Saturday 11 August 2012

PM kata Sabah di Utamakan, Mahathir kata RCI tak perlu!




Perdana Menteri berkata beliau juga komited untuk membayar balik semangat muhibah yang dibawa oleh saudara-saudara timur itu ke negara ini, sepertimana komitmen Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein dalam menggabungkan Borneo Utara dengan Malaysia bagi faedah bersama.

"Sepanjang tempoh 49 tahun yang lalu, Sabah telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia. Tahun lepas, sektor pelancongan di negeri Sabah telah menyumbang hampir RM5 bilion kepada ekonomi negara, dengan ketibaan lebih 2.8 juta pelancong, iaitu peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun 2010.

Sabah dalam bahaya. PM kena selalu datang Sabahlah.
Saya nantilah..
"Pada keseluruhannya, Malaysia banyak bergantung kepada sumbangan negeri Sabah, dan oleh itu, kerajaan telah mengutamakan kebajikan negeri itu melalui Program Transformasi Kerajaan," katanya dalam entri terbaru blog beliau www.1Malaysia.com.my bertajuk 'Sabah di Malaysia - Situasi Sama-sama Menang', 

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan bekalan elektrik di Sabah agar konsisten selain membantu pengembangan MASwings daripada sebuah syarikat penerbangan khidmat masyarakat kepada sebuah syarikat penerbangan serantau bagi Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata melalui usaha berterusan kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Luar Bandar pula, jalan raya di Malaysia Timur sahaja sudah membentuk 54 peratus daripada keseluruhan jumlah jalan raya di negara ini.

Katanya golongan miskin luar bandar juga telah menerima beribu-ribu rumah baru atau yang dibaik pulih, kesemuanya dilengkapkan dengan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

"Secara keseluruhannya, NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar memanfaatkan 27 daripada 32 kumpulan etnik di Sabah, dengan perbelanjaan sebanyak RM3 bilion bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan di negeri itu," katanya.


MAHATHIR KATA RCI TAK PERLU



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.

"Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka.

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu.

"Pembangkang akan mengatakan perkara ini dimanipulasi dan jika tidak kerajaan yang akan dipersalahkan," katanya.

Selain itu, bekas perdana menteri yang berkhidmat kira-kira 22 tahun itu berkata, beliau sebelum ini juga pernah didakwa menjadi dalang memberikan kerakyatan kepada pendatang asing.

"Saya dituduh kononnya untuk bawa orang ini. Kita tak payah bawa, mereka datang sendiri. Mereka bukan orang asing. 

"Mereka dah tinggal di Sabah sekian lama. Mungkin mereka rasa Sabah lebih selamat sebab itu mereka tinggal di sana," katanya lagi.


-----

Nampaknya kenyataan Tun M ini sudah mula merosakkan hasrat PM untuk menawan hati  rakyat Sabah melalui pengumuman terma RCI.. Apa dah jadi?

No comments: