Monday 22 April 2013

ANTARA MARUAH MUSA AMAN DAN KEKALAHAN BN DI BEAUFORT


Oleh: Hassan A


Rekod pencapaian cemerlang dalam PRU ke-12 dengan majoriti 10,914 tentu membayangi Datuk Musa Aman untuk menentang Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin di Parlimen P.177 Beaufort. Sebagai Janang Gayuh kepada suku kaum Bisaya yang terbesar di Parlimen Beaufort, Musa Aman mempertaruhkan Dato' Azizah Mohd Dun di Parlimen dan Isnin Aliasnih di Dun Klias.

Maruah Musa Aman lebih utama dari BN!!! Walau apapun Beaufort kamu-kamu yang dipilih jadi calon mesti buat kerja

Pertembungan PRU ke 13 kali ini adalah antara maruah Musa Aman untuk mempertahankan dirinya dari dimalukan oleh Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj Ukin. Lantaran itu sejak Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin keluar parti UMNO/ BN dan menubuhkan NGO Pakatan Perubahan Sabah (PPS) menyertai Pakatan Rakyat, Musa Aman tidak berhenti bimbang sehingga terpaksa membawa YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkali-kali ke Parlimen Beaufort. Sesuatu yang pemimpin pusat jarang lakukan khususnya YAB PM dan TPM datang berkunjung ke Parlimen Beaufort. Begitulah tingginya tahap kebimbangan Musa Aman dan sanggup mempertahankan demi maruahnya. Malah sanggup berjanji kepada rakyat memancing undi. Sedangkan selama ini Musa Aman inilah yang menghalang kemajuan dan pembangunan Beaufort sehingga menyekat projek pembangunan yang baik supaya tidak kelihatan di bawa oleh Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. 

Jika Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin sebagai wakil rakyat Parlimen Beaufort tidak bertegas dan memainkan peranannya di peringkat pusat semua pembangunan yang dibawanya tidak mungkin akan berlaku. Tetapi suara dan ketegasannya yang membawa kita kepada semua ini. Lihatlah berapa ramai wakil rakyat BN di luar sana yang bertahun-tahun menjadi wakil rakyat tetapi kawasan mereka ketinggalan. Mengapa? sebab peranan mereka tidak berkesan. Jadi bukan faktor BN tu penentu kemajuan, tetapi wakil rakyat yang berkesan.

Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin dan John OT Ghani semasa penamaan calon bersama rakyat jelata yang tahu dirinya sebagai pemimpin berjiwa rakyat

25 kerusi Parlimen di Sabah, belum tentu dapat di pertahankan oleh BN. Tetapi Musa Aman amat khuatir sehingga memberi tumpuan yang lebih di Parlimen Beaufort. Umum mengetahui sikap dingin Musa Aman sejak dahulu dengan Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin yang sentiasa lantang memberi teguran dan kritikan terhadapnya. 



Kita akan sama-sama melihat keputusan PRU ke 13 selepas 5 Mei 2013 nanti. Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin wakil rakyat yang mesra rakyat dan sentiasa turun padang serta berjasa kepada rakyat tentu akan mendapat simpati rakyat untuk kekal bersamanya. Umum mengetahui sikap dan sifat sebenar calon BN sekarang Dato' Azizah Mohd Dun (kemaruk kuasa sehingga menentang Datuk Lajim sebagai Ketua Bahagian) dan Pemangku Ketua Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih (dikatakan panas baran, pernah menghulur senjata), tidak mesra rakyat juga sentiasa menikam dari belakang terhadap ketuanya. 

Rakyat dan pengundi di Parlimen Beaufort hari ini banyak berpura-pura menyokong BN kerana khuatir diugut oleh pemimpin BN di Parlimen Beaufort yang sudah tidak tertahan lagi mahu berkuasa. Oleh itu ayuh rakyat Beaufort kita tegakkan keadilan di Parlimen Beaufort. Segala jasa Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin terus tersemat dan perlu diterjemah dalam peti undi. Jika pemimpin BN memberi dana ambil, jika mereka berjanji dengar sahaja dan yang lebih penting ialah matlamat kita bersama KEKALKAN Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin sebagai wakil rakyat dan TUMBANGKAN BN. Dengan cara ini sahaja maka Datuk Musa Aman, Dato' Azizah Mohd Dun dan Isnin Hj Aliasnih dapat disingkirkan. Apakah rakyat Parlimen Beaufort mahu melihat campur tangan Musa Aman di Parlimen Beaufort? Bagi masyarakat Bisaya apakah kita tidak sedar dengan permainan orang luar untuk memecah belahkan bangsa kita yang kecil? Apakah melalui calon BN bangsa kita ini dapat dijamin masa depannya sedangkan kita sendiri tahu tentang sikap tamak mereka.

Percayalah dua beradik ini tidak akan pernah AMAN terhadap
Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. Masanya akan sampai mereka akan
bertapak di Beaufort. Kalau bukan mereka keluarga-keluarga mereka. Amat penting bagi mereka calon-calon BN di Beaufort pro mereka. Sedarlah yang kaya raya adalah mereka tapi rakyat Beaufort sedang di "gula-gulakan". 

NAJIB PENING

Pening, pening, pening


UNDI PKR BERMAKNA 
UNDI DATUK SERI PANGLIMA HJ LAJIM HJ UKIN.

275 comments:

1 – 200 of 275   Newer›   Newest»
Borneo Bullet said...

Jangan dulu bersorak selagi belum bertanding.. Lajim Ukin sudah gagal membangunkan Beaufort.. sebab itu beliau keluar BN supaya semua kesilapan beliau dapat dialihkan kepada kerajaan BN.. beginilah sifat semulajadi katak yang bersungguh2 mahu menyelamatkan karier politik tanpa teragak2 menggunakan pendekatan jijik untuk mencapai misinya.

Populariti Lajim Ukin di Beaufort, tidak lebih dari sekadar pemimpin yang telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat. Lajim Ukin sendiri mengakui bahawa Beaufort masih mundur sepanjang beliau menjadi wakil rakyat untuk kawasan itu. walhal, lebih rm100 juta sudah diperuntukkan untuk pembangunan di kawasan itu sejak 2008.

untuk pengetahuan Lajim dan penyokong2nya, baru2 ini Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu telah berikrar untuk terus menyokong calon Barisan Nasional yang akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang.

Pengerusi PBTM Beaufort iaitu Jeffry Sulingan sendiri telah mengetuai upacara melafaz ikrar sokongan bersama-sama ahli, isteri dan balu perajurit di hadapan calon BN Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun pada majlis aku janji PBTM..

