Friday 3 May 2013

HEBAT SHAFIE APDAL- KENAPA SEKOLAH SEMPORNA PALING BERSIH DI SABAH?

SEMPORNA PARLIMEN
NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA
SEKOLAH KU, JALAN SEKOLAH KU, SAMPAH KU  SYURGA KU.



Ada rakan Facebook hantar mesej seperti ini

SK Pekan Semporna 2..
hanya kurang 2 meter ke pusat pelupusan sampah daerah semporna...
huhuhu..nda masuk tv pun.. tapi kalo kes di kelantan... masuk tv plak.. padahal nda dekat sekolah

Berapa lama?

Kenapa masalah sejak tahun 1990 ini tidak pernah selesai? Apakah arahan wakil rakyat hanya hangat-hangat tahi ayam?
Kenapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) gagal mengatasi masalah ini?
Syabas Naib Presiden UMNO..... Mana TV1, TV2, TV3, Astro ni? takut buat liputan kah? atau Sekolah ni sepatutnya di lawat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

47 comments:

Sotong Kurita said...

Pegawai Daerah Semporna, Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir dalam satu temubual khas dengan Wartawan Kanan Sabahkini.Net berkata Pusat Pembuangan Sampah di SK Pekan II, Semporna, sudahpun ditutup sejak tahun lepas dan telah dipindahkan ke tapak baru iaitu di Jalan Pantai buat sementara waktu.

Sotong Kurita said...

Kata A.M.Ibnu, pihaknya masih menunggu Pusat Pelupusan Sampah yang kekal di Tagasan diserahkan kepada MDS oleh kontraktor yang dilantik setelah siap kelak. Pusat Pembuangan Sampah di SK Pekan II kata A.M.Ibnu sudah wujud sejak 30 tahun dahulu sebelum pembinaan sekolah dan perkampungan di sekeliling kawasan tersebut.

Sotong Kurita said...

Pada mulanya tempat ini agak jauh daripada kampung dan dua buah sekolah berkenaan. semasa kontraktor mahu membina sekolah tersebut dan kampung di sekelilingnya dahulu, mereka gagal mengemukakan plan induk kepada MDS untuk kelulusan.

Sotong Kurita said...

Kata A.M.Ibnu, memandangkan tapak pembuangan sampah tersebut sudah lama wujud, maka jika mereka mengemukakan plan induk kepada MDS, sudah tentu akan ditolak kerana kedudukan bangunan sekolah dan kampung di persekitaran memang tidak sesuai.

Unknown said...

Kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah kebersihan di daerah Semporna.

Unknown said...

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri.

Unknown said...

Kita sudah berbincang dengan menteri berkenaan, Datuk Masidi Manjun dan bercadang menubuhkan satu jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran.

Unknown said...

"Jawatankuasa ini bertujuan melihat kebersihan dan memastikan Semporna bersih di masa akan datang," katanya di sini hari ini.

Unknown said...

Baru-baru ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, Masidi mengeluarkan kenyataan bahawa Semporna merupakan daerah terkotor di negeri ini.

Unknown said...

Kenyataan tersebut mendapat reaksi Ketua Pemuda Semporna, Mohd. Azis Jamman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Harman Mohammad yang meminta Masidi menarik balik kenyataan itu.

Unknown said...

Dalam pada itu Hajiji berkata, pada masa ini pihaknya turut mengarahkan pihak majlis daerah dan pegawai daerah supaya mempastikan tahap kebersihan kawasan itu.

Unknown said...

"Pihak berkuasa tempatan dan juga majlis-majlis daerah ini sedang melakukan yang terbaik untuk mempastikan setiap kawasan di bawah pentadbiran masing-masing adalah bersih," katanya.

Unknown said...

Sementara itu beliau berkata, masalah kebersihan di daerah itu berpunca daripada sikap sesetengah individu yang membuang sampah merata-rata tempat.

Unknown said...

Justeru katanya, kerjasama semua pihak khususnya orang awam penting dalam memastikan kebersihan berterusan di daerah itu.

Unknown said...

"Majlis daerah setiap hari menjalankan tanggungjawab mereka untuk membersih kawasan-kawasan di bawah pentadbiran mereka.

Unknown said...

"Kadang-kadang apabila sampah sarap dibersih pada waktu pagi, orang ramai masih membuang sampah merata-rata pada waktu tengah hari," ujarnya.

Unknown said...

Jawatankuasa Bersama Kebersihan Daerah Semporna (JBKDS) yang bermesyuarat buat kali pertama menubuhkan 14 jawatankuasa kecil untuk meningkatkan tahap kebersihan Semporna. Lihat sendiri yang mana kerajaan benar-benar prihatin dengan rakyatnya dalam kebersihan.

Unknown said...

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata kesemua jawatankuasa kecil berkenaan dipengerusikan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan di daerah ini.

Unknown said...

"Kita juga bersetuju untuk melantik Datuk Dr Chua Kim Heng dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai juruperunding kepada JBKDS. Beliau berpengalaman luas dalam menangani isu-isu kebersihan," kata Nasir yang juga pengerusi JBKDS kepada pemberita di sini pada Selasa.

Unknown said...

Kabinet Sabah sebelum ini mengarahkan penubuhan JBKDS yang dianggotai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri selepas isu kebersihan Semporna hangat diperdebatkan di akhbar dan di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Unknown said...

Menurut Nasir, jawatankuasa itu juga akan meneliti kesemua 18 cabaran serta 18 cadangan penyelesaiannya yang dicadangkan dalam mesyuarat berkenaan sebelum dilaksanakan dengan bantuan juruperunding yang dilantik.

Unknown said...

Nasir berkata antara cadangan berkenaan termasuk menambah jumlah kakitangan Majlis Daerah Semporna termasuk pegawai dan kakitangan sokongan serta membekalkan majlis berkenaan dengan kemudahan serta jentera yang mencukupi.

Unknown said...

Menurutnya, sebagai sebuah daerah yang kian menjadi tumpuan pelancong antarabangsa, jawatankuasa itu mencadangkan supaya pejabat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dibuka di Semporna.

Unknown said...

Dengan adanya pejabat itu, Nasir berkata urusan berkaitan pelancongan termasuk pengurusan jeti pelancongan serta pengumpulan data berkaitan kehadiran pelancong asing dalam negeri dapat dilaksanakan secara tersusun.

Unknown said...

Untuk destinasi Pulau Mabul, Pulau Mataking dan Kapalai sehingga Oktober tahun ini sahaja, jumlah pelancong yang direkodkan ialah lebih 24,000 orang dan kira-kira 19,000 daripadanya adalah pelancong asing," katanya.

Unknown said...

Nasir berkata sekiranya kehadiran pelancong ke pulau-pulau lain di daerah berkenaan diambil kira, jumlah pelancong yang datang ke Semporna sehingga Oktober tahun ini melebihi 30,000 dan 60 peratus daripadanya merupakan pelancong asing.

Unknown said...

Sehubungan itu, katanya pembukaan pejabat pelancongan di Semporna amat tepat pada masanya dan sesuai dengan keperluan semasa serta kedudukan Semporna sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Unknown said...

Mengenai kekangan kewangan bagi melaksanakan pelbagai program JBKDS itu, Nasir berkata perkara itu akan dirujuk kepada kementerian berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian sebaik-baiknya.

Unknown said...

Sebagai permulaan katanya Majlis Daerah Semporna akan melancarkan kempen antikutu sampah bertemakan "Semporna Bersih dan Indah 2011" pada 9 Jan depan.

Unknown said...

Turut hadir dalam mesyurat berkenaan ialah Pembantu Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Bolkiah Ismail, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya Datuk Ramli Marahaban dan Adun Sulabayan Datuk Harman Mohamad.

Unknown said...

Kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan dan kementerian kesihatan akan berindak tegas terhadap peniaga yang mengabaikan aspek kebersihan bukan sahaja kebersihan sekitar premis malah dalam aspek penyediaan makanan.

Unknown said...

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menegaskan pihaknya melalui PBT serta jabatan berkaitan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantuan terhadap tahap kebersihan premis dan akan mengeluarkan amaran awal secara bertulis kepada peniaga makanan sekiranya premis mereka gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau mengarahkan premis berkenaan ditutup jika mendapati peniaga terbabit masih ingkar.

Unknown said...

Beliau berkata demikian sempena majlis taklimat kesihatan di Semporna. Hadirsama sempena majlis ringkas itu Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin UPKR Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Pegawai Jabatan Kesihatan Semporna, Husin dan Ali Masan.

Unknown said...

Nasir meminta semua premis dan pengendali makanan di daerah berkenaan agar meningkatkan tahap kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah luput tempoh.

Unknown said...

Bagaimana pun katanya, pihak-pihak berkaitan telah mengambil tindakan awal dengan menjalankan saringan kesihatan di pintu masuk antarabagsa, pemantauan terhadap individu yang datang dari kawasan yang disyaki mempunyai kes kolera, dan memberi rawatan segera kepada individu yang disyaki sebagai pembawa jangkitan.

Unknown said...

Dato Sri Nasir yang juga wakil rakyat Senallang berkata pihaknya memandang serius masalah itu dan meminta semua pihak berkaitan unruk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung sebarang penyakit berjangkit di daerah itu.

Unknown said...

Dalam masa sama orang awam juga diharap dapat membantu kerjaan dalam aspek penjagaan kebersihan walau di mana mereka berada.

SPP PPD SEMPORNA said...

saudara Harryzan Aming said... 'Pada mulanya tempat ini agak jauh daripada kampung dan dua buah sekolah berkenaan. semasa kontraktor mahu membina sekolah tersebut dan kampung di sekelilingnya dahulu, mereka gagal mengemukakan plan induk kepada MDS untuk kelulusan.'

Persoalannya.. kenapa pula bina sek d kawasan tu... tak tahan baunya.. murid pun mengeluh... kalo telah dipindahkan.. kenapa smpi sekarang lori MDS still buang sampah di kawasn tu.. luar tembok lagi kawasan pelupusan sampah lgi... hanya bertanya

SPP PPD SEMPORNA said...
This comment has been removed by the author.
sabahterkini said...

Bina sekolah sebab projek dapat kan orang mereka tu..... Barangkali.... Sepatutnya MDS mana boleh luluskan kebenaran merancang di kawasan tapak pelupusan sampah? Why?

Berapa lama lagi mahu selesai? 5 tahun lagi atau minta tambah 5 tahun lagi. 2 penggal selesaikan masalah ini. Sepatutnya jika ada tapak pelupusan baru maka tapak pelupusan sedia ada ditutup dan dipulihkan. Kalau irwan kata terdapat lori MDS buang sampah itu ada yg tidak kena.

mantera said...

kebersihab di Semporna kena diutamakan dan diberi perhatian

Unknown said...

Lihat Dulu Apa kejayaan Datuk Musa di sini..hahaha SabahTerkini2u Diam Terus..bagus..Zip mulut tu terus k..hahaaaa :D

Blackforest said...

Semua pihak perlu berhenti berdebat mengenai isu kebersihan Semporna sebaliknya menumpukan usaha meningkatkan tahap kebersihan di daerah tersebut.

Blackforest said...

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, langkah itu penting bagi memastikan masalah kebersihan di daerah berkenaan dapat diatasi segera.

Blackforest said...

"Daripada kita berbalah mempertikaikan kenyataan tersebut sama ada betul atau tidak, lebih baik kita kerah semua tenaga untuk bekerjasama mengatasi masalah kebersihan di daerah itu.

"Tugas sebagai pemimpin adalah untuk menyelesaikan masalah, bukannya untuk berbalah dalam surat khabar atau pun mengadakan kajian itu dan ini," katanya.

Blackforest said...

Apa yang penting pada masa ini ialah semua pihak bekerjasama bagi meningkatkan tahap kebersihan bandar Semporna.

Katanya, ia penting bagi memberi imej yang baik kepada pelancong yang sering berkunjung ke daerah itu.

Blackforest said...

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengambil berat masalah itu dan merangka tindakan proaktif bagi mengatasinya.

"Saya mengarahkan Setiausaha Tetap Kementerian untuk menyelaras satu mesyuarat yang melibatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemilik syarikat menyelam bagi membincangkan tindakan perlu untuk memperbaiki tahap kebersihan di daerah itu.

"Saya juga meminta bantuan syarikat pelancongan yang beroperasi di Semporna supaya mengambil langkah meningkatkan tahap kebersihan," katanya.