Thursday 18 April 2013

SATU LAGI PRESIDEN KOMPONEN BN SABAH AKAN TUMBANG!!


 TUMBANG V.K LIEW
TUKAR !!!!
PARLIMEN P.186 SANDAKAN




                                   Datuk Liew Vui Keong
                           (V.K Liew)



                           TAHUN 2008

Jumlah Pengundi: 32,847
Peratusan Kaum: B/I: 34.91% B/B/I: 4.22% C: 60.49% L: 0.38% 
1. Datuk Liew Vui Keong (BN) (8,297) 
2. Chong Chu Lin@Shanty (DAP) (8,121)
3. Fong Vun Fui (Bebas) (2,929) 
Majoriti: 176
Jumlah undi: 19,991

TAHUN 2013 DENGAN PENGUNDI 37,136 APAKAH BN MELALUI VK. LIEW MAMPU MEMPERTAHANKANNYA. DENGAN MAJORITI SENIPIS 176 PADA TAHUN 2008 TENTU INI MEMBERI TEKANAN KEPADA V.K LIEW. ISU-ISU TEMPATAN YANG BANYAK BELUM SELESAI DAN TIDAK DAPAT DI ATASI OLEH V.K LIEW TENTU IA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA BN.SATU LAGI KEJUTAN BERLAKU APABILA PRESIDEN LDP SABAH INI TUMBANG MENYEMBAH BUMI. PASTINYA V.K LIEW TERPAKSA BEKERJA 100 KALI GANDA UNTUK MERAIH UNDI. 60% PENGUNDI CINA DI KAWASAN BANDAR TENTU AKAN BERPIHAK PADA PR/ DAP. JIKA BN MEMANDANG RENDAH KEUPAYAAN DAP MAKA SATU LAGI PRESIDEN KOMPONEN BN AKAN TUMBANG SELEPAS PRESIDE UPKO YANG GILA KUASA ITU.

DAP meletakkan calon baru bernama Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh di Parlimen Sandakan. 




Pertarungan ini tentu menarik. Jika pengundi Sandakan mahu mengakhiri kerjaya V.K Liew dan kembali kepada kerja asalnya peguam, silalah undi calon DAP/PR.

Lagipun tidak banyak peranan V.K Liew semasa menjadi Ahli Parlimen. Hanya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun VK Liew masih gagal berfungsi untuk menjadi wakil rakyat yang berkesan di Sandakan.




29 comments:

romeo said...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin membidas pemimpin pembangkang kerana datang ke Sabah semata-mata untuk mempengaruhi rakyat supaya menukar kerajaan sedia ada.

romeo said...

Menurut beliau, pembangkang janganlah berangan mahu menukar kerajaan kerana belum tentu mereka dapat mempengaruhi rakyat di negeri ini.

romeo said...

“Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin tinggi dan saya percaya rakyat negeri ini terus kekal bersama-sama dengan BN yang selama ini telah membawa banyak perubahan kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di sebuah hotel terkemuka di sini.

romeo said...

Katanya, keyakinan rakyat itu didorong atas komitmen kerajaan yang sentiasa menepati segala janjinya sekali gus menunjukkan rekod pemerintahan BN adalah terbaik.

romeo said...

Ini katanya, semua kaum terutama di luar bandar menikmati arus pembangunan yang dilaksanakan secara baik kerana menjadi matlamat BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menitikberatkan kebajikan semua golongan.

romeo said...

Muhyiddin optimis negara khasnya negeri ini akan jauh lebih pesat lagi memandangkan dalam ‘Manifesto Akujanji’ saja mengandungi pelbagai perancangan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

romeo said...

“Ini pembangkang macam-macam dia boleh cakap padahal dia sendiri kita nampak keadaan mereka … tak payah tukar kerana BN bukan sahaja berjaya dalam sektor pembangunan ekonomi malahan dari sudut keamanan pun, kita boleh merujuk kepada usaha menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini,” jelasnya.

Anonymous said...

Itulah bn ni kerja
Tak pakai otak. Mereka kerja berdsarkan persepsi gagah. Walhal rakyat benci. Dengan rasa kebencian kepada bn dan calon-calon maka kepentingan statistik digunakan melihat kerusi bn yang dijangka tumbang. Nampaknya ada asas. Jika PR berjaya mengambil 8 ke 12 kerusi bn pun.... Maka bn dah mencungap.... Mcm tulah politik

Anonymous said...

Insiden lahad datu. Kalau cepat fan pemimpin tidak ding dong saya pasti tak
Akan ada anggota keselamatan terkorban. Tetapi akibat kelewatan menteri-menteri kita maka itulah jadinya. Hishamudin asyik guna teropong sahaja utk selesaikan masalah sehinggalah para anggota keselamatan kita nj mempunyai akal utk menasihat agar menyerang..... Kalaulah juga kita
Bersiap lebih awal- kawal keselamatan perairan, tangani lrs ic yang diberi pd orang- orang suluk ini pasti dapat dielakkan. Tapi main politik nampaknya lebih banyak pemimpin -pemimpin kita ni...

Anonymous said...

Perebutan dalam kalangan parti pakatan pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan kepincangan mereka dan tiada muafakat.

Anonymous said...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kalangan parti pembangkang kini berebut-rebut untuk meletakkan calon mereka disebabkan pemimpin masing-masing ingin menjadi perdana menteri.

Anonymous said...

Katanya walaupun dahulu kalangan mereka mendakwa ada persetujuan tetapi apabila tiba pilihan raya umum, masing-masing menyifatkan tidak terikat dengan persetujuan itu.

Anonymous said...

“Ini menunjukkan mereka tiada muafakat, berebut-rebut ingin mendapatkan kerusi Parlimen dan DUN. Masing-masing mahu menjadi Perdana Menteri, jadi kalau parti mereka menang banyak mereka ada hak menuntut menjadi Perdana Menteri

Anonymous said...

“Sebab itu Parti Keadilan Rakyat mahu bertanding, DAP mau bertanding, PAS nak tanding walaupun dahulunya ada persetujuan tetapi masing-masing fikir itu tidak terikat,” katanya.

Anonymous said...

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata berbeza dengan BN, kalangan parti komponennya sepakat dalam soal pemilihan calon dan dalam menentukan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN.

Anonymous said...

Katanya soal persefahaman dan permuafakatan menjadi perbezaan besar antara BN dan pakatan pembangkang.

Anonymous said...

“BN mementingkan persefahaman dan permuafakatan dalam apa juga keputusan bagi memastikan kemenangan setiap calon mewakili BN,” katanya.

Anonymous said...

Mengenai calon parti pakatan pembangkang di Sabah yang akan bertanding lebih seorang di kerusi Parlimen dan DUN tertentu, Muhyiddin berkata BN tidak gentar dan bersedia menghadapi mereka.

Anonymous said...

Katanya lebih ramai calon pembangkang yang bertanding lebih meriah tetapi calon BN hanya seorang di setiap kerusi Parlimen dan DUN

Anonymous said...

VK Liew stands strong in Sandakan

mantera said...

Parti LDP salah satu parti komponen BN Sabah yang tertua selain Umno, telah mengumumkan senarai calon-calon parti itu dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh Pressiden parti itu di Ibu Pejabatnya di Kepayan Perdana berhampiran Kota Kinabalu.

mantera said...

Sebelum megumumkan senarai calon-calon daripada parti LDP yang mewakili BN pada PRU13 samada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), Presiden Parti itu Datuk VKLiew telah melancarkan risalah parti itu yang bertajuk BERSAMA MENJAYAKAN TRANSFORMASI.

mantera said...

Selain itu, Parti LDP juga enam faktor MENGAPA RAKYAT PERLU MENYOKONG BN.
-BN merupakan gabungan PERKONGSIAN KUASA YANG TERUJI;
-BN mempunyai REKOD 55 TAHUN SEBAGAI KERAJAAN
-BN adalah pilihan rakyat atas sebab Telah MEMENUHI KEHENDAK RAKYAT
-BN MAMPU MEMBENTUK KERAJAAN YANG KUAT DAN STABIL
-BN MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG BERPENGALAMAN DAN DINAMIK serta
-BN mempunyai KONSEP KESEDERHANAAN.

mantera said...

Datuk Liew Vui Keong bahawa sokongan Cina kepada kerajaan BN masih kental kerana mereka sedar sejak BN menerajui kerajaan sejak 20 tahun di Sabah khususnya di Sandakan, banyak membawa perubahan besar dalam arus perdana pembangunan Sabah.

mantera said...

Di Sandakan, telah wujud Hub Pendidikan iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS); jalan raya dinaik taraf dan banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk dinikmati oleh rakyat setempat. Contohnya lebih daripada 100 hotel dibina di daerah ini dan sekaligus memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan,” katanya.

mantera said...

Ditanya hubungan LDP dengan UMNO, Gerakan, PBS, UPKO, MIC, MCA; V.K Liew menjelaskan memang cukup baik dan telah menampakkan kerja sama yang erat; apatah lagi di musim kempen pilihanraya umum ke 13 kerana masing-masing mempunyai peranan membantu calon BN yang bertanding.

mantera said...

Pembangkang seperti DAP, PKR, Star dan SAPP sudah ketandusan isu dan hanya mengitar semula isu lapuk sepert RCI, Pencerobohan, Barang mahal dan NCR; sedangkan rakyat sudah bosan mendengar propaganda sedemikian yang dilemparkan kepada kerajaan BN,” ujarnya lagi.

mantera said...

Kata V.K Liew lagi, walaupun pihak pembangkang melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan kepada kerajaan BN, rakyat sudah bosan dengan tindak tanduk pembangkang yang hanya bijak bercakap dan memutarbelitkan fakta, tetapi akhirnya seperti menjual air liur basi.

mantera said...

Pada PRU-13 ini, LDP yakin akan menang 100 peratus semua kawasan yang ditandinginya dan akan mengulang keputusan tahun 2008.