TATAP BN!

Borneo Bullet said...

" Azizah yang kelihatan ceria sepanjang penamaan calon berkata, misi itu lebih menumpukan kepada usaha memperkasa pembangunan Beaufort yang maju dalam semua aspek kehidupan termasuk daripada segi sosio-ekonomi, budaya, sahsiah dan penguasaan ilmu yang seimbang.

Bagi mencapai tujuan itu, Azizah berazam untuk meneruskan perkhidmatan yang terbaik untuk semua rakyat selaras dengan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin BN yang mendukung konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."


jika diatas ini adalah kenyataan Lajim, pasti semua penduduk Beaufort termuntah tak henti2. Lajim sudah diberikan peluang oleh penduduk Beaufort, namun sayangnya kepercayaan penduduk kepada Lajim telah dibelot oleh katak menyerupai manusia ini..

TATAP BN!

Unknown said...

Saya bersetuju dengan pendapat Borneo Bullet, masih ada masa untuk berkempen dan belum tentu kemenangan akan berpihak kepada Lajim Ukin. Pada 5 januari 2013, Lajim Ukin telah mengadakan satu sidang media di Pejabat PPS Putatan untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang telah mempersoalkan krediblity beliau sepanjang 26 tahun karier politiknya terutamanya dalam soal pencapaian beliau.

Antara pencapaian yang dihuraikan oleh Lajim adalah; berjaya membawa pembangunan infrastruktur di kawasan P. 177 Beaufort dan juga di N 25 Klias iaitu dengan sebanyak 80%. Lajim juga menyatakan dia adalah pencetus idea kepada penubuhan Yayasan Usaha Maju dan juga semasa Lajim menyandang jawatan sebagai Menteri Pertanian Negeri, Wisma Pertanian telah dibangunkan dimana semua agensi Kementerian Pertanian dan Kementerian beribu pejabat di tempat tersebut.

Sedar tak sedar Lajim Ukin mengakui bahawa kerajaan sekarang dibawah pimpinan Barisan Nasional banyak membantu rakyat khususnya dikawasan yang diwakilinya. Ini menunjukan kepekaan BN kepada rakyat di Sabah. Kenyataan ini sekaligus menjawab hal pembangunan di Sabah oleh BN. Kerajaan telah membawa impak yang besar dalam ekonomi Sabah. Memang tidak boleh dinafikan lagi.

Kenyataan dari mStar pada 27 Disember tahun lalu melaporkan bahawa majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berpesan supaya penduduk tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya menabur janji-janji kosong.

Anonymous said...

Tanpa gentar terhadap pesaingnya Datuk Azizah terus bertekad membawa penduduk Beaufort kepada pembangunan. Beliau menyatakan pada hari penamaan calon bahawa misi beliau antaranya berusaha mentrasformasikan daya kepimpinan generasi muda dalam melahirkan pemimpin pelapis negara.

Jujai said...

Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, menggariskan visi dan misi pembangunan yang holistik untuk kawasan Beaufort. Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri bersaing dalam pertandingan tiga penjuru apabila berhadapan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin yang kini mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tetapi bertanding atas tiket PKR dan Gaundi Kohoi dari parti STAR.

Jujai said...

Parlimen Beaufort yang mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Klias dan Kuala Penyu menyaksikan calon BN, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih berhadaan cabaran Lajim (PKR), Mohd Sanusi Taripin (SAPP) dan Aliapa Osman (STAR) untuk DUN Klias.

Jujai said...

Sementara Limus Jury yang diberi tanggungjawab jawab mempertahankan kerusi BN di DUN Kuala Penyu menghadapi saingan daripada Datuk Johan @ Christopher OT Ghani (PKR), Alexander Sintin (STAR) serta dua calon bebas iaitu Mohd Tajuddin Mohd Walli dan Jusbian Kenneth @Kini.

Jujai said...

Azizah yang kelihatan ceria sepanjang penamaan calon berkata, misi itu lebih menumpukan kepada usaha memperkasa pembangunan Beaufort yang maju dalam semua aspek kehidupan termasuk daripada segi sosio-ekonomi, budaya, sahsiah dan penguasaan ilmu yang seimbang.

Jujai said...

Bagi mencapai tujuan itu, Azizah berazam untuk meneruskan perkhidmatan yang terbaik untuk semua rakyat selaras dengan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin BN yang mendukung konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Jujai said...

"Kita juga mahu melihat taraf ekonomi di kalangan penduduk berbilang kaum dapat ditingkatkan melalui penyertaan penduduk dalam program dan bantuan yang disediakan kerajaan selain memperhebat penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan perniagaan," katanya kepada Bernama, di sini.

Jujai said...

Azizah juga bertekad untuk menjadikan Beaufort sebagai Hab Pendidikan bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan mempunyai jati diri negara bangsa bagi memenuhi keperluan sebagai negara maju menjelang 2020, sekurang-kurangnya 1 Kampung 1 Profesional.

Jujai said...

"Kita mahu memperkasa kepimpinan di peringkat akar umbi bagi memastikan kawasan dan penduduk setempat tidak terpinggir daripada program-program pembangunan kerajaan,' katanya.

Jujai said...

Katanya nasib golongan belia Beaufort tidak diabaikan, malah misi beliau turut merangkumkan usaha mentranformasi daya kepimpinan generasi muda dalam usaha melahirkan pemimpin pelapis demi kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu dan masa kini.

Jujai said...

"Saya juga berhasrat untuk mewujudkan bandar lestari (Beaufort) yang memenuhi cita rasa dan aspirasi penduduk dengan perkembangan semasa. turut menjadi fokus beliau jika diberi mandat untuk lima tahun akan datang ialah meningkatkan penglibatan penduduk tempatan memajukan industri pelancongan di Beaufort.

Jujai said...

Mengenai pilihan raya umum kali ini, Azizah berkata Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk Beaufort demi masa depan yang lebih baik dan beliau yakin rakyat Beaufort bijak memilih kerajaan yang boleh menjamin masa depan mereka.

Jujai said...

"Kita tidak boleh terlalu ikut emosi memilih ketokohan individu sehingga tidak dapat melihat kebaikan berada di bawah payung kerajaan Barisan Nasional yang sudah teruji mampu membela nasib rakyat termasuk di Beaufort.

Jujai said...

"Orang muda kita sekarang mahu melihat sesuatu agenda pembangunan yang "konkrit" atau jelas. Misalnya dalam soal perumahan, individu tertentu mungkin boleh menyediakan beberapa rumah tetapi penduduk Beaufort ramai, tidak mungkin individu ini boleh menyediakannya.

