Oleh: Khairuddin Omar
Keluarnya Datuk Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing daripada Barisan Nasional
adalah satu lagi kegagalan BN menangani masalah ‘rumahtangga’ mereka dalam
parti.
Menurut sumber yang boleh dipercayai Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana
Menteri adalah orang yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan masalah tuntutan
pemimpin BN khususnya Datuk Seri Lajim dan Wilfred. Sikap acuh tak acuh dan
pandang mudah Najib dan Muhyiddin telah memakan diri. Najib menganggap Lajim
sebagai sahabat lama dan Muhyiddin pula menganggap Lajim seteru Musa. Muhyiddin
orang yang dipertanggungjawabkan oleh Najib telah gagal melaksanakan misinya.
Minta turunkan Musa Aman memang saya tidak boleh. Lain-lain seperti nak jadi calon atau minta gugurkan calon lain OK. Tapi gugur Musa tak boleh. Dia banyak duitlah! |
Tuntutan agar kepimpinan Negeri Sabah diubah (Asal Bukan Musa Aman) bagi
mengukuhkan BN tidak layan. Sikap kroni dan nepotisme yang melampau telah
menyebabkan rakyat Sabah muak dengan kepimpinan sekarang. Banyak janji tidak
ditepati dan Musa hanya mengenyangkan juak-juaknya.
Kenapa Muhyiddin gagal menangani masalah Lajim dan Wilfred? Sikap memandang
rendah dan melekehkan orang lain adalah sebahagian dari puncanya. Kalau benar
Muhyidin mampu melaksanakan tanggubjawabnya hal keluar parti tidak akan berlaku. Sekarang ni “senjata dah makan tuan”.
Umum mengetahui Muhyiddin adalah pro Musa sejak dahulu sehingga adiknya Anifah
Aman boleh dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.
Apa yang yang mereka tahu ialah perangai nak memancing orang dengan janji
manis agar bersama BN. Akhirnya yang
dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Lawan tetap lawanlah jadinya.
Tahupun bahaya BN. Kenapa kerana Musa Aman seorang susah BN nak buat keputusan. Kalau BN berkubur kerana Musa masa tu menyesal tidak berguna. |
Jika bermula 12 Ogos 2002 ramai ahli Parlimen BN Sabah beralih arah kepada
PR (sama ada dalam APS atau PPS) bermakna akan bertambah parahlah lagi masalah
Sabah. Masa itu barulah Najib, Muhyiddin dan Musa akan faham mengapa pemimpin
BN protes kepada BN Sabah. Kena ingat mereka keluar BN bukan semasa mereka
menang dalam PRU ke13 tapi semasa mempunyai segala jawatan. Mereka melompat
secara bermaruah.
Najib memikul beban
sendirian
Apa yang pasti Najib memikul beban ini berseorangan. Setakat hari ini tiada
pula komen dan ulasan dari Muhyiddin mengenai isu Datuk Lajim dan Wilfred ini.
Berdiam diri dan membungkam seribu bahasa akibat kegagalannya melaksanakan arahan
Najib tentu menghantuinya sampai bila-bila?
Atau apakah ini strategi Muhyiddin membiarkan Najib lumpuh perlahan-lahan?
Atau Najib ada perancangan lain menunjukkan rasa sedihnya dan membiarkan
sahabatnya Lajim bermain di Sabah bagi menggugat kepimpinan Musa. Nak TUKAR
Musa, Najib tidak berani.
Selepas ni bila dah parah kedudukan Najib. Datanglah Muhyiddin sekali lagi. Najib Kena undur sebelum rakyat tolak BN. Itulah yang berlaku pada Pak Lah. Tidak
begitu?
2 comments:
Apakah muhyiddin yang gagal tangani isu ini merupakan cara sabotaj muhyiddin kepada Najib. Bila bajib dah goyang maka dia pun datang kepada najib" turunlah kau najib"
Jika muhyiddin adalah orang yang gagal maka adalah amat jelas bahawa sepertinya muhyiddin merancang sesuatu
Post a Comment