jika pengumuman RCI dibuat pada majlis yang dianjurkannya. Mungkin Najib mencari masa yang lebih sesuai dan tepat.
Bernard terus menanti. Penantian satu penyeksaan! |
Impian Bernard sebagai hero KDM dalam mempelopori isu RCI mungkin tidak disenangi oleh PBS dan lain-lainnya. Najib juga nampaknya tidak mahu menampakkan isu RCI seolah-olah dibawa oleh UPKO tetapi semua parti komponen. Musa Aman nampak banyak berdiam dalam isu RCI. Inilah strategi Musa "Berdiam" melenyapkan semua isu. Kaedah inilah yang digunakan dalam menangani isu-isu berkaitan dirinya di Sabah.
Tetapi apakah Bernard Dompok akan diam?
No comments:
Post a Comment