Jujai said...

Azizah berkata kerajaan BN telah membawa banyak perubahan dan pembangunan, sama ada di daerah Beaufort atau daerah Kuala Penyu, terutama peluang pekerjaan dan pendidikan.

Jujai said...

Sambil memberi contoh pembangunan industri minyak dan gas di Sipitang dan Kimanis, beliau berkata ramai generasi muda dari kawasan Beaufort bakal mendapat pekerjaan di situ.

Jujai said...

"Bagaimanapun, mereka perlu diberi latihan bagi merebut peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dan hanya kerajaan BN yang boleh melakukannya, dan ini terbukti melalui program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Anonymous said...

Tiada apa yang ditakutkan oleh Musa sebab pastinya Azizah akan terus diberi kepercayaan oleh penduduk Beaufort. Belum bertanding Belum Tahu. Jentera pilihanraya BN pasti mampu mempertahankan kedudukan BN di Beaufort.

Anonymous said...

MAlahan sokongan padu daripada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu yang berikrar menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang. Hidup BN!

Electo Junkie said...

Talking about Datuk Seri Anifah Aman, He is acting rather calmly in the face of two locals from the area in their bid to topple the Barisan Nasional (BN) in the Kimanis parliamentary seat. Incumbent Anifah is facing former Beaufort District Officer, Jaffar Ismail, from PKR and recently resigned SESB customer services officer, Jamil William Core, from SAPP.He is cool about the four-cornered fight he is facing. He even expessed that there are no reservation on his side since it is a time honoured tradition to uphold democracy adding that it is within their right to contest.

Just passing by .... said...

I don't think pride is at stake in this matter. What really is important is the people's wellbeing, harmony and peace. And capable individuals able to uphold these principle. If I'm not mistaken, these are among the agendas that are being prioritised by the BN under its 1Malaysia concept: People's First, Performance Now. For your information, BN have an outstanding track record and the people . I too believe that the people are smart and wise in choosing a party that has defended and fought for their rights and serves their needs as well as provides for peace. Throughout Sabah,
you can see a drastic change in development that benefits the people. Now, we have the mega project, Sabah and Oil Gas Terminal (SOGT) and Kimanis Power Plant, among others, that will provide ample job opportunities to the youths and the prosperity of Sabahans.

mantera said...

belum tentu lagi Lajim akan menang di Beaufort, pengaruh Lajim kini makin berkurangan, rakyat beaufort kini dah hilang keyakinan terhdapa Lajim kerana Lajim tidak dapat membawa pembangunan terhadap Beaufort.

mantera said...

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu berikrar menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang.

mantera said...

Pengerusi PBTM Beaufort, Jeffry Sulingan mengetuai upacara melafaz ikrar sokongan bersama-sama ahli, isteri dan balu perajurit di hadapan calon BN Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun pada majlis aku janji PBTM

mantera said...

Azizah berkata, kerajaan memberi ruang dan peluang kepada PBTM dalam agenda pembangunan bagi memastikan golongan yang berjasa kepada negara tidak terpinggir.

mantera said...

Barisan Nasional (BN) Beaufort berkeyakinan mampu mempertahankan kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

mantera said...

Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, ia berdasarkan sokongan padu dan respons yang menggalakkan daripada rakyat khususnya di kawasan terlibat terhadap setiap program BN yang dilaksanakan.

mantera said...

"Perjuangan mengekalkan kerusi BN perlu diteruskan dan kami semua bersama parti komponen sudah cukup bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 ini."

mantera said...

Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort yakin rakyat akan terus memberi mandat kepada BN untuk menerajui kepimpinan negara berdasarkan pembangunan dan transformasi yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dapat dilihat dan dinikmati rakyat.

mantera said...

sokongan padu dan respon menggalakkan daripada rakyat di kawasan terlibat kepada setiap program BN yang dilaksanakan.

mantera said...

Apa yang penting katanya, memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada sesiapa sahaja yang dicalonkan agar BN terus melakar kejayaan dalam PRU-13.

Anonymous said...

BAWA BERSABAR KITA SEMUA. ORANG MAU MENANG MEMG MCAM INI. MEREKA AKAN BERUSAHA UNTUK MENJATUHKAN MUSA AMAN. SAYA RASA KITA NAMPAK SENDIRI KERJA KERAS YANG DILAKUKAN OLEH MUSA AMAN

"Bagi saya, Musa mentadbir negeri dengan bijak dengan membawa pembangunan secara fizikal dan politik. Musa tahu mengenai keperluan rakyat kerana selama sembilan tahun ini, beberapa idea telah dilaksanakan seperti menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri dan mempromosikan Sabah sebagai hab pendidikan (Sandakan)," - Salman.


kami sentiasa menyokong mu Musa Aman. teruskan perjuangan!

Anonymous said...

PARTI PEMBANGKANG KELIHATAN AGAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. BAGAIMANA HENDAK JADI PEMIMPIN KALAU MACM TU? SEDANGKAN RAKYAT PERLUKAN PEMBELAAN DARI PEMIMPIN.


MUSA SEHARUSNYA JADI IKON KEPADA SETIAP PEMIMPIN DI SABAH..
"Musa telah berjaya memenangi hati golongan miskin dan pribumi dan pengaruh beliau tidak terbatas kepada penyokong UMNO sahaja".-- kenyataan ini cukup jelas menunjukkan kepimpinan Musa begitu berkesan


Anonymous said...

SABAH SEDANG DALAM PERJALANAN UNTUK MENJADI NEGERI YANG TERKAYA DI MALAYSIA KENAPA HARUS MENGHALAGNYA. SAYA PERCAYA KERAJAAN BN SAJA MAMPU MELAKUKANNYA. PARTI PEMBANGKANG JELAS MENUNJUKKAN KETIDAK KESATUAN MEREKA. BAGAIMANA HARUS NEGARA UNITED KALAU ADANYA KERAJAAN SEUMPAMA ITU

Poverty level in Sabah drops


KOTA KINABALU: Based on the household income survey by the national Statistics Department 2009, the poverty level in Sabah has dropped from 24.2 per cent in 2004 to 19.7 per cent in 2009.

The poverty rate in all divisions except Sandakan also showed a decrease in the same period, Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said in reply to Senator Maijol Mahap’s question in the Dewan Negara two days ago.

In Tawau the poverty rate dropped from 25.2 per cent to 23 per cent while in the west coast, it went down from 14.1 per cent to 8.0 per cent, Nor Mohamed disclosed.


Anonymous said...

SABAH SEDANG DALAM PERJALANAN UNTUK MENJADI NEGERI YANG TERKAYA DI MALAYSIA KENAPA HARUS MENGHALAGNYA. SAYA PERCAYA KERAJAAN BN SAJA MAMPU MELAKUKANNYA. PARTI PEMBANGKANG JELAS MENUNJUKKAN KETIDAK KESATUAN MEREKA. BAGAIMANA HARUS NEGARA UNITED KALAU ADANYA KERAJAAN SEUMPAMA ITU

Poverty level in Sabah drops


In Kudat, it was 41.0 per cent and the figure went down to 39.7 per cent, he said, adding that the drop in the interior of Sabah was almost double, from 29.0 per cent to 15.8 per cent.

“Only Sandakan recorded an increase, from 18.7 per cent to 19.1 per cent,” Nor Mohamed said.

The reduction in the poverty rate proved that the government’s efforts to reduce the poverty rate had been successful, he pointed out.

Maijol wanted to know the latest poverty rate in Sabah.

According to him, the figures released by the Economic Planning Unit in 2004 showed that the poverty rate in Nabawan was 70.8 per cent, Kudat 41.7 per cent, Pitas 46.3 per cent, Kota Marudu 37.1 per cent, 36.0 per cent in Kota Belud, 20.5 per cent in Tuaran, 38.2 per cent in Ranau, 35.1 per cent in Beluran, 6.7 per cent in Penampang, 8.4 per cent in Kota Kinabalu, 15.3 per cent in Sandakan, 14.3 per cent in Kuala Penyu, 14.7 per cent in Papar, 44 per cent in Tambunan, 15.8 per cent Sipitang, 20.3 per cent in Beaufort, 30.1 per cent in Keningau, 30.8 per cent in Kinabatangan, 31.6 per cent in Tenom, 35.7 per cent in Tongod, 21.3 per cent in Lahad Datu, 38.6 per cent in Kunak, 38.1 per cent in Semporna and 21.4 per cent in Tawau.

Anonymous said...

SABAH SEDANG DALAM PERJALANAN UNTUK MENJADI NEGERI YANG TERKAYA DI MALAYSIA KENAPA HARUS MENGHALAGNYA. SAYA PERCAYA KERAJAAN BN SAJA MAMPU MELAKUKANNYA. PARTI PEMBANGKANG JELAS MENUNJUKKAN KETIDAK KESATUAN MEREKA. BAGAIMANA HARUS NEGARA UNITED KALAU ADANYA KERAJAAN SEUMPAMA ITU

Poverty level in Sabah drops


He also wanted to know the effectiveness of the government’s efforts to reduce the poverty incidents in those districts.

Nor Mohamed explained that the implementation of the household income survey by the national Statistics Department was to collect information on the distribution of household income and to set up a data base for the calculation of the poverty line.

The survey uses a sample survey method where the model of the sampling encompasses all data at the state and district levels in all divisions in Sabah, he said.

Anonymous said...

Kesian borneo bullet dan rakan-rakannya yang tidak tahu keadaan semasa di Beaufort. Orang Beaufort tidak sebodoh Borneo Bullet. Mereka faham keadaan Beaufort. Terdapat cerita menerik di Beaufort semasa perjumpaan di Kg Bakalau ( Ahad petang)apabila calon Azizah bercakap dengan orang-orangnya bahawa belum tentu mereka menang melawan Datuk Lajim kalau masih lagi itu Musa Aman(Benggali) menjadi CM. Barangkali terpaksa keluar parti. sumber ketua pemuda........

- Pengundi Beaufort Tegar-

sabahterkini said...

sebagaimana semua. semua di beaufort malah di kawasan Sabah melalui ugutan demi ugutan. tentera upahan BN seperti JKKK ni di kerah. Semua berpura-pura sekarang sahaja. Mana -mana pengundi atau rumah yang ditanda sebagai HITAM tu mereka akan teruskan. Yang berpura-pura kerana mereka diugut menghentikan bantuan, membatalkan PPRT, atau penjawat awam mereka amat memahami dan bersimpati dengan Datuk Lajim Sekarang. 5 Mei kita akan tahu pilihhan rakyat. Selepas 5 Mei borneo bullet bolehlah kita debatkan keputusan itu.

Anonymous said...

MESEJ will eradicate poverty: CM

According to our CM,Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, BN will continue with these efforts and also planning to open up six more to make it 50 Mesej areas altogether to help the people. It would be done with the assistance from the Federal Government as well.

Anonymous said...

Pelbagai pembangunan yang dibawa oleh Datuk Azizah Mohd Dun kepada masyarakat Beaufort. Usaha bersungguh-sungguh beliau akan diteruskan sekiranya beliau berjaya menumpaskan Lajim. Pada penghujung bulan March tahun ini sahaja tiga projek Pembangunan Desa telah diluluskan.

Anonymous said...

Projek Pembangunan Desa itu adalah Perpustakaan Desa Kg. Rancangan Klias, Perpustakaan Desa Batu 58 Beaufort dan Kg. Kebimbangan, Semporna. Pembinaan ketiga-tiga bangunan Perpustakaan Desa ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Anonymous said...

Projek-projek seumpama ini akan memberi manfaat kepada masyarkat setempat kerana gedung ilmu boleh didapati dengan mudah dan dekat. Inilah pemimpin yang mampu dan akan terus membawa perubahan kepada masyarakat di Beaufort.

Anonymous said...

Sebanyak 124 buah Perpustakaan Desa (PD) telah dibina di negeri ini membabitkan kos RM8.4 juta daripada peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan termasuk di Beaufort. Beaufort bertuah kerana Datuk Azizah bersungguh-sungguh membawa perubahan dan bertekad memperbaiki pendidikan dikawasan ini. Inilah pemimpin BN

Anonymous said...

Musa Aman has a great vision

Anonymous said...

Wakil BN di Beaufort, Datuk Azizah berharap dengan perpustakaan desa yang dibina atas dana sepenuhnya daripada Kerajaan Pusat akan digunakan sebaiknya oleh penduduk. Kerajaan Negeri sedar akan kepentingan perpustakaan untuk menyemai dan menggalakkan tabiat membaca di kalangan r

Caldina said...

LANDSKAP PRU13 SABAH: MANIFESTO BN SABAH

Caldina said...

Menangani Pendatang Haram;

Komitmen untuk melaksanakan cadangan-cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berdasarkan kepada hasil siasatannya terhadap masalah pendatang haram;

Caldina said...

Undang-undang Tanah;

Komitmen untuk memelihara dan memperkenalkan undang-undang yang relevan dan institusi untuk menyelesaikan pertikaian tanah melibatkan Hak Anak Negeri serta mempercepatkan pemprosesan permohonan tanah;

Caldina said...

Keamanan Dan Keselamatan Di Bawah Kawasan Keselamatan Timur Sabah;

ESSCOM diwujudkan untuk mempertahankan keamanan melindungi rakyat dan menjamin keselamatan dan kedaulatan Sabah;

Menubuhkan kawalan bersama antara awam, Polis dan Tentera untuk menyelamatkan pantai Sabah daripada pencerobohan;

Memperkenalkan 5 batalion anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Menambah anggota daripada pasukan Gerakan Am (GOF) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Mendirikan Ibu pejabat di Lahad Datu, meliputi kawasan Pantai Timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Caldina said...

Peluang Saksama Dalam Perkhidmatan Negeri;

memastikan peluang yang saksama berdasarkan merit untuk semua rakyat Malaysia dan mewakili setiap kaum, cekap serta memberi perkhidmatan mesra rakyat;

Caldina said...

Industri Minyak dan Gas;

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah,

Mendapatkan lebih banyak manfaat dan penyertaan rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas negeri Sabah.

Caldina said...

Perjanjian 20 Perkara;

Akan terus mendukung memaju dan memelihara semangat perjanjian 20 perkara.

Caldina said...

Pembasmian Kemiskinan;

Mengurangkan tahap kemiskinan kepada 3% dalam tempoh 5 tahun dengan menyelaraskan semua program kerajaan untuk memperkasa masyarakat setempat supaya berdikari dan dengan melaksanakan program-program transformasi untuk merubah cara berfikir, membina watak dan kecekapan mereka;

Caldina said...

Memelihara Alam Sekitar;

Memastikan penggunaan yang efisien dan pengurusan sumber alam yang mampan;

Komitmen untuk memelihara alam sekitar, keindahan semula jadi, aset-aset negeri;

Menyasarkan 2014 sebagai tahun pensijilan untuk kawasan hutan berlesen jangka panjang di bawah forest stewardship council (FSC) dan standard alam sekitar yang lain;

Caldina said...

Membanteras Rasuah;

memastikan dan memperbaiki ketelusan dan tadbir urus di semua peringkat perkhidmatan kerajaan.

Caldina said...

Perundingan Dengan Masyarakat Dalam Pembuatan Dasar;

Mengukuhkan sistem perundingan yang memastikan penyertaan dari semua peringkat dalam proses membuat keputusan;

Caldina said...

Sasaran Terhadap Pembangunan Belia & Sukan;

Menyediakan lebih banyak kemudahan latihan untuk para belia bagi melengkapkan mereka menjadi aset penting dalam pembangunan negara.

Memperkukuhkan kejurulatihan dan kemahiran pengadilan, menyediakan kemudahan-kemudahan sukan bagi melahirkan generasi atlet yang akan mengharumkan negeri dan negara.

Memperluaskan program-program yang menggalakkan gaya hidup sihat.

Caldina said...

Memperkasakan Wanita dan Memastikan Kesaksamaan Gender;

Meningkatkan penyertaan wanita secara efektif dalam tenaga kerja dan memastikan kesaksamaan gender dalam membuat dasar di semua peringkat politik, sosial dan ekonomi;

Caldina said...

Meningkatkan Pembangunan Modal Insan;

Membina kumpulan tenaga kerja yang dinamik dan kemahiran kepimpinan yang sesuai dengan ekonomi moden;

Memastikan peluang-peluang saksama bagi semua kaum dan gender untuk mendapatkan bantuan-bantuan pendidikan seperti pinjaman, biasiswa dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam tempatan;

Caldina said...

Penyertaan Dalam Ekonomi Moden;

Mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk memenuhi ekonomi moden dan yang berasaskan industri;

Menjalankan kajian dan pelaburan untuk memajukan dan mencapai ekonomi berorientasikan eksport;

Memastikan penyertaan Bumiputera yang berkembang dan berkesan dalam bidang perdagangan industri;

Caldina said...

Merapatkan Jurang Pembangunan Antara Bandar dan Luar Bandar;

Meningkatkan taraf hidup semua masyarakat tempatan di luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sabah;

Meluaskan rangkaian jalan raya di kawasan luar bandar untuk memajukan pembangunan dan perniagaan;

Akan terus mengawal, memantau senarai harga barang-barang keperluan asas, dan memperkenalkan dasar-dasar dan langkah-langkah tambahan untuk mengurangkan kos sara hidup;

Caldina said...

Keberkesanan Badan-Badan Negeri;

Menggalakkan pembaziran yang tidak munasabah dan memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian awam;

Memperbaiki pentadbiran agensi-agensi kerajaan untuk memelihara kepentingan awam dan memaksimumkan pulangan kepada kerajaan;

Memastikan kebertanggungjawaban awak ke atas semua agensi-agensi negeri dan pegawai-pegawai.

Anonymous said...

The Barisan Nasional (BN) is on the right track to develop the nation and look after the wellbeing of the people, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

Anonymous said...

BN had never deviated from the responsibility and trust placed by the people throughout its administration of the country.

Anonymous said...

We are on the right track in looking after the interests of the people as stated in the manifesto for the 13th general election (GE13).

Anonymous said...

Musa said it was most important for the people to retain the BN government so that it could continue the policies and plans drawn up to develop the nation.

Anonymous said...

Barisan Nasional (BN) negeri menjanjikan komitmen dan iltizam tinggi untuk meneruskan kesinambungan membela nasib rakyat Sabah serta masa depan generasi akan datang di bawah kerajaan BN.

Anonymous said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta rakyat Sabah agar tidak bereksperimen dalam memilih kerajaan kerana jika tersilap pilih, kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.

Anonymous said...

Rakyat Sabah harus bijak dan kita mesti menyokong siapa juga calon BN bagi menentukan kerajaan BN merupakan kerajaan pembela terbaik rakyat

Anonymous said...

rakyat Sabah harus sedar negara memiliki pemimpin berwibawa dan berjiwa rakyat seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dihormati pemimpin dunia, selain wawasan yang jelas serta iltizam politik tinggi.

Anonymous said...

Musa turut mengingatkan agar tidak berlaku pertindihan dari segi gerak kerja dan jentera, sebaliknya kekuatan berkenaan perlu digembleng dan digerak sepenuhnya di setiap kawasan.

Anonymous said...

— A confident Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, hailed for the state’s sound financial management and state BN supremacy in the 2008 general election, is once again expected to spearhead the coalition in the coming polls against a disunited opposition in the state.

Anonymous said...

He called on the people of Sabah not to gamble away their future by experimenting with an opposition government.

Anonymous said...

Think wisely before making a decision, and don’t gamble away the future of our children and the country

Anonymous said...

The charismatic Musa led the state BN to a thumping victory in the last general election, capturing 24 of the 25 parliamentary seats and 59 of the 60 state seats, leaving the DAP with the Kota Kinabalu parliamentary and Sri Tanjung (Tawau) state seats.

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangkang iri hati dengan kemampuan kerajaan Barisan Nasional mengukuhkan kewangan negeri.

Mereka kini berebut-rebut mahu mentadbir Sabah kerana kedudukan kewangan yang baik akan memudahkan mereka mentadbir negeri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Anonymous said...

the BN is now in a better position to deliver another double political knockout to its opponents in both the parliamentary and state elections.

Anonymous said...

it might further split the opposition votes and give the advantage to the ruling party

Anonymous said...

A political analyst, Salman Nurillah, said that based on the prevailing political scenario in the state, with the split and disunity among the opposition parties, the BN seemed to have the upper hand to rule the state for
another five years.

Anonymous said...

with the SAPP and the STAR joining the fray with special focus on the issue of the Borneo Autonomous agenda, this would surely be a boost for the BN to repeat its feat of the 12th general election.

Anonymous said...

“Advantage is definitely on the BN side because, in the political arena, whenever there is a split or disunity among the opposition, the ruling party will always get the benefit,”

Unknown said...

Nilai rizab negeri melebihi RM3 bilion hasil kerja keras kerajaan BN.

Kemampuan BN mengukuhkan kewangan negeri ini turut dipuji Ketua Audit Negara.

Anonymous said...

Citing the results of the 2008 general election for the state seats of Likas, Kepayan and Inanam in Sabah, Salman said the split opposition votes gave victory to the BN.

Unknown said...

"Mereka (pembangkang) pula asyik tergila-gila mahu jadi ketua menteri kalau menang pilihan raya sedangkan negeri-negeri yang ditawan mereka gagal ditadbir dengan baik," katanya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN Kuala Penyu di sini hari ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata rakyat akan rugi jika mencuba nasib memilih kerajaan baharu selain BN.

Beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong pembangkang dan harus saling mengingatkan rakan dan keluarga supaya jangan tersalah pilih kerajaan nanti.

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) Sabah sekali lagi menyandarkan harapan kepada 'sentuhan ajaib' Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk mengemudi pasukan transformasi BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), bermula dari hari penamaan calon esok.

Musa yang berjaya memimpin BN sehingga mencapai kejayaan cemerlang hampir menyapu bersih 59 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas, akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga.

Unknown said...

Turut berada di barisan hadapan bagi menjayakan misi itu ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Benard Dompok akan mempertahankan kerusi Parlimen Penampang.

Pemimpin lain ialah Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup dijangka mempertahankan Parlimen Pensiangan, Pengerusi MCA Sabah Datuk Edward Khoo di DUN Kepayan dan Naib Presiden Gerakan, Datuk Raymond Tan Shu Kiah di Tanjung Papat.

Unknown said...

Turut mewarnai kehangatan pilihan raya umum yang dijangka sengit kali ini ialah pencalonan semula beberapa tokoh politik Sabah termasuk bekas Ketua Menteri Sabah yang juga speaker DUN Datuk Salleh Tun Said bagi kerusi DUN Usukan dan setiausaha agung Upko Datuk Wilfred Madius Tangau di Parlimen Tuaran.

Salleh yang juga bekas anggota Parlimen Kota Belud itu memiliki doktor falsafah dalam bidang politik memberi laluan kepada setiausaha BN negeri Datuk Rahman Dahlan pada pilihan raya lepas.

Unknown said...

Selain pemimpin tertinggi parti komponen itu, BN Sabah turut membariskan muka baharu untuk membawa cabaran parti yang bertekad untuk memperoleh mandat besar daripada rakyat.

Antara muka baharu yang diketengahkan ialah Datuk Yusof Apdal, adik kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi DUN Lahad Datu yang merupakan kawasan Operasi Daulat yang dilancarkan selepas pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu baru-baru ini, Ketua Umno Bahagian Sepangggar Datuk Jumat Idris (Parlimen Sepanggar), Setiausaha Pemuda BN Sabah Mohamad Alamin (DUN Bongawan), Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasneh (DUN Klias), Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib (DUN Sugut) dan Setiausaha Politik kepada Shafie Datuk Jaujan Sambakong (DUN Sulayan).

Unknown said...

Sementara itu, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Joniston Bangkuai turut terpilih untuk bertanding kerusi DUN Kiulu, ketua Pemuda Chin Shu Ying di DUN Likas, anggota Majlis Tertinggi Charles Pang Su Pin di DUN Karamunting, Ketua Pemuda Upko Keningau Kennedy Jie John @ Kenn (DUN Bingkor) Limus Jury (DUN Kuala Penyu), bekas pendidik Datuk Mary Yap Kain Ching (Parlimen Tawau) dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Fung Len Fui di DUN Sri Tanjong yang dimenangi DAP pada pilihan raya lepas.

Hari pengundian bagi PRU13 ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Mei.

Anonymous said...

Another factor that gives the advantage to the ruling party is the BN government’s seriousness in handling the security issue, particularly the terrorist intrusion in Lahad Datu.

Unknown said...

Perletakan Datuk Seri Lajim Ukim sebagai Pengerusi Barisan Nasional, Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak melemahkan semangat petugas Barisan Nasional untuk terus bekerja keras bagi mempertahankan kesemua kerusi yang dipertandingan di kawasan Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum nanti.

Unknown said...

Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun menyifatkan perletakkan jawatan oleh Lajim adalah suatu perkara biasa dalam politik, kerana ia bukan sahaja berlaku kepada Barisan Nasional malah parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada perkara itu.

Unknown said...

“Letak jawataan atau keluar parti adalah perkara biasa kepada dunia politik dan terpulang kepada individu berkenaan, walau apa alasan yang diberi olehnya itu adalah hak peribadi mereka bukannya mengambarkan senario keseluruhan .

Unknown said...

“Perletakkan jawatan itu tidak akan menjejaskan persiapan untuk menghadapi pilihan raya, semuanya berjalan seperti biasa, apa yang berlaku itu menguatkan semangat untuk terus bekerja dan tiada sebarang masalah yang timbul,” katanya kepada UMNO-Online di sini

Unknown said...

Azizah tidak menafikan apa yang berlaku itu memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional Beaufort, namun kesannya adalah kecil, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak kononnya berlakunya perpecahan di kalangan kepimpinan parti.

Unknown said...

“Semua orang mempunyai penyokongnya, sudah pasti Datuk Lajim juga mempunyai penyokongnya sendiri namun jumlahnya tidak ramai kerana rakyat sekarang sudah bijak untuk memilih pemimpin, mereka bukannnya melihat individu tetapi melihat siapakah yang dapat membantu mereka.

Unknown said...

“Cerita perletakkan jawatan ini sudah lama didengari sebelum ini, saya juga sudah pun berjumpa dengan petugas-petugas terutamanya di kalangan Wanita UMNO dan mereka menyatakan akan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya.

Unknown said...

Beliau berkata, petugas Barisan Nasional dan Wanita UMNO akan turun padang untuk memperjelaskan kepada rakyat berhubung serta menangkis segala fitnah atau tohmahan daripada apa yang berlaku yang mungkin diperguanakan oleh pembangkang.

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan kepada penduduk Beaufort bahawa kawasan itu akan terus diberi pembelaan yang sewajarnya meskipun kini menghadapi gelombang politik.

Unknown said...

Musa, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata Parlimen Beaufort perlu terus diwakili oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang demi masa depan yang lebih cerah.

Unknown said...

Oleh itu, beliau mengajak rakyat Beaufort supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan sedia ada, sekali gus memastikan Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Klias serta Kuala Penyu kekal sebagai kubu kuat BN.

Unknown said...

“Tentu sekali Beaufort khususnya DUN Klias dan Kuala Penyu tidak akan ketinggalan (dalam arus perdana pembangunan). Ini janji kita dan usaha kita. Sebagai pemimpin ada yang datang dan pergi. Kita tidak akan memegang jawatan selama-lamanya.

Unknown said...

“Apa yang penting apabila ada yang pergi ada yang datang. Kata orang, yang patah tumbuh, hilang berganti. Jangan kecewa atau merasa cemas dan jangan merasa gundah-gulana… kita ada pengganti,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya Parlimen Beaufort di Dewan SESB, dekat sini malam tadi.

Unknown said...

Musa berkata kerajaan BN akan terus bekerja dan berusaha bagi memastikan kepentingan rakyat Beaufort terus terbela.

Unknown said...

Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Unknown said...

“Walaupun ada gelombang tapi itu perkara biasa dalam politik. Apa yang penting rakyat membuat keputusan yang bijak dan baik yang membawa kebaikan dan kemakmuran rakyat termasuk di Beaufort,” katanya.

Unknown said...

Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kesungguhan, melalui pelbagai program transformasi pembangunan, untuk memajukan Sabah dan Sarawak setanding dengan negeri lain di negara ini.

Unknown said...

“Kita bekerja bukan untuk diri sendiri dan kepentingan peribadi. Kita seharusnya mengutamakan kepentingan umum terutama masa depan anak-anak cucu kita,” katanya.

Unknown said...

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih berkata UMNO bahagian itu tetap teguh sekalipun kehilangan ‘nakhoda’ yang melarikan diri ke pihak lawan.

Unknown said...

“Insya-Allah kami akan terus perjuangkan kebajikan rakyat… mana yang perlu dibela dan mana yang perlu dilaksanakan, kami akan laksanakan, kita akan penuhi permintaan rakyat dan laksanakan apa yang mereka perlukan sebaik mungkin,” katanya.

Unknown said...

Beliau menegaskan bahawa mereka yang meninggalkan UMNO bahagian Beaufort hanya membabitkan seorang pengerusi tetap, 14 anggota jawatankuasa (AJK) bahagian, empat orang AJK Wanita dan AJK Pemuda.

Unknown said...

Kami yang tinggal lebih daripada 21 orang dan ini menunjukkan kami masih kuat kerana masih ada naib dan ketua-ketua sayap pemuda, wanita dan puteri. Semua AJK yang melarikan diri telah kami ganti.

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berikrar untuk terus memajukan Beaufort yang berpotensi untuk membangun setanding daerah lain di negeri ini.

Unknown said...

Musa berkata Beaufort masih kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan penduduknya harus menikmati kemajuan seiring kemajuan negeri dan negara.

Unknown said...

“Pemimpin tertentu tidak berbuat apa-apa (memajukan Beaufort)…salah siapa kalau Beaufort mundur.

Unknown said...

“Kerajaan negeri dibantu Pemuda UMNO Beaufort akan memastikan Beaufort dan kawasan sekitarnya iaitu Klias dan Kuala Penyu, Sipitang dan Sindumin tidak ketinggalan dari arus pembangunan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Belia Gegar Beaufort 3 dan pelancaran NR Fan Club anjuran Pemuda UMNO Beaufort, di sini, Sabtu.

Unknown said...

Musa yang juga pengerusi UMNO Sabah, berkata rakyat di negeri ini tidak harus memperjudikan masa depan mereka demi kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

Unknown said...

Beliau percaya rakyat di daerah ini juga tidak akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang bersifat “angan-angan mat jenin” dan berbohong tentang pembangunan sedia ada di negeri ini.

Unknown said...

Musa berkata golongan belia yang menjadi undi penentu harus membuat pilihan tepat bagi menentukan kemenangan kepada kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

Unknown said...

Menurutnya kerajaan negeri mahupun pusat sentiasa mengambil kira pandangan serta aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan seperti peruntukan besar untuk anak muda dalam Belanjawan 2013.

Unknown said...

Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pemuda UMNO Beaufort, Mohd Ishak Ibrahim berkata karnival itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia dalam proses pembangunan negara.

Unknown said...

MNO Beaufort mampu mempertahankan kerusi parlimen kawasan berkenaan walaupun Ahli Parlimennya yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Barisan Nasional untuk menyertai pembangkang.

Unknown said...

Pemangku Ketua Bahagian, Isni Aliasnih menyatakan beliau bersama-sama jawatankuasa yang masih bersama UMNO dan Barisan Nasional akan tetap memastikan kerusi Parlimen serta DUN terus menjadi milik Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

azrul said...

Barisan Nasional (BN) Sabah menggariskan 16 teras utama dalam manifestonya sebagai tambahan kepada manifesto atau Akujanji BN Pusat Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Unknown said...

