Sunday, 5 August 2012

KM Sabah: Janji royalti minyak 20 peratus 'tak logik'

Senang nak kempen bila Musa kata royalti 20%  tidak logik. Dia dan keluarganya kaya raya dengan duit Petronas
tapi rakyat tidak dapat apa-apa. Jalan Raya macam tu juga. 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.

Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.

"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagai infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya."


Nota:

Bertambahlah lagi rakyat Sabah marah dengan jawapan seperti ini. tidak begitu. Dahlah projek petronas dari Kimanis hingga SAMUR yang berbilion ringgit di Sipitang di belasah oleh keluarga Musa Aman lepas tu cakap pula royalti 20% tidak logik.

Nampaknya Musa Aman amat takut isu Royalti minyak dan PATI ini. Faham-faham. 

No comments: