Sunday, 5 August 2012

Musa kata 20% Royalti minyak ‘tak logik’. PR kata Logik





Oleh: Yusof Seruji

Ketua Menteri Sabah, Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.

Kita tengok pula fakta-fakta berkaitan yang mungkin Musa sengaja sembunyikan. Kalau Musa tak respon bermakna tidaklah penting sangat. Tapi apabila dalam ucapan dan sesi temubual medianya  kerap kali menyebut mengenai royalti sebagai janji “bulan bintang” maka elok PPS, APS ataupun Pakatan Rakyat menumpukan juga isu ini.

1.               PETRONAS meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu. Ia didorong peningkatan pendapatan sebanyak 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion berbanding RM210.8 bilion tahun sebelumnya.   Dalam tempoh kajian, firma minyak negara mencatat keuntungan bersih RM63.01 bilion, meningkat 38.5 peratus daripada RM45.49 bilion yang diraih pada tahun kewangan sebelumnya. 

2.               Pada tahun 2012, Petronas dijangka menerima RM14.734 bilion dari sumber minyak Sabah manakala Sabah hanya akan menerima RM0.775 bilion dan itu pun tidak disimpan atau dilabur untuk generasi Sabah akan datang. Sambil itu, gas Sabah akan disalurkan melalui Saluran Paip-gas Kimanis-Bintulu yang kini sedang dibina dengan kos RM3.5 bilion untuk diproses di Bintulu dan tidak banyaknya ditinggal untuk penggunaan di Sabah.

3.       Pada tahun 1976, pihak Kerajaan Sabah telah menandatangani menyerahhak kesemua 100% sumber minyak dan gasnya. Kerajaan juga telah bersetuju menolak bayaran royalti minyak sebanyak 5% dan menggantikannya dengan persetujuan menerima bayaran tunai yang diperuntukkan dibawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.

4.      Jika Sabah tidak menolak bayaran royalti 5% tersebut, hari ini, Sabah berhak menerima 10% daripada hasil minyaknya, iaitu 5% royalti minyak dan 5% bayaran tunai. 


5.           Minyak di Blok L & M telah pun diserah oleh Kerajaan Pusat ke Brunei tanpa sebarang pampasan kepada Sabah. Penyerahan dua telaga minyak yang sepatutnya memberi hasil royalti kepada Sarawak dan Sabah. Kalau 320 bilion hasil yang ada pada telaga itu, Kalau 5 peratus, (maka) jadi 16 bilion akan diperolehi. Jadi ia satu kerugian yang besar kepada Sarawak dan Sabah.

6.               Tujuan royalti minyak adalah bermatlamat membasmi kemiskinan sekaligus memberi manfaat majoriti rakyat di empat negeri pengeluar minyak, seperti 'Malaysian Borneo(Sabah/Sarawak)', Namun  sejak beberapa tahun lalu Sabah,Sarawak, Kelantan dan Terengganu di antara lima negeri paling tinggi mencatatkan kadar miskin dan kemiskinan tegar, meskipun mempunyai kekayaan sumber minyak.

7.      Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus jika gabungan itu mentadbir negara ini. Berbanding Lima peratus royalti sekarang.


Fakta Lain:


1.            Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, di atas tanah seluas 101.17 hektar merupakan komponen Projek Bersepadu Minyak dan Gas Asli Sabah-Sarawak yang sedang dilaksanakan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas). Komponen lain dalam projek bersepadu berkenaan ialah pembangunan lapangan minyak dan gas di luar pantai Sabah dan pembinaan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).Projek SSGP akan melibatkan pembinaan saluran paip gas sepanjang 500 km (90 km di Sabah dan 410 km di Sarawak) melalui jalan darat yang akan menghubungkan SOGT di Kimanis, Sabah, dan Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.

2.                  Kroni siapa paling banyak dapat projek ni?

3.                  Projek kilang baja urea ammonia Sabah (Samur) di kawasan seluas 67 hektar yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sipitang bernilai RM4.6 bilion  merupakan projek usaha sama Petronas Chemical Group (PCG) dijangka siap pada 2015.

4.                  Sekali lagi proksi dan kroni Musa mana paling banyak dapat?

 Mungkin sebab itulah Musa Aman kata royalti minyak 20% tak logik!! Petronas pula setiap tahun umum untung saja. Rakyat tengok sajalah..Yang Sempat diberi BRIM 500. Kesian rakyat Malaysia. 

No comments: