Tuesday 26 March 2013

ESSZONE, Kg Air dan PATI- Terhantuk dulu


Setelah Musa Aman dilantik menjadi Pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE)  mampukah beliau selaku nakhoda mengepelainya?

ESSZONE yang meliputi Sepuluh daerah dibawah zon Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau seperti mana pengetahuan umum adalah kawasan yang mudah di ceroboh oleh pihak luar. Masalah pendatang asing yang berleluasa sehingga ke hari ini mencerminkan betapa masalah keselamatan perlu di beri keutamaan.

Serangan lanun di Lahad Datu 1980an, pada tahun 1990 di Sandakan malah perisriwa Ligitan/Sipadan tahun 2000 tentu sudah menggambarkan keadaan masalah itu. Bermakna situasi gangguan warga asing bukanlah perkara baru. Peristiwa pencerobohan Lahad Datu oleh keturunan sulu Kiram III adalah kemuncak tragedi yang mengundang kematian anggota keselamatan kita. 


Salah satu Kg Air di Sandakan
Sebagai Pengerusi MKN sejak sekian lama, termasuk anggota tetap jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing, Musa Aman bukanlah tidak tahu masalah yang dihadapi mengenai ancaman keselamatan yang melibatkan warga asing. Bayangkan 10 Daerah yang diumumkan ESSZONE itu pun adalah kawasan Daerah yang berdekatan dengan kawasannya Sandakan yang beliau sendiri pun gagal untuk melindungi keselamatan rakyat Sabah di pantai timur Sabah.


Simunul
Sebagai Pengerusi MKN Sabah beliau mempunyai kuasa untuk memberi arahan atau menerima pandangan MKN cawangan Negeri untuk mengambil tindakan yang wajar. Isu Penempatan Perkampungan Air yang melibatkan warga asing di Sabah misalnya bukanlah suatu yang baru. Kg Simunul di semporna, Kg Sim Sim Sandakan, dulu Ice Box Tawau (Terbakar) malahan penghuni setinggan di Pulau-pulau pun tak dapat di atasi. Semua Kampung-kampung yang mempunyai rekod jenayah amat sukar di masuki oleh pasukan keselamatan. Itulah yang berlaku di Kg Simunul Semporna. Apakah Musa dan Shafie Apdal berani memasuki kawasan ini?



Nak jaga perut lebih nampak ....dari nak jaga Negeri..

Apakah selama ini kerajaan pimpinan Musa tidak tahu apakah itu Kg Simunul? Pengikut Jamalul Kiram III bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu tentu meninggalkan kesan mendalam pada warga anggota keselamatan seperti polis. Apakah Musa tidak tahu Kg Simunul ini mempunyai reputasi  sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan?

Apakah Musa amat selaku pengerusi tidak tahu Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram?

Apakah kalau tidak berlaku pencorobohan itu memang masalah ini akan terus disembunyikan oleh kerajaan? Mengapa  tempat ini masih wujud walaupun digelar kampung samseng sehingga berlaku serangan baru kerajaan mahu merobohkan perkampungan atas air?

Sepatutnya ESSZONE, 10 daerah bukan baru di wujudkan sekarang, tetapi sejak 1980 an lagi apabila kita tahu warga asing seperti lanun pernah menyerang daerah itu. Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing mendapat kad pengenalan projek di 10 Daerah ini. Menjadi warga Malaysia tetapi masih taat setia dengan negara mereka. 

Jika di Pantai Timur negeri Sabah menjadi fokus. Bagaimana pula penempatan air berhampiran Ibukota Negeri Kota Kinabalu. Bayangkan Kg Air Likas, dan Pulau Gaya. Apakah Kerajaan berani memasuki Pulau Gaya untuk menyelesai masalah jenayah di kawasan warga Filipina itu. Bayangkan Pasar di Kota Kinabalu di kenali sebagai "Pasar Filipin" seolah-olah mengakui dan mengiktiraf kehadiran mereka. Datanglah ke pasar Filipin dan kalau berkesempatan bolehlah bersolat jumaat mendengar Khutbah dalam bahasa Filipin......

Sekarang ni "Terhantuk baru tengadah"!!! Apa gula rasa coklat kah...

2 comments:

Anonymous said...

mana dia tahu...yang dapat IC pun dia sokong...masa saya di Airport nampak orang Pakistan tak fasih BM...tapi tunjuk IC....wow.syak aku

Bakri- KK

Anonymous said...

Jangan lupa. Filipina mungkin majoriti setinggan di Sabah hari ini tetapi di tempat lain di negara ini, masih terdapat rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan setinggan. Dalam menempatkan semula setinggan, keutamaan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia apabila ia datang kepada perumahan alternatif dan bantuan sosial.