Sunday 21 April 2013

Calon BN Dun N.26 Kuala Penyu Pernah di siasat SPRM


Fatimah Hj Bakar


Disiasat SPRM




Wences pernah menyingkir Limus di Kuala Penyu. Kini Limus menjadi calon atas pilihan Presiden  UPKOnya. DOMPOK membalas budi tanda terima kasihnya kepada Limus selama ini membantunya. 



Pernahkah anda mendengar kes bekas Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim  -ADUN Usukan dan Pembantu Menteri infrastruktur Negeri Sabah (sekarang PRU13 digugurkan), yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009? (sila klik) dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengenai politik wang melibatkan ketua pemuda UMNO Khairy Jamaludin. Japlim Akim di bebaskan dengan jaminan.



Japlin Akim adalah antara pemimpin Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno sebelum pemilihan itu tahun 2009. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi Umno Sabah pula ketika itu mengumumkan Japlin kekal sebagai ADUN Usukan dan jawatan timbalan menteri yang disandangnya walaupun lembaga disiplin telah mendapatinya bersalah terbabit dalam politik wang. Begitulah uniknya politik Malaysia. Bersalah dalam parti politik tidak mengapa kerana jawatan mereka dalam kerajaan akan dikekalkan.Ekoran itu, keahliannya Japlim Akim dalam Umno digantung selama tiga tahun.


Menariknya Japlim Akim ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, Pengarah Syarikat Perwira Progresif Construction Sdn Bhd ketika itu yang kini adalah Calon Dun N.26 Kuala Penyu Sabah. Walaubagaiman pun Limus ketika itu bebas diikat jamin.


Japlin dikenakan ikatjamin RM100,000 manakala Limus Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Kedua-duanya dibebaskan dari balai polis Karamusing pada kira-kira jam 6.15 petang. SPRM ketika itu gagal melanjutkan permohonan tahanan reman ke atas Japlin dan Limus Jury selama empat hari lagi selepas mendengar hujah dari kedua belah pihak di prosiding yang diadakan di balai polis tersebut.

"Kedua-duanya ditahan oleh pasukan SPRM dari Putrajaya tanpa pengetahuan SPRM negeri dan dipercayai berkaitan dengan ‘politik wang' sewaktu pemilihan Umno bulan lalu," kata satu sumber.

Persoalannya bagaimana BN memilih calon yang mempunyai track rekod dengan Siasatan SPRM?. Apakah BN sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa sehingga terpaksa melantik kontraktor yang kaya raya untuk menjadi calonnya dalam PRU13?

Apakah rakyat Kuala Penyu tidak bimbang melantik wakil rakyat seperti ini yang hanya akan sibuk sebagai ahli perniagaan? Dan dikhuatiri jarang balik ke kawasan?





Lain-lain artikel

Malaysiakini. SPRM: Ketua Pemuda Umno Sabah diikatjamin

idhamlim

Kenapa dun Usukan perlu wakil rakyat baru


51 comments:

mantera said...

biarlah rakyat buat pilihan

Anonymous said...

sebarkan kepada rakyat jelata. baru rakyat menilai.

Unknown said...

Kejayaan FELDA sehingga muncul sebagai antara syarikat perladangan kelapa sawit terbesar dunia adalah disebabkan kepimpinan berwawasan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Unknown said...

s Beliau berkata, jika masyarakat mahu melihat FELDA terus menempa kejayaan dengan kebajikan peneroka terus dipelihara, mereka perlu terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Unknown said...

Menurut Timbalan Perdana Menteri, peneroka FELDA perlu mengimbau kembali sejarah pergorbanan kepimpinan negara seperti Tun Abdul Razak yang mencetuskan penubuhan FELDA.

Unknown said...

Beliau berkata hasil perjuangan pemimpin-pemimpin dahulu dan sedia ada dalam BN, warga peneroka termasuk generasi keduanya mendapat pelbagai kemudahan.

Unknown said...

"Saya meminta pada 5 Mei (hari pengundian) nanti, semua dapat berfikir dengan rasional dan tidak emosional dengan memastikan BN terus kekal berkuasa," katanya.

Unknown said...

Di bawah kerajaan BN, Muhyiddin berkata FELDA akan terus berkembang dengan pesat bagi memenuhi aspirasi pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang untuk menubuhkannya.

Unknown said...

Sementara itu, beliau berkata, BN merupakan sebuah parti politik yang sentiasa berpegang kepada janji dan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala yang dijanjikan kepada rakyat.

Unknown said...

Katanya, aku Janji BN adalah tidak sama dengan manifesto pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak berhasrat untuk menunaikannya.

Unknown said...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.

Unknown said...

Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.

Unknown said...

"Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-Allah, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah," katanya.

Unknown said...

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini Sabtu malam.

Unknown said...

Najib berkata mandat baharu amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala agenda yang telah direncanakan ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Unknown said...

"Perjalanan kita masih jauh sebab kalau hendak Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi tidak mengambil setahun dua...tetapi sebelum sampai ke tahap itu, kita kena melangkah satu jambatan iaitu pilihan raya umum ke-13.

Unknown said...

"Kalau kita dapat pintas ke sebelah, yakin dan percayalah dengan mandat baharu itu kerajaan akan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang," tegas Perdana Menteri yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Unknown said...

Najib berkata sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009, kerajaan telah membentangkan kepada rakyat pelbagai program penambahbaikan bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baharu Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti Program Transformasi Politik dan Sosial.

Unknown said...

Najib berkata beliau baru-baru ini telah membentangkan laporan pencapaian GTP dan ETP yang mengupas satu persatu bagaimana kerajaan telah memenuhi janji kepada rakyat termasuk dalam soal memerangi kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan menjamin pertumbuhan ekonomi lebih baik.

Unknown said...

Lebih dekat di hati rakyat, kerajaan juga telah mencatat kejayaan agenda transformasi antaranya dengan kewujudan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, PR1MA dan Program 1Azam yang telah memberi manfaat kepada rakyat.

Unknown said...

"Kita tak akan janji bulan bintang. Tapi tak cukup bulan dan bintang, mereka (pembangkang) cakerawala pun dijanji. Malah syurga pun dijanji semata-mata meraih sokongan.

Unknown said...

"Sebagai rakyat, kena tanya mereka yang suka tabur janji...berapa banyak yang ditunaikan. Banyak janji tinggal janji," katanya sambil mengingatkan rakyat supaya tidak tertipu sekali lagi dengan pembangkang yang kini mula menabur janji baharu melalui manifesto pilihan raya yang dilancarkan baru-baru ini.

Unknown said...

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan berita gembira kepada warga Kuantan apabila beliau mengumumkan pembinaan 20,000 unit rumah PR1MA di tiga kawasan utama iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Unknown said...

Najib turut mengumumkan peruntukan RM100 juta mencakupi masing-masing RM50 juta untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan banjir di Kuantan.

Unknown said...

Bagi peringkat nasional, Najib mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta bagi skim pinjaman mikrokredit untuk tahun ini dan tahun depan.

Unknown said...

Najib, yang melakukan lawatan sehari ke Pahang, terdahulu merasmikan projek Rimbunan Kaseh di Kuala Lipis, melancarkan program Kawan 1M4U Fair 2013 di Pekan dan menghadiri jamuan malam dan kutipan amal untuk Sekolah Menengah Chong Hwa sebelum diakhiri dengan program Jelajah Janji Ditepati.

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, seorang yang berkeyakinan dan dipuji kerana pengurusan kewangan negeri yang mantap dan kecemerlangan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam pilihan raya umum 2008, sekali lagi dijangka memimpin parti gabungan itu dalam PRU menentang pakatan pembangkang yang tidak sehaluan di negeri ini.

Unknown said...

Dalam 'ledakan' pertama yang dibuat selepas pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, Musa, yang juga pengerusi BN negeri, menggesa penduduk Sabah tidak memperjudikan masa depan mereka dengan membuat ujikaji dengan sebuah kerajaan pembangkang.

Unknown said...

"Berfikirlah dengan bijak sebelum membuat keputusan, dan memperjudikan masa depan anak serta negara kita," Musa dipetik sebagai berkata.

Unknown said...

Musa, pemimpin yang berkarisma, mengetuai BN negeri dalam melakar kejayaan besar dalam pilihan raya umum lepas, dengan menguasai 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi Dun, meninggalkan DAP kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Dun Sri Tanjung (Tawau).

Unknown said...

Dengan rundingan bagi kemungkinan pertandingan satu lawan satu atau bersemuka antara BN dan pakatan pembangkang yang sepadu di Sabah tidak menampakkan hasil, BN kini berada dalam kedudukan lebih baik untuk memberi pukulan maut berganda terhadap lawannya bagi pilihan raya parlimen dan negeri.

Unknown said...

Benih ketidaksefahaman mula bercambah dalam kalangan pembangkang apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di sini baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang akan berdepan BN secara sendiri tanpa sokongan parti yang berpusat di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.

Unknown said...

Ini tidak diterima baik oleh pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP), sebuah parti tempatan yang meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008, yang mengharapkan perikatan strategik untuk berdepan kekuatan jentera pilihan raya BN.

Unknown said...

Dalam apa yang dilihat sebagai satu tamparan kepada pembangkang, setiausaha agung SAPP Datuk Richard Yong kemudiannya menyifatkan pengumuman Anwar sebagai membayangkan "pakatan pembangkang terlebih yakin".

Unknown said...

"Mereka meletakkan diri mereka terlalu tinggi sehinggakan tidak memerlukan kerjasama daripada parti di Sabah untuk berkempen menentang Barisan Nasional. Mereka tidak mengendahkan hasrat rakyat supaya pembangkang menentang BN satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang," Yong dipetik sebagai berkata.

Unknown said...

Lebih memburukkan keadaan, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan menyertai persaingan itu, dan menjangkakan partinya terlibat dalam pertandingan tiga penjuru atau lebih bagi sebahagian besar kerusi parlimen dan negeri.

Unknown said...

Tanpa menyebut bahawa ini mungkin memecahkan lagi undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada parti pemerintah, Jeffrey berkata "setiap parti politik bebas meletak calon dalam pilihan raya memandangkan ia sejajar dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia".

Unknown said...

Seorang penganalisis politik, Salman Nurillah, berkata berdasarkan senario politik yang berlaku di negeri ini, dengan perpecahan dan ketidaksepakatan antara parti pembangkang, BN nampaknya mempunyai kelebihan untuk memerintah Sabah bagi tempoh lima tahun lagi.

Unknown said...

Salman, seorang bekas penjawat awam berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dari UiTM, berkata dengan SAPP dan STAR menyertai saingan itu dan memberi tumpuan khas terhadap isu agenda Autonomi Borneo, ini sudah tentu memberi lonjakan untuk BN mengulangi kejayaannya pada pilihan raya umum ke-12.

Unknown said...

"Kelebihan semestinyalah di pihak BN, kerana dalam arena politik, apabila berlaku perpecahan atau ketidaksepakatan dalam kalangan pembangkang, parti pemerintah akan sentiasa meraih manfaatnya," katanya.

Unknown said...

Menyebut contoh keputusan pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Likas, Kepayan dan Inanam di Sabah, Salman berkata perpecahan undi pembangkang memberi kemenangan kepada BN.

Unknown said...

"Saya percaya perkara seperti ini akan berlaku lagi dalam pilihan raya akan datang," katanya dan menambah sama ada calon pakatan pembangkang, atau SAPP atau malah STAR akan menjadi pengacau bagi undi pembangkang dalam apa cara sekalipun.

Unknown said...

Satu lagi faktor yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah ialah keseriusan kerajaan BN mengendalikan isu keselamatan, khususnya pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Unknown said...

"Saya berpendapat ini adalah 'rahmat yang terselindung' dari sudut keselamatan yang sebelum ini diambil mudah.

Unknown said...

"Dengan keputusan kerajaan meningkatkan jumlah anggota keselamatan untuk melindungi kedaulatan negeri ini, terutamanya di pantai timur di samping pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), ia membangkitkan keyakinan rakyat, khususnya pengundi, kepada kerajaan.

Unknown said...

"Mereka berasa selamat kerana keadaan keselamatan terkawal dan yakin dengan usaha bersepadu kerajaan untuk mengelak insiden serupa daripada berulang," katanya.

Unknown said...

Salman berkata faktor menyenangi pentadbiran kerajaan Sabah yang baik di bawah kepimpinan Musa, lebih-lebih lagi dalam membawa pembangunan dari semua aspek kepada rakyat dan penerimaan dasar transformasi baharu yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengilhamkan gagasan 1Malaysia, akan turut menyumbang kepada kejayaan dalam pilihan raya.

Unknown said...

Beliau sependapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa Najib bekerja keras bagi BN dan negara sebagai perdana menteri dari segi transformasi politik dan ekonomi sejak mengambil alih teraju kepimpinan.

Unknown said...

Sementara itu, Salman meramalkan BN akan berdepan cabaran getir untuk memenangi semula kerusi Kota Kinabalu dan Sri Tanjung yang dikuasai DAP selain bakal diberi tentangan sengit pembangkang di kawasan bandar dan sub-bandar.

Unknown said...

Beliau berkata ini termasuk kerusi Parlimen Sandakan, Tawau, Beaufort, Tuaran, Penampang, Sepanggar dan Pensiangan.

Unknown said...

"Berfikirlah dengan bijak sebelum membuat keputusan, dan memperjudikan masa depan anak serta negara kita," Musa dipetik sebagai berkata.