PM akan umumkan RCI pada 16? |
Bernard mendesak ditubuh sebelum pilihan raya |
KERAJAAN Persekutuan telah membuat keputusan tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok yang juga Presiden UPKO.
"Ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah selama ini. Saya telah membangkitkan isu RCI pada mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi ia tergantung tanpa sebarang keputusan.
"Saya membangkitkan lagi isu ini pada mesyuarat kabinet terakhir (8 Feb) dan kabinet kemudiannya telah membuat keputusan. Perdana Menteri akan menangani seterusnya,"
Parti KDM di Sabah ialah PBS, PBRS dan UPKO. Masyarakat Kadazan Dusun Murut yang selama ini berharap RCI Pendatang Tanpa Izin Sabah di wujudkan melihat tiga parti utama mereka di Sabah. Siapa yang dapat memperjuangkan isu ini. Apakah Bernard Dompok boleh menjadi hero dan kedudukannya akan selamat sebagai pejuang wakil KDM? Begitu mendesak sifatnya. Seperti kata Dompok "Sudah pasti sebarang Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dibuat sebelum pilihan raya umum diadakan." .
PBRS juga sokong |
tunggu penggumuman PM |
PBS yang dahulunya parti yang kuat tetapi sekarang seolah"Segan Mati tak Mahu" terpaksa hidup dicelah telunjuk Musa Aman nampak bingkas bangun untuk turut sama memperjuangkan RCI. Pada Jumaat lalu ayam tambatan Pairin Kitingan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dipetik berkata tidak mustahil Perdana Menteri akan mengumumkan perkara itu di Sabah minggu depan.
PBRS di bawah kepimpinan Joseph Kurup juga mengintai ruang untuk mencadang RCI. Bezanya oleh kerana Joseph Kurup walau Presiden Parti tetapi selaku Timbalan Menteri bermakna peluangnya untuk bersuara dalam Mesyuarat Jemaah Menteri tidak berlaku.
Dah terlalu tua bersuara? |
Mari bersatu tumbangkan BN |
Dicelah-celah ini muncul pula Jefry Kitingan (STAR) dan Yong Teck Lee (SAPP) berjuang untuk RCI. Ini telah menambah tekanan pada parti KDM.
Oleh itu Parti KDM tiada pilihan maka mereka perlu mendesak menubuhkan RCI begitu kuat sekali. Pemimpin UMNO pula berbelah bagi dan "playsafe" membuat kenyataan mengenai RCI.
Tentu ini satu lagi perkara yang memeningkan Musa Aman. YAB Perdana Menteri juga nampaknya perlu membuat keputusan. sama-samalah kita nantikan keputusan PM.
RCI? Bikin Panas! |
No comments:
Post a Comment