Wednesday 1 May 2013

APA TELAH JADI? PEGAWAI KERAJAAN HENTAM KERAJAAN


Apa telah terjadi? pegawai kerajaan kini sudah berani untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan secara terang-terangan. Jika dahulu pengawai kerajaan secara diam-diam memprotes melalui undi semata tetapi kini mereka berani berdepan dengan media malah hadir dalam majlis dan kempen kerajaan.

Mejar ni memang berani- KEPALA BATAS: Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad, membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.

Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.

Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.

Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.

Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim. 

"Selepas menjalankan amanah sebagai pengundi pada pukul 12.30 tengahari dan balik mencuci untuk melihat sendiri adakah dakwat tersebut kekal ataupun tidak.  Dalam pukul 1.00 tengahari ianya terjawab, " katanya pada media.

Kesediaanya membuat lapuran polis sambungnya, membuktikan dirinya telus, berani mendedahkan ekoran itulah  prinsip ketenteraan.- Harakahdaily.net

Lautan manusia di Putrajaya semasa kempen  Husam Musa- Tentu di dalam ni ada pegawai kerajaan

Fenomena ini nampaknya berlaku dimana-mana. Di Sabah penjawat awam ada yang berani berkempen dan yang bersembunyi pula akan melakukannya dalam bentuk undi. Ada yang diugut dengan perpindahan tempat bertugas, turun pangkat dan lain-lain lagi tetapi mereka tetap berani.

Melengkapkan misi "Tumbang BN" dan menukar kerajaan BN kepada PR adalah lebih utama. 

14 comments:

Vintage said...

The Election Commission (EC) stands by the indelible ink and will use it for polling this Sunday despite allegations in the social media that it can be easily washed off.

Vintage said...

EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said there were several cases involving security personnel and their spouses of the ink being washed off easily, but this was due to an oversight by the commission staff members.

Vintage said...

Some of our officers forgot to shake the bottles thoroughly.

As a result, there was less silver nitrate in the ink when it was applied on the index finger,”
Wan Ahmad added: “I also noticed that some EC personnel did not paint the fingers properly. As this is the first time the ink is being used, there is bound to be a little oversight.”

He said the commission tested the shaken and unshaken bottles on Tuesday and discovered that the ink from the unshaken bottle did not stick quickly to the finger.

“The guidelines for using the ink are very clear the bottle must be shaken well and the ink applied properly on the index finger,” he said.

“However, some of our personnel might have been under pressure due to long queues of advance voters, thus leading to some errors.

We will make sure there is no such oversight on Sunday,” he said.
Wan Ahmad said the EC would hold a demonstration for the media at its office in Putrajaya today on the use of the indelible ink.

He gave an assurance that those who had cast their ballots would not be voting again on Sunday.

“The names of the advance voters will not appear on the electoral roll on Sunday. Our officers will not allow anyone to vote twice,” he said.

He also said that it was unfortunate that some political parties “only want to find fault with the EC and spin stories ... They should campaign on policy matters and not drag us in”.
Wan Ahmad reminded voters not to give their MyKad to anyone and not to allow their fingers to be painted with any kind of ink prior to polling.

sabahterkini said...

Pegawai ini dah dapat surat pindah serta merta dan turun pangkat... Inikah kerajaan kebajikan rakyat yang kita idamkan?

Blackforest said...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti dakwat.

Blackforest said...

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal itu akan tetap dilaksanakan kerana ia diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan dimaktubkan dalam undang-undang pilihan raya.

Blackforest said...

"Kami akan kaji ramuan dakwat itu, serta meletakkan satu standard terhadap kualiti dakwat itu," katanya.

Blackforest said...

Beliau berkata tindakan sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu penggunaan dakwat kekal yang didakwa mudah luntur selepas dicalit tidak lebih kepada motif politik semata-mata.

Blackforest said...

Wan Ahmad berkata penggunaan dakwat itu hanyalah untuk menghalang pengundi mengundi dua kali, namun jika dakwat di jari mereka hilang, ia tidak bermakna mereka dapat mengundi sekali lagi kerana asas utama yang dilihat oleh SPR ialah nama pengundi dalam daftar pemilih.

Blackforest said...

"Masyarakat perlu faham kami (SPR) baru pertama kali menggunakan dakwat kekal dan sudah tentu terdapat sedikit kelemahan...kami telah lantik satu syarikat terkenal untuk menghasilkan dakwat untuk PRU13 yang mana syarikat itu turut menghasilkan dakwat kekal di negara-negara lain. Mungkin ada kelemahan daripada syarikat itu sendiri yang menyimpan dakwat terlalu lama.

Blackforest said...

"Kami telah tempah 250,000 botol dakwat kekal pada PRU ini dan dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan kami simpan di lokap-lokap balai polis daerah untuk memastikan ia selamat.

"Mungkin akibat disimpan terlalu lama kandungan dakwat telah menurun dan menjadi cair," katanya.

Blackforest said...

Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang membasuh dakwat kekal dengan menggunakan bahan peluntur dan seterusnya memuat naik di laman sosial bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti SPR.

Blackforest said...

Mengenai gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi, Wan Ahmad berkata tiada insiden sedemikian berlaku kerana beliau telah mengesahkan dengan semua Pegawai Pengurus (RO).

Blackforest said...

Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada PRU13 Ahad lepas.