Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan wakil rakyat BN untuk melompat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 adalah perkara biasa.
"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya," beliau dipetik sebagai berkata.
Nazri berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan terapat pemimpin BN Sabah menyertai mereka tidak lama lagi.
Nazri juga berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan BN, lapor Bernama.
"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la...," beliau dipetik sebagai berkata.
Lajim dan Bumburing dah keluar...Bila lagi yang lain nak ikut?
Senator BN- Datuk Maijol Mahap keluar BN
Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap dijangka akan berpaling tadah.
Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Datuk Dr Marcus Mojigoh. Ahli Parlimen Putatan. Bila lagi nak keluar?
Walau sebelum ini dinafi oleh wakil rakyat ini. Namun siapa tahu akan datang. Datuk Marcus jangan main sembunyi sembunyi, nanti kena sembunyi oleh Musa Aman. Ingat tu..Yang penting Tumbangkan Musa Aman
Kalau Tan sri Bernard Dompok, faham-fahamlah mana dia nak berhenti. Dah jawatan Menteri diberi. Apa nak takut dia pun dekat kawasan bukan bagus sangat. Rakyat pasti akan tolak pemimpin Kadazan Dusun yang bermuka-muka macam Dompok ini.
ANDA SANGGUP BIARKAN KELUARGA MUSA BERMAHARAJA LELA?
KATAKAN TIDAK KEPADA MUSA AMAN DAN BN SABAH YANG ROSAK
No comments:
Post a Comment