Monday, 25 March 2013

Dompok kata Tarik IC, Musa kata apa?


Komponen BN: Tarik balik semua IC di Sabah

Ketawa sekarang..sebelum diketawakan

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.



Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.

Dompok dah cakap terpaksa cakap!!
Anggota Menteri Kabinet Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah.

"Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup.

harga sebuah IC
Nampaknya Tan Sri Bernard, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Tan Sri Joseph Kurup (Trio Tan Sri) ini akhirnya akur dengan kehendak bumiputera asal Negeri Sabah. Apakah mereka tahu masyarakat Kadazan Dusun bakal tidak mengundi mereka? umum tahu berapa undi Bernard tahun 2008 yang hampir kalah. Tanpa berbincang dengan Musa Aman mereka "U turn" apa yang mereka tertinggal. 

Apa pula reaksi Musa Aman? apakah  keputusan kabinet negeri dari kumpulan UMNO pula? Apakah mereka setuju selepas trio  Tan Sri ini melontar "peluru" mereka?

Sekarang rasalah situasi "meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri"... atau Senjata makan tuan..

Percayalah selepas ni muncullah beberapa NGO yang akan mempertahankan "Kami dah dapat IC" mana boleh batal dan pulangkan balik. 







No comments: