Monday, 25 March 2013

ESSZONE DIKUATKUASA, MUSA MENGETUAINYA- APA GAGAL LAGI?


ESSZONE Sabah kuatkuasa hari ini




Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang meliputi 10 daerah yang berkuatkuasa hari ini bukan satu pengiystiharan darurat dan proses pilihanraya boleh dijalankan di situ seperti biasa. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata Yang Dipertuan Agong telah beri perkenaan ia dikuatkuatkuasa hari ini. 

Sepuluh daerah dibawah zon berkenaan ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. 

Perdana Menteri berkata 10 daerah dibwah zon berkenaan akan ditadbir oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh menteri dalam negeri.. 

Menurut beliau, jawatankuasa dikenali Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur akan dipengerusikan ketua menteri Sabah dan dibantu seorang ketua pegawai eksekutif serta anggota-anggota yang akan diumum kelak.

Persoalannya. 

1. Mampukah Musa mengetuai Jawatankuasa ini? dengan kegagalan beliau sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, isu kawalan keselamatan negeri sehingga berlakuknya Pencerobohan Lahad Datu, Sabah

Berani menutup perkampungan atas air yang PATI diami?  Pulau Gaya terus bergaya dengan Bendera BN dan UMNOnya. Ada berani?

2. Isu PATI yang berleluasa di Negeri Sabah tidak dapat dibendung dengan sebaiknya. Sehingga Jawatankuasa Kabinet PATI di ketuai Timbalan Perdana Menteri pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Kesannya PATI Sabah memijak kepala.

3. Penempatan warga asing atas air dan pulau yang gagal di selesaikan oleh Musa seperti di Pulau Gaya,  Mabul, Kg Simunul dan lain-lain penempatan yang bakal mengundang masalah sebagai "bom jangka" kepada Negeri Sabah.

Dengan kos berbilion ringgit ESSZONE, dengan Musa sebagai Pengerusinya pasti tidak dapat menyelesaikan masalah keselamatan kerana sudah dibuktikan sebelum ini Musa gagal sebelum ini. Siapakah pula ketua pegawai eksekutif yang dicadangkan? kalau orang Musa lagi...maka tambahlah tempang jawatankuasa itu.... sebab Ketua Pegawai Eksekutif yang hanya mengampu bosnya tidak akan menyelesaikan masalah. 

No comments: