Thursday 18 April 2013

APA SUDAH JADI PARLIMEN P.181 TENOM RAKYAT BANTAH MUSA- SATU LAGI BAKAL TUMBANG

P.181 TENOM
WATIKAH JAMAWI JAAFAR SEBAGAI CALON DITARIK BALIK KERANA BANTAHAN CALON LAMA DAN KETUA BAHAGIAN? 





BN asyik mengatakan Pembangkang/PR di Sabah bercelaru dan bertelagah kerana kawasan. Tidakkah itu perkara biasa?.Nampak BN pun tidak kurang hebatnya siap berdemonstrasi.

Siapa calon winnable candidate?

Kenapa agaknya rakyat Tenom begitu benci dengan calon lama mereka Raimee Unggi? sebab kepimpinan tidak berkesan? jarang turun padang? tidak menjaga kebajikan rakyat? atau dah dua penggal jadi wakil rakyat, jadi wakil rakyat sangat...sangat meluat. Bermakna kalau bukan Jamawi Jaafar sebagai calon dan Raime Unggi diKekalkan. Tumbanglah kerusi BN. atau Datuk Rubin Balang mahu kawasan parlimen? ermmm peluang melompat sangat tinggi. Calon Parlimen tinggi harganya.

Musa Aman nak ikut siapa? rakyat atau wakil-wakil rakyat lama yang habis tarikh ini?.

TAHUN 2008

Jumlah Pengundi: 20,874
Peratusan Kaum: B/I: 25.06 % B/B/I: 57.44% C: 17.34% L: 0.16% 
1. Raime Unggi (BN) (9,535) 
2. Mutang@Sylvester Dawat (Bersekutu) (485)
3. Adris Taripin (PKR) (2,652) 
4. Joh Jimmy@Richard Joe Jimmy (Bebas) (2,499) 
Majoriti: 6,883
Jumlah undi: 15,703

Tahun 2013 dengan pengundi 24,866 apakah BN akan tumbang jika Raime Unggi kekal? PR akan meletakkan calon tempatan yang baru Masdin Bin Tumas, TIMBALAN Ketua Cabang PKR Tenom.

Pengundi kawasan Tenom majoriti Murut, dikuti Cina, Kadazandusun, Bumiputera Islam dan juga Lundeyuh belum memberi jaminan bahawa calon Murut boleh menang kerana rakyat di kawasan itu yang merangkumi dua Dewan Undangan Negeri itu pengundi majoriti Murut sudah berpecah menyertai parti-parti pembangkang.

menurut pemerhati politik di sini, yang hanya dikenali sebagai Rahaman berkata, kerusi Parlimen dan Dun Melalap kurang selamat kepada Barisan Nasional (BN) terkecuali kerusi Kemabong masih milik Umno-BN.Betul begitu?Sama-sama tunggu. 


Mudahan Raime Unggi kekal sebagai calon Parlimen.Senang kerja....

30 comments:

Anonymous said...

Suara Rakyat atau Wakil Rakyat?

Jelas pemilihan Raime Unggi sebagai wakil pilihan raya kali ini menimbulkan kemarahan dan ketidakpuashatian dikalangan masyarakat Murut di Tenom, apapun suara rakyat perlu didengar dan di teliti

Anonymous said...

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat unsur campur tangan dari negara luar untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Anonymous said...

Ahmad Zahid berkata ia juga antara usaha pembangkang yang mahu melihat ‘hang government’ sekiranya mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan BN di peringkat nasional supaya kerajaan tidak boleh dibentuk.

Anonymous said...

Menurutnya jika kerajaan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga, ia akan menyukarkan kerajaan untuk membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran negara.

Anonymous said...

“Kalau tidak dapat dua pertiga bagaimana nak tadbir negara. Kita tidak dapat pinda perlembagaan negara, kena berunding (dengan pembangkang) yang tentu melibatkan pelbagai syarat,” katanya.

Anonymous said...

Dalam sidang media di majlis berasingan, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana indidividu dari luar yang cuba mencampuri urusan politik negara.

Anonymous said...

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Konsul Besar Singapura di Johor Bahru semalam bahawa kereta berdaftar Singapura yang memasuki Johor dengan memasang logo menyokong kempen sebuah parti politik di Malaysia merupakan tindakan individu yang kewarganegaraan mereka tidak jelas.

Anonymous said...

Sementara itu, beliau mengingatkan mana-mana calon BN yang menang dalam PRU13 nanti supaya tidak angkuh dan sombong selepas ini kerana kemenangan mereka bukan disebabkan faktor individu tetapi faktor parti. “Saya ingin ingatkan, calon hanyalah lambang parti, kalau menang jangan berlagak, kemenangan bukan disebabkan anda hebat, tetapi jentera hebat,” katanya.

Anonymous said...

Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah.

PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak


Krisis Parti Keadilan Rakyat (Sabah) tidak lagi dapat disembunyikan. PKR yang telalu lantang mengkritik pemimpin Sabah dan Barisan Nasional di Sabah sudah terhantuk dan terngadah. Mereka perlu merenung ke dalam diri mereka dan sudah tidak “melayakkan” diri dan parti mereka untuk menyusun atur tindak-tanduk parti lain khasnya Barisan Nasional. Kata pepatah “cermin diri” dahulu.

Beberapa bulan yang lalu, DSAI datang ke Sabah dan “menegaskan” (perkataan favorite DSAI) bahawa PKR Sabah tidak menghadapi sebarang krisis termasuk krisis kepimpinan. Semua tahu dan dunia tahu bahawa “tiada siapa yang cuba membuka pekung di dada”. DSAI, seperti biasa, cuba menyembunyikan kepincangan parti pimpinannya itu.

Anonymous said...

Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah.

PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak


Kekalahan teruk Pembangkang di Bagan Pinang sudah cukup untuk memadamkan keinginan Pembangkang, khasnya DSAI sendiri yang mengepalai Pakatan Rakyat. Keyakinan rakyat kepada BN mula dipancarkan di Bagan Pinang.

Dr Jeffrey, sebagai veteran politician, tentunya sudah dapat meramal bahawa PKR kini berada di ambang krisis. Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah. Berdasarkan keadaan ini, adalah lebih wajar krisis sebenar PKR Sabah tidak lagi disembunyikan di bawah permaidani atau Lebih baik ditangani secara terbuka dan “gantleman” oleh pemimpin PKR Sabah.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa inilah masanya Jeffrey menghadapi kenyataan samada PKR benar-benar memerlukan kepimpinannya atau dia akan menyahut dan menerima jemputan YB. Albert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS untuk Jeffrey kembali ke pangkuan Parti Besatu Sabah-PBS.

Anonymous said...

Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah.

PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak


Bila 16 Bahagian PKR bermesyuarat tidak resmi dan hanya dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin. Manakala PKR Bahagian Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran tidak hadir. PKR Bahagian Sepanggar dan Sandakan pula digantung. Ini memang krisis besar PKR Sabah yang sudah lama ‘overdue”. Ramai yang melihat bahawa Dr Jeffrey pasti berada di sebalik tabir tindakan itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa krisis kepimpinan sebegini memang “trademark” Jeffrey bila ketokohannya didesak dan dipersoal.

Bahagian PKR yang 16 itu majoritinya sudah pasti di kalangan penyokong Jeffrey dari KDM secara majoriti. Pengaruh Jeffrey di kalangan KDM memang sukar dinafikan. Relevantnya Jeffrey kepada KDM sama seperti relevanya DSAI kepada PKR. Tetapi bila Jeffrey tercabar dengan tindakan Azmin Ali yang menamakan Tuan Haji Hamzah Amir sebagai bakal penggantinya bagi jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey tidak lagi mampu bertahan atau berupaya menyembunyikan kehendaknya. Sebagai Naib Presiden PKR yang sudah menunjukkan komitment yang besar begitu lama, baginya dan penyokongnya dia lebih layak menduduki kerusi nombor 1 PKR Sabah itu.

Anonymous said...

Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah.

PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak


Namun Azmin mungkin mempunyai perhitungan yang berlainan. Baginya, musuh yang perlu ditawan di Sabah ialah UMNO manakala pihak lain dianggap sudah dipertanggungjawabkan kepada DAP, PAS atau SAPP. Kerana itu dia memilih Haji Hamzah Amir. Perkiraan Azmin ini dilihat sebagai prelude kepada PRU13 di mana Jeffrey BUKANlah seorang yang mudah menuruti kehendak pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan. Jeffrey adalah “pemegang paten” Borneonisasi dan point 20. Terbukti apabila dia menidakkan dan menafikan camputangan Teresa Kok (DAP) semasa pemilihan calon dalam PRU12 yang lalu.

Komitment dan kepimpinan Haji Hamzah Amir pula belum terbukti. Gerakan ahli-ahli PKR Kalabakan dan Balung yang cuba menyingkir Haji Hamzah berpendapat, suatu waktu dulu bahawa, bahawa Haji Hamzah terlalu mudah disingkirkan dari memimpin kawasan itu. Inikan pula menjadi pemimpin PKR seluruh Sabah. Apapun. kualiti kepimpinan Haji Hamzah sebagai mantan penjawat awam yang berpengalaman belum teruji. Adalah tidak adil memberikan “grade” terlalu awal mangenai kemampuannya mempimpin sesebuah organisasi siasah.

Anonymous said...

Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah.

PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak


Bagi kemp Jeffrey, mereka melihat Haji Hamzah dari sudut yang lain. Haji Hamzah adalah ipar Datuk Shafie Haji Afdal, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian UMNO Semporna, Menteri Penbangunan Luar Bandar Malaysia dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Shafie sudah pasti akan membayangi kepimpinan Haji Hamzah dalam hampir semua sudut. Atas dasar ini, bagi mereka, sudah tentu Haji Hamzah tidak akan mampu mengguggat kedudukan UMNO di Sabah dan dalam masa yang sama, PKR akan kehilangan pengaruh di kalangan KDM apabila Jefrey diketepikan.

Kem Haji Hamzah juga mempunyai alasan kukuh. Mereka melihat kewibawaan Jeffrey dibayangi oleh pengaruh DSP Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah, dan abang kandung Jefrey sendiri. Sebagai Huguan Siou, sudah pasti pengaruh Pairin dalam KDM mengatasi pengaruh Jeffrey. Alasan ini benar kerana hanya sekali sahaja Jeffrey menang dalam pilihanraya yakni di bawah tiket PBS dengan sokongan Pairin iaitu semasa Jeffrey bertanding di DUN Bingkor tahun 1994. Manakala pada PRU12, Jeffrey bertanding atas tiket PKR menentang PBS, Jeffrey kalah di DUN Bingkor kepada Gustin Gunka dari PBS, nama yang tidak berapa popuilar dalam arena politik Sabah.

Anonymous said...

Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah.

PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak


Saya melihat, langkah Jeffrey bersembunyi di belakang tabir 16 bahagian PKR yang bermesyuarat secara tidak resmi ini adalah perjuadian terakhir baginya dalam PKR. Dia akan “gamble” menghadapi badai politik Sabah jika dia diberi peranan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Jika tidak, perjuangannya dalam PKR mungkin akan berakhir di situ. Dia barangkali akan merehatkan diri dalam politik seperti yang selalu dilakukannya pada masa lampau. Dalam masa rehat, dia pasti merencana sesuatu demi masa depan perjuangannya, demi mengekalkan nama keluarga “Kitingan” dalam senario politik Sabah dan pengikutnya dari kalangan KDM.

Jika Jefrey diketepikan PKR, mungkin dalam masa terdekat dia tidak menerima pelawaan PBS. Baginya selagi YAB Musa Haji Aman (MA) menakhodai kapal Barisan Nasional Sabah, selagi itu dia merasakan bahawa MA adalah seteru atau musuh politiknya. Walaupun “politic is the game of possible” tetapi pertentangan politik antara Jeffrey dengan MA sudah terlalu jauh. Dalil 80+ dan beberapa kes rasuah yang diketengahkan Jeffry terhadap MA sudah tentu sukar bagi MA menerima dan memaafkan Jeffrey.

Anonymous said...

Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah.

PKR Sabah Di Hujung Malang: Jefferry Tak Layak



Jika Jeffrey disingkir dan berehat setahun dua, dia pasti akan kembali aktif menjelang PRU13. Hubungan rapatnya denga Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Mantan Presiden LDP sudah pasti mampu disuburkan Jeffrey. Mereka bertiga adalah ‘common political enemy” MA walaupun mereka lebih friendly kepada pemimpin BN yang lain. Seandainya pergolakan politik tanahair terus berlaku, tidak mustahil keadaan akan mendesak perubahan politik di Sabah. Jika MA membuat keputusan untuk tidak lagi mahu memimpin BN Sabah seperti tindakan Tun Pak Lah memberi laluan kepada DS Mohd. Najib Tun Razak, tidak mustahil Jeffrey akan bergegas menaiki perahu PBS atau bergabung dengan YTL dan CKK bagi melayari konsep 1Malaysia.

Persoalan yang masih terpampang di hadapan kita ialah, apakah Jeffrey hanya sekadar mencari alasan untuk meninggalkan PKR secara terhormat yang sudah lama melihatnya terlalu kerdil untuk berada di pentas politik tanahair?

Anonymous said...

problem adala biasa. esok banyak kerusi di jhor dan negeri-negeri lain pemimpin UMNO bertanding calon bebas...kita tgk siapa esok..Bermakna perkara seumpama itu biasa sama ada dlm BN or PR. tidak akan dapat puas hatikan semua orang.

Azroy said...

PKR Tenom Ketandusan Calon Wibawa

SEJAK kebelakangan ini, hampir kesemua parti pembangkang yang telah memperkenalkan calon wibawa mereka, namun sehingga ke hari ini, PKR Tenom masih menggelabah mencari pemimpin yang berwibawa bagi menggalas tugas sebagai calon Parlimen Tenom.

Azroy said...

PKR Tenom Ketandusan Calon Wibawa

Apa tidaknya, pemimpin yang diharapkan oleh PKR Tenom masih bergelut dengan tugasan harian keluarganya untuk menjaga anak-anak di rumah selaku 'amah' yang mendiami rumah PPRT kerana isteri terlalu sibok dengan kerja hariannya di sebuah jabatan kerajaan.

Azroy said...

PKR Tenom Ketandusan Calon Wibawa

Bagaimanakah penerimaan rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Tenom jika mereka mendapat tahu senario liku-liku penghidupan seorang yang bakal diangkat sebagai pemimpin tetapi masih bergelut dengan masalah keluarga?

Azroy said...

PKR Tenom Ketandusan Calon Wibawa

Suatu ketika dahulu seorang Peguam telah bersedia untuk menawarkan diri untuk mengisi tugasan itu, namun kepimpinan PKR Tenom membantah hasrat Peguam berkenaan dengan pelbagai alasan; meskipun Peguam itu adalah anak watan daerah Tenom. (jadi) Mahu cari jenis pemimpin bagaimana lagi?

Azroy said...

PKR Tenom Ketandusan Calon Wibawa

Bagi APS pula, sebuah NGO di bawah PKR telah menawarkan seorang pemimpin yang berwibawa lulusan Ekonomi dari UPM dan mempunyai latar belakang penghidupan yang lebih baik, memiliki bisnes yang baik dan berpengaruh di kawasan Tenom tetapi ditolak oleh PKR. Apakah sebabnya lagi?

Azroy said...

PKR Tenom Ketandusan Calon Wibawa

Masa sudah terlalu singkat untuk PKR mencari pemimpin yang lebih sesuai bagi menggalas tugas selaku calon yang berwibawa di Parlimen Tenom, dicadangkan agar niat untuk meletakkan calon disitu terpaksa dilupakan dan adalah lebih baik ucapkan sahaja, "Selamat Tinggal PRU13" untuk PKR Tenom.

mantera said...

SEJAK kebelakangan ini, hampir kesemua parti pembangkang yang telah memperkenalkan calon wibawa mereka, namun sehingga ke hari ini, PKR Tenom masih menggelabah mencari pemimpin yang berwibawa bagi menggalas tugas sebagai calon Parlimen Tenom.

mantera said...

Apa tidaknya, pemimpin yang diharapkan oleh PKR Tenom masih bergelut dengan tugasan harian keluarganya untuk menjaga anak-anak di rumah selaku 'amah' yang mendiami rumah PPRT kerana isteri terlalu sibok dengan kerja hariannya di sebuah jabatan kerajaan.

mantera said...

Bagaimanakah penerimaan rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Tenom jika mereka mendapat tahu senario liku-liku penghidupan seorang yang bakal diangkat sebagai pemimpin tetapi masih bergelut dengan masalah keluarga?

mantera said...

Suatu ketika dahulu seorang Peguam telah bersedia untuk menawarkan diri untuk mengisi tugasan itu, namun kepimpinan PKR Tenom membantah hasrat Peguam berkenaan dengan pelbagai alasan; meskipun Peguam itu adalah anak watan daerah Tenom. (jadi) Mahu cari jenis pemimpin bagaimana lagi?

mantera said...

Bagi APS pula, sebuah NGO di bawah PKR telah menawarkan seorang pemimpin yang berwibawa lulusan Ekonomi dari UPM dan mempunyai latar belakang penghidupan yang lebih baik, memiliki bisnes yang baik dan berpengaruh di kawasan Tenom tetapi ditolak oleh PKR. Apakah sebabnya lagi?

mantera said...

Masa sudah terlalu singkat untuk PKR mencari pemimpin yang lebih sesuai bagi menggalas tugas selaku calon yang berwibawa di Parlimen Tenom, dicadangkan agar niat untuk meletakkan calon disitu terpaksa dilupakan dan adalah lebih baik ucapkan sahaja, "Selamat Tinggal PRU13" untuk PKR Tenom.

Anonymous said...


selamat tinggal raimi unggi..... ini yang lebih dahsyat

Sotong Kurita said...

sekarang, siapa yang patut terima ucapan selamat tinggal??betullah jangkaan saya bahawa pembangkang akan kekal membangkang selama-lamanya..