Monday 29 April 2013

TERBONGKAR- BN HALAU PENGUNDI DAPAT PPRT KERANA SOKONG PEMBANGKANG

BERANI KERANA BENAR



Keluarga En. Ginsos Tubong yang telah menerima bantuan rumah PPRT di Kampung Bundu Apin-Apin telah diarah mengesongkan rumah PPRT kerana menyokong parti pembangkang STAR. Arahan ini telah dibuat oleh AJK Bahagian PBS (BN).  Ini adalah satu dari bukti bagaimana para petugas BN yang diarahkan oleh pihak tertentu untuk menjaga kedudukan mereka. Tempat-tempat lain juga wujud, ada yang dipaksa pasang bendera BN dan diugut kalau tidak sokong segala bantuan kerajaan sebelum ini ditarik balik. 

Kepada Pakaran Rakyat (PR) sila berkunjung ke rumah En. Ginsos Tubong untuk membela dia. Misi utama  ialah menumbangkan BN. Tapi hanya melalui PR hasrat ini boleh dicapai bukan melalui STAR parti kecil yang tidak boleh berbuat apa-apa. 

Para Pengundi jangan takut ugut dan pandangan orang lain. Tetapkan dalam hati. Sokong Pakatan Rakyat. 



JOM TUKAR, UNDI PR. 
HANCUR BN DI SABAH
HANCUR MUSA AMAN DI SABAH

8 comments:

sabahterkini said...

Apa pula komen BN pujaan hatiku?

Blackforest said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi falsafah 1Malaysia semua rakyat pelbagai kaum di negara ini diberikan pembahagian secara adil dan saksama, inklusif dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

Blackforest said...

Beliau berkata dasar dan falsafah inilah yang menjurus kepada keadilan sosial dan sosioekonomi selama ini dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan semua pihak.

Blackforest said...

“Menerusi dasar dan falsafah itulah yang kaya diberi peluang untuk terus maju manakala yang susah dibantu,” katanya.

Blackforest said...

Mengenai pendidikan, Perdana Menteri berkata setiap individu dan komuniti diberi kebebasan untuk memilih jenis pendidikan tanpa halangan.

Katanya hanya Malaysia selain negara China dan Hong Kong yang membenarkan jenis pendidikan sekolah Cina.

Blackforest said...

Pengerusi Jawatankuasa majlis itu Tay Tick Long dalam ucapannya berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah menunjukkan komitmen berterusan dalam membantu meningkatkan keperluan pendidikan sekolah Cina.

Blackforest said...

“Bantuan yqng dihulurkan kerajaan ini juga turut dikongsi bersama-sama dengan semua kaum kerana di sekolah ini bukan sahaja terdapat pelajar berbangsa Cina, malah kaum Melayu dan India turut belajar di sini,” katanya.

Blackforest said...

SJKC Pekan mendapat peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM2.9 juta bagi membina bangunan tambahan tiga tingkat pada 2008 dan ia mula digunakan pada 2010.

Najib turut menjanjikan peruntukan tambahan RM300,000 bagi membina bangunan tambahan untuk prasekolah di sekolah itu.