Wednesday 27 March 2013

Sampolna oh sampolna terlepas pandang dalam ESSCOM


Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lepas, boleh merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat seiring dengan Koridor Pembangunan Sabah yang dilancarkan pada 2008.


Pewujudan Eastern Sabah Security Command (Esscom), kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di timur Sabah, akan membawa manfaat seperti Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom) di Sarawak dalam menjamin keselamatan.



Shafie baru tersedar...Musa mungkin baru tersentak!

Semporna tersisih?


ESSCOM menyenaraikan Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu tetapi tidak menyenaraikan Semporna. Walaupun umum tahu peristiwa Kg Simunul dan dearah ini yang pernah di serang lanun tetapi Semporna tidak dimasukkan. Apakah Pengerusi MKN Negeri Sabah Musa Aman terlupa memberi pandangan kepada PM bahawa Semporna perlu di masukkan?. Apakah Sandakan sahaja yang perlu dalam perlindungan?


Reaksi Shafie Apdal.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan membangkitkan persoalan kenapa daerah Semporna tidak dimasukkan ke dalam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada mesyuarat Kabinet rabu tadi. Kalaulah Shafie Apdal bukan Ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kabinet agak-agak ada Menteri lain yang akan bawa kepada pengetahuan PM?


Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, daerah tersebut merupakan antara kawasan di pantai timur Sabah yang sering menjadi tumpuan utama kegiatan lanun sejak tahun 1963 lagi.


"Penting kerana jika anda sedar sejak tahun 1963, inilah kawasan yang sering jadi tumpuan kegiatan lanun, manakala tempat lain jarang kita dengar berita tentang kegiatan itu.

"Saya ingat Esscom merangkumi kawasan saya seperti Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) tetapi tidak dan saya akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet esok," katanya.


Menteri  Sabah- Nasir Sakaran

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata memang wajar Semporna dimasukkan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

   
Ini kerana katanya, kedudukan daerah pelancongan itu terlalu hampir dengan negara jiran serta berisiko tinggi terhadap serangan pengganas.
   
"Kita amat mengalu-alukan pewujudan Esscom seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak di Lahad Datu. Cuma kita mahu supaya Semporna turut dimasukan dalam Esscom. Seperti juga daerah Lahad  Datu, Semporna juga amat hampir dengan sempadan negara jiran. Jadi kekuatan keselamatan perlu ada di situ," katanya kepada Bernama.
   
Nasir mengulas cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membawa perkara itu ke kabinet.
    
Mengulas lanjut, Nasir berkata berdasarkan sejarah, Semporna merupakan sasaran lanun atau 'mundu' dalam bahasa masyarakat setempat, seperti kejadian penculikan di Pulau Sipadan pada 2001.
   
Beliau turut memberi contoh kejadian berdarah di Kampung Simunul di Semporna yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan pada 2 Mac lepas.
   
"Daerah Semporna juga merupakan destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa di Sabah. Saban tahun pulau-pulau peranginan di Semporna dikunjungi ramai pelancong asing. Tambahan pula Pusat Kastam, Imigresen dan  Kuarantin (CIQ) juga sudah diwujudkan dan beroperasi di Semporna," katanya.



Musa Aman tidak terfikir mengenai Semporna?


Maaf To' saya lupa bagi cadangan dalam ESSCOM. I ingat you boleh cakap sendiri dengan PM
dalam Mesyuarat Kabinet.

Apakah Musa yang dilantik menjadi Pengerusi ESSZONE tidak menyedari mengenai Semporna yang tidak termasuk dalam ESSCOM?

Lihatlah..hal seumpama ini pun boleh terlepas pandang. Bagamana nak jadi Pengerusi yang utamakan keselamatan? Sepatutnya Pengerusi memberi reaksi dahulu. Tidakkah ini mencerminkan Musa Aman selaku Ketua Menteri memang tidak sebulu dengan Shafia Apdal? 


No comments: