Saturday, 11 May 2013

KABINET SABAH PENUH DENGAN MACAI MUSA, NASIR TUN SAKARAN DI GUGURKAN



Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sampai mati. Perangainya yang sama macam Harris Salleh belum lagi menguburkan keududukannya. Rakyat Sabah masih tunduk dengan "gula-gula' nya. Selepas Rahim Ismail kini  Datuk Nasir digugurkan. hebat Musa Aman!!!! Barangkali alasannya Musa dah lantik Datuk Ramlee Marhaban dalam kabinetnya...Jadi......nasir duduklah kau ya di SEDCO tu bertaraf Menteri.


Kota Kinabalu: Lima muka baru antara 11 anggota Kabinet Sabah yang dibentuk selepas Barisan Nasional (BN) menang majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Menteri Belia dan Sukan), ADUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna), ADUN Paginatan, Datuk Siringan Gubat (Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat) dan ADUN Melalap, Datuk Radin Malleh (Menteri Pembangunan Luar Bandar). 

ADUN Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas iaitu portfolio baru diwujudkan bagi menggantikan Kementerian di Jabatan Ketua Menteri yang sebelum ini dijawat ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran yang digugurkan. 

Bagaimanapun, Nasir dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Sabah (Sedco) baru yang bertaraf menteri.

Akhirnya Musa menggugurkan Datuk Nasir Tun Sakaran - mengakhiri legasi Dinasti Sakaran dan orang -orang Dato' Seri Shafie Apdal di negeri Sabah. Nampaknya sumbangan Tun Sakaran membantu kempen Parlimen Silam tidak memberi markah tambahan buat Datuk Nasir. Apakah penggal ini adalah penggal akhir Datuk Nasir?

Musa Aman juga telah melantik proksinya Datuk Ramlee Marahaban seorang kontraktor jutawan sebagai Pembantu Menteri Kewangan untuk membantunya dalam Kementerian Kewangan Sabah. 



Kabinet Sabah 2013

Ketua Menteri/Menteri Kewangan
Datuk Seri Panglima Musa Aman

Timbalan Ketua Menteri (TKM)/Menteri Pembangunan Infrastruktur
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

TKM/Menteri Pertanian & Industrial Makanan
Datuk Seri Panglima Yahya Hussin 

TKM/ Menteri Pembangunan Perindustrian
Datuk Raymond Tan

Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan
Datuk Hajiji Haji Noor

Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
Datuk Masidi Manjun

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Radin Maleh

Menteri Tugas Tugas Khas
Datuk Teo Chee King

Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Tek. Maklumat
DPG Siringan Gubat

Menteri Belia & Sukan
Datuk Haji Tawfiq Datuk Hj Abu Baker Titingan

Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna
Datuk Hajjah Jainab Hj Ahmad Ayib

Assistant Ministers

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri
Datuk Yong Oi Fan
Datuk Ellron Angin
Datuk Hj Arifin Arif

Belia & Sukan
Masiung Banah

Kementerian Kewangan
Datuk Ramlee Marahaban
DSP Michael Asang

Pembangunan Infrastruktur
Datuk Bobby Ahfang Susan
Datuk Ghulam Haida

Kerajaan Tempatan & Perumahan
Datuk Zakaria Idris
Datuk Joachim Gunsalam

Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat
Datuk Hajjah Hamisah Samah

Pertanian & Industri Makanan
Datuk Musbah Hj Jamli
Datuk Hj Sairin Karno

Pembangunan Perindustrian
Datuk Bolkiah Ismail

Pembangunan Luar Bandar
Datuk Nilwan Kabang

Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar
Datuk Pang Yuk Ming
Datuk Kamarlin Ombi

Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna
Pn. Anita Baranting

270 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 270 of 270
Paquin said...

Musa cakap kabinet negeri 2013 adalah gabungan yang dinamik dan kukuh, maka kita haruslah meyakini pilihan Musa.

Paquin said...

Janganlah kita cuba menghuru harakan keadaan pula. Keputusan sudah dibuat dan sepatutnya kita bersyukur sebab Sabah masih aman :)

Paquin said...

Kita doakan agar semua pemimpin/wakil rakyat mejalankan tanggungjawab mereka dengan baikm demi membalas budi rakyat yang sekali lagi mengundi mereka.

Paquin said...

Gabungan Muka Baru dan Lama Kabinet Sabah Wujudkan Pasukan Yang Kukuh, Dinamik

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan barisan Kabinet negeri Sabah, yang menggabungkan muka lama dan baharu, sebagai pasukan yang kukuh, dinamik dan boleh bekerjasama bagi meneruskan perancangan dan pelaksanaan agenda dan dasar pembangunan negeri.

Paquin said...

Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri percaya pelantikan pemimpin, yang pernah menganggotai jemaah menteri sebelum ini, akan memastikan kesinambungan menerusi pengalaman mereka.

Paquin said...

"Dalam masa yang sama, barisan muka baharu juga akan menyuntik idea-idea yang baharu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri," katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan portfolio anggota jemaah menteri negeri Sabah yang baharu di kediamannya di Sri Gaya, dekat sini.

Paquin said...

Sebelum itu, anggota jemaah menteri Sabah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Musa berharap barisan jemaah menteri baharu itu dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-sebaiknya bagi memenuhi mandat dan kehendak rakyat sesuai dengan gagasan '1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Katanya barisan jemaah menteri itu turut dibantu barisan pembantu menteri yang juga menggabungkan muka lama dan baharu.

Paquin said...

"Saya tekankan bahawa barisan jemaah menteri dan pembantu-pembantu menteri ini memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua wakil rakyat BN.

"Sama ada kita terpilih dalam jemaah menteri dan pembantu menteri atau sebaliknya, sebagai wakil rakyat BN adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Paquin said...

Musa berkata setiap wakil rakyat mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi memastikan mandat rakyat dipenuhi, janji ditepati dan dilaksanakan dengan terbaik bagi membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat.

Paquin said...

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding satu pada 2008.

Paquin said...

Mengenai cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar beberapa wakil BN yang kalah dalam pilihan umum Ahad lepas diberi peluang untuk menjawat Anggota Dewan Undangan Negeri Dilantik, Musa berkata tidak ada cadangan untuk berbuat demikian buat masa ini tetapi sedia menimbangkannya jika ada keperluan.

Musa juga mengumumkan bahawa bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran, yang digugurkan daripada barisan Kabinet Sabah yang baharu, dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) berstatus menteri.

zam said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan barisan Kabinet negeri Sabah, yang menggabungkan muka lama dan baharu, sebagai pasukan yang kukuh, dinamik dan boleh bekerjasama bagi meneruskan perancangan dan pelaksanaan agenda dan dasar pembangunan negeri.

zam said...

pelantikan pemimpin, yang pernah menganggotai jemaah menteri sebelum ini, akan memastikan kesinambungan menerusi pengalaman mereka.

zam said...

barisan muka baharu juga akan menyuntik idea-idea yang baharu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri

zam said...

Musa berharap barisan jemaah menteri baharu itu dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-sebaiknya bagi memenuhi mandat dan kehendak rakyat

zam said...

barisan jemaah menteri itu turut dibantu barisan pembantu menteri yang juga menggabungkan muka lama dan baharu.

zam said...

barisan jemaah menteri dan pembantu-pembantu menteri ini memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua wakil rakyat BN.

zam said...

sebagai wakil rakyat BN adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat

zam said...

setiap wakil rakyat mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi memastikan mandat rakyat dipenuhi.

zam said...

keputusan PRU13 menunjukkan rakyat Sabah masih menyokong kuat kepimpinan BN.

zam said...

semoga semua yang dilantik akan melakukan tugas mereka dengan sebaiknya.

Unknown said...

Penampila wajah2 baru dalam kabinet menunjukkan bahawa kerajaan bawaqh pimpinan Ketua Menteri Musa Aman mengiginkan perubahan kearah yang lebih baik untuk Negeri Sabah

Unknown said...

Seperti juga Kabiner Malaysia yang mengalami penukaran ahli, Di sabah juga pada pendapat saya harus ada perubahan untuk kebaikan

massu said...

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman announced his cabinet line-up which included three assemblywomen — Datuk Jainab Ahmad Ayid, Datuk Hamisa Samat and Anita Baranting.

massu said...

Jainab, who was previously Assistant Minister of Resource Development and Information Technology prior to the 13th general election, was the only woman appointed full minister, succeeding Datuk Azizah Mohd Dun in heading the Ministry of Community Development and Consumer Affairs.

massu said...

Jainab is determine to maximize all her previous experience as assistant minister in two ministries to effectively serve the Community Development and Consumer Affairs Ministry.

massu said...

Based on her previous involvement in various government programmes such as 1Azam, has been an advantage for her as those past experiences will work on her favour to understand the job of community development.

massu said...

In a short interview after the announcement at Sri Gaya, Jainab showed zeal that she will will be working closely with the other government agencies to focus on standardizing prices of goods between the peninsular and Sabah under the consumer affairs portfolio.

massu said...

The Karambunai assemblywoman was appointed as the Assistant Minister of Resource Development and Information Technology in 2008 and was also the former Assistant Industrial Development Minister.
Tandek assemblywoman Anita Baranting will be Jainab’s assistant.

massu said...

Meanwhile, Hamisa, as one of the new faces in the Sabah’s cabinet, is looking forward to learn more about her role as the Assistant Resource Development and Information Technology Minister, taking over Jainab’s previous portfolio.

massu said...

Hamisa thanked the Chief Minister for the opportunity by appointing her to the post.She expressed her enthusiasm with the new line-up, given the fact that women YBs have been given important roles in the cabinet.

massu said...

Quoting Hamisa, “I believe, with three women in the line-up, it will give more opportunity for the women’s struggle to be heard at the higher level, especially when discussing and debating issues involving women,”

Unknown said...

Former Minister in the Chief Minister’s Department Datuk Nasir Tun Sakaran is appointed the new Chairman of Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) with ministerial status. I think this is a wise decision of Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Aman because he (Nasir Tun Sakaran) has great potential to lead SEDCO for Sabah's development and still maintain the status of minister.

Unknown said...

Musa is confident that the new Cabinet line-up is a strong, dynamic and cohesive team that will be able to work together in carrying out the State’s development agenda. He said this and i suggest as well the opposition to be as well cohesive with the new cabinet to ensure smooth process of development all over the state.

Unknown said...

The appointment of those who previously held cabinet positions will ensure  continuity through their previous ministerial experiences, while the new members will inject fresh ideas and expertise, Musa said. I think that the government should do this the next time as well to give way for potential candidates to perform their abilities in the given position to create dynamic as well.

Unknown said...

For an instance just like the newly appointed full Minister Jainab thanked Musa for believing in her and said that she will do her very best with the new portfolio. “I will ensure that the people of Sabah especially in the rural areas will be given full attention especially by the welfare department,” she said. An example of a good representative who embrace the minister position given as a new platform to contribute.

Unknown said...

Furthermore she also said that she would work in close rapport with other leaders, village heads, NGOs and other parties involved to better manage the welfare of the people. Again an example of a good intention and supporting the leadership of Chief Minister and others. I suggest other ministers and elected members of the government to do the same.

Unknown said...

Another thankful chinese representative in the cabinet is Minister of Special Tasks Datuk Teo Chee Kang who told reporters that he only learned about his appointment to the Cabinet in the  morning of the oath taking ceremony. He thanked the Chief Minister for the appointment.

Unknown said...

Teo said he was mindful of the challenges that await him and pledged to serve the people to the best of his ability. All the ministers are very thankful to the chief Ministers even the ones that previously held the ministers position as well. I suggest that the ministers share their expertise and help each other whenever they can as well with the opposition for the benefit of the rakyat.

azman said...

Kabinet baharu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan hari ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.

azman said...

Kabinet baharu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan hari ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.

azman said...

"Saya yakin bahawa Kabinet ini mampu meneruskan momentum transformasi nasional di samping dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan," kata Perdana Menteri dalam satu taklimat kepada editor media sejurus sebelum mengumumkan senarai barisan Kabinet beliau.

azman said...

“Saya yakin anggota Kabinet yang dilantik mempunyai kewibawaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran dan mempunyai tingkah laku yang disukai rakyat," katanya.

azman said...

Selain diperkukuhkan oleh dua wakil generasi muda, Najib turut membawa masuk Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low, yang dilihat sebagai bukti keseriusan beliau untuk mempertingkatkan lagi integriti dalam kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.

azman said...

Pemilihan Presiden Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar menganggotai Kabinet Najib juga dilihat sebagai usaha serius perdana menteri untuk meneruskan pelaksanaan agenda transformasi ekonomi negara.

azman said...

"Mereka yang merupakan teknokrat boleh menyumbang dari segi kepakaran khususnya yang ada pada mereka yang amat penting untuk menyumbang idea kreatif lagi bernas untuk pertimbangan kerajaan," katanya

azman said...

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kementerian Pengajian Tinggi disatukan di bawah nama Kementerian Pelajaran manakala Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ditukar nama kepada Komunikasi dan Multimedia.

azman said...

Perdana Menteri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Kementerian Pelancongan pula kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

azman said...

- Lima orang yang dilantik Senator antara menteri dan timbalan menteri yang dinamakan dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

azman said...

Mereka ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan yang masing-masing dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

azman said...

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koprasi dan Kepenggunaan.

azman said...

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang, Datuk Dr J. Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan manakala Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waytha Moorthy dinamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

azman said...

Low, Ahmad Bashah, Loga Bala dan Waytha Moorthy dijangka mengangkat sumpah sebagai senator esok manakala Abdul Wahid akan berbuat demikian pada 5 Jun. Sementara itu, Senator Datuk Seri Idris kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangunan pesat dinikmati Sabah selama ini, antara lain adalah hasil peruntukan berbilion ringgit setiap tahun daripada kerajaan pusat.

Unknown said...

Ia dipermudahkan lagi menerusi kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Unknown said...

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata dasar dan pelbagai inisiatif kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat juga merupakan faktor sokongan kuat rakyat kepada BN. Ini bermaksud selama ini BN telah menabur banyak kekayaan kepada rakyat Sabah dari segi pembangunan dan peningkatan taraf hidup.

Unknown said...

Sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan BN selama ini adalah manifestasi daripada kebijaksanaan rakyat 'Negeri Di Bawah Bayu' ini dalam menilai kepimpinan yang diinginkan untuk membela kepentingan mereka. Contohnya seperti pengurangan kadar kemiskina daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu

Unknown said...

Katanya sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, bantuan kerajaan kepada sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh, gereja serta kuil telah meningkat kepada sebanyak RM30 juta setahun berbanding sebelumnya antara RM1 juta hingga RM2 juta setahun. Penulis juga berpendapat ketua menteri harus teruskan usaha ini bagi mendapat mandat rakyat.

Unknown said...

Musa juga mengingatkan rakyat supaya menolak pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji namun gagal menepatinya sehingga ada rakyat di negeri ditadbir pembangkang menyaman kerajaannya sendiri.

Unknown said...

Sambil menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN gagal membawa pembangunan di Sabah termasuk dalam konteks pembasmian kemiskinan, beliau berkata, kejayaan itu adalah fakta yang jelas dan benar, sekali gus melenyapkan keraguan tentang kemampuan kerajaan BN membangunkan negeri ini.

Unknown said...

Rahamat Bivi juga dipetik sebagai berkata, hasil kajian HIS 2012 itu menunjukkan pendapatan isi rumah purata bagi Sabah pada 2012 meningkat kepada RM4,013 sebulan berbanding RM3,102 pada 2009, peningkatan 29.4 peratus dengan kadar pertumbuhan purata 8.6 peratus setahun. Jelas menunjukkan bukti bahawa tidak disangkal lagi tercatatnya angka penurunan kadar kemiskinan daripada sumbangan BN.

Unknown said...

kejayaan ini juga membuktikan program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menepati sasaran.

Unknown said...

Ketua menteri Musa mendapat mandat daripada rakyat dengan hampir semua tempat pati UMNO beliau bertanding dimenangi

Scarlett said...

Pemilihan anggota kabinet Sabah yang bijak membolehkan lebih banyak kemajuan bakal dicapai pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyeru semua anggota kabinet baru negeri Sabah yang baru dilantik supaya bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh dan bekerjasama bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap, berkualiti dan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Scarlett said...

Pemilihan anggota kabinet Sabah yang bijak membolehkan lebih banyak kemajuan bakal dicapai pada masa akan datang.

Musa berkata selaras dengan kepercayaan dan mandat rakyat kepada Barisn Nasional (BN), amat penting untuk barisan jemaah menteri terus bekerja kuat dan berusaha lebih gigih serta melipatgandakan lagi usaha agar apa yang dijanjikan kepada rakyat dapat ditunaikan.

Scarlett said...

Pemilihan anggota kabinet Sabah yang bijak membolehkan lebih banyak kemajuan bakal dicapai pada masa akan datang.

Katanya usaha itu juga penting untuk memastikan segala dasar dan agenda pembangunan kerajaan untuk kesejahteraan seluruh lapisan rakyat di negeri ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Scarlett said...

Pemilihan anggota kabinet Sabah yang bijak membolehkan lebih banyak kemajuan bakal dicapai pada masa akan datang.

Musa berkata lagi bahawa setiap menteri mempunyai peranan penting dan harus melaksanakan tugas yang terbaik bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan berjalan lancar untuk manfaat rakyat.

Scarlett said...

Pemilihan anggota kabinet Sabah yang bijak membolehkan lebih banyak kemajuan bakal dicapai pada masa akan datang.

Sebagai kerajaan yang prihatin dan berjiwa rakyat, semua pemimpin perlu sentiasa responsif dan mengambil perhatian segera dan tindakan terbaik. Ini penting bagi membantu menyelesaikan isu-isu dan masalah rakyat sama ada yang disuarakan di kawasan atau pun yang disalurkan terus kepada kita di peringkat kementerian masing-masing.

Scarlett said...

Pemilihan anggota kabinet Sabah yang bijak membolehkan lebih banyak kemajuan bakal dicapai pada masa akan datang.

Sebagai anggota pentadbiran, ia memerlukan sokongan dan komitmen tinggi daripada semua penjawat awam sebagai jabatan dan agensi pelaksana, kerana keberkesanan dan kejayaan segala dasar dan agenda pembangunan banyak bergantung kepada kerjasama dan dedikasi antara pemimpin-pemimpin termasuk menteri dan warga perkhidmatan awam negeri dan pusat.

Scarlett said...

Pemilihan anggota kabinet Sabah yang bijak membolehkan lebih banyak kemajuan bakal dicapai pada masa akan datang.

Musa berterima kasih kepada semua pihak termasuk media yang banyak membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat tepat dan maklumbas rakyat di peringkat akar umbi untuk menambah baik serta meningkatkan lagi sistem perkhidmatan kerajaan. Masa untuk berpolitik sudah berakhir dan kini masa untuk mara ke hadapan untuk berkhidmat dan berbakti demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan dan kemakmuran negeri ini.

«Oldest ‹Older   201 – 270 of 270   Newer› Newest»