“Kami yang ditinggalkan akan sentiasa dapat mengemudikan perahu yang ditinggalkan, saya bersama dengan jawatankuasa yang ditinggalkan dapat mengolah dan melaksanakan amanah yang dipiluk dan diberikan kepada kami.

azrul said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, manifesto itu adalah komitmen dan iltizam BN kepada semua rakyat di negeri ini untuk memperjuangkan semua perkara yang dekat di hati rakyat.

Unknown said...

Kami ingin memberi tahu bahawa kami tidak akan goyang, kerana yang pergi tidak ramai dan sokongan yang kami terima adalah bukti kami lebih kuat daripada mereka

azrul said...

“Kita bersyukur kerana dengan sokongan padu rakyat dan semangat kerja berpasukan, kita berjaya mencapai kejayaan demi kejayan dalam pelbagai bidang.

Unknown said...

Sementara itu, Ketua Wanita Bahagian Beaufort, , Datuk Azizah Mohd Dun menyatakan walaupun berlaku permasalahan yang membabitkan bekas ketua bahagian , beliau menyatakan keyakinan bahawa Beuafort tetap akan menjadi milik kepada Barisan Nasional.

Unknown said...

Walaupun ada sedikit gelombang, yang terpaksa kami lalui namun begitui gelombang itu akan dapat kami atasi, kerana kapal yang kami naiki ini adalah kapal yang besar dan bersama kepada rakyat dan negara ini.

Unknown said...

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Beaufort untuk menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dianggap sebagai perangsang dan penghargaan kepada rakyat di sana,

Unknown said...

Ketua Penerangan Barisan Nasional Sabah, Datuk Haji Sapawi Ahmad berkata mesej yang disampaikan Perdana Menteri Najib pada perhimpunan raksaksa kali ini boleh menaikkan semangat rakyat tempatan yang hadir pada majlis itu sesuai dengan situasi untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke 13.

Unknown said...

Sesuai dengan setuasi kita berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 ini, diharapkan majlis ini menjadi medan terbaik baik rakyat untuk mendengar amanat dari Perdana Menteri.

Unknown said...

“Rakyat juga ia juga dapat informasi serta penjelasan dari Perdana Menteri mengenai dasar serta program tranformasi kerajaan yang telah dan akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat serta menangkis dakyah dan isu yang sering dimanipulasikan oleh pembangkang, ” katanya.

Unknown said...

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Beaufort, Saridah Datuk Mohd Dun melahirkan rasa teruja dan bangganya sebagai anak jati Beaufort kerana Perdana Menteri memilih daerah itu sebagai salah satu lokasi program lawatan pada kali ini.

Unknown said...

” Pada kami sebagai anggota puteri dan genarasi muda sudah tentu kunjungan Pemimpin nombor satu negara ini memberikan impak yang cukup bermakna, ia memberikan dorongan serta semangat untuk kami bekerja menghadapi pilihan raya,”

Unknown said...

Manakala Pemuda UMNO Beaufort, Mohd Ishak Ibrahim berkata kehadiran Perdanan Menteri memberi ruang kepada rakyat mendapat gambaran sebenar terhadap apa yang sering dilemparkan pembangkang kepada Barisan Nasional.

Unknown said...

Terdapat terlalu banyak tuduhan liar dan tidak ada orang yang lebih baik untuk menerangkan semua ini selain Perdana Menteri sendiri, dan sudah tentu rakyat khususnya di kawasan ini akan memanfaatkan majlis ini”.

Unknown said...

Kepentingan umum tidak harus dikorbankan demi kepentingan individu apatah lagi jika individu berkenaan ‘menjadi duri dalam daging’ yang meletakkan kepentingan diri lebih utama dari kepentingan parti dan bangsa, kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Unknown said...

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat khususnya Puteri UMNO supaya mempertahankan dan mengutamakan perjuangan parti demi masa depan yang cerah.

azrul said...

“Justeru sebagai sebuah kerajaan dan parti yang bertanggungjawab dan memikirkan, merancang serta melaksanakan pembangunan untuk hari ini dan esok, BN Sabah komited dan penuh iltizam untuk melaksanakan lebih banyak program dan agenda pembangunan untuk rakyat dalam tempoh seterusnya,” katanya.

Unknown said...

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut menekankan pentingnya perpaduan terutama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Unknown said...

“Parti UMNO tidak akan kalah dalam pilihan raya jika anggotanya sentiasa meletakkan semangat perpaduan sebagai perkara paling utama dalam parti.

Anonymous said...

Salman said the feel good factor towards the good administration of the Sabah government under Musa

Unknown said...

Jika semua anggota berpegang dengan nilai ini, UMNO bukan sahaja pasti mencapai kemenangan, malah akan turut mampu mencipta kejayaan besar,

azrul said...

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Manifesto Tambahan BN Sabah bertemakan “Kami Telah Tunaikan. Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan”, di Bangunan Umno, di sini, kelmarin.

Turut hadir Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (PBRS) Tan Sri Bernard Dompok, presiden-presiden dan pengerusi-pengerusi perhubungan parti komponen BN dan calon-calon BN PRU13.

Unknown said...

Rosnah berharap masalah sabotaj dan budaya ‘tikam belakang’ tidak berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

azrul said...

Musa berkata, kesemua 16 agenda utama yang digariskan dalam manifesto itu dirumus hasil perbincangan semua parti komponen BN.

Unknown said...

“Saya minta semua ahli pergerakan Puteri UMNO supaya menggunakan peluang mesyuarat di cawangan dan bahagian ini untuk menyuarakan apa juga masalah yang berkaitan dari peringkat akar umbi dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

Unknown said...

Langkah ini sangat perlu bagi memastikan rakyat terutama golongan muda terus menyokong BN, sekaligus memastikan Parlimen Beaufort terus kekal menjadi kubu kuat BN

Unknown said...

erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air di Beaufort dalam usaha membela nasib rakyat dan memajukan daerah itu.

Unknown said...

Najib yang mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis bersama rakyat di sini berkata ia adalah pelaksanaan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi program pembangunan Bandar Baharu Beaufort.

Unknown said...

“Pertama Menangani Pendatang Haram iaitu komitmen kita untuk melaksanakan cadangan-cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berdasarkan kepada hasil siasatannya terhadap masalah pendatang haram di Sabah.

Unknown said...

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 orang itu, perdana menteri turut meluluskan pembinaan Kolej Islam Beaufort yang akan diusahakan bersama antara kerajaan persekutuan selain pembinaan sebuah ‘middle school’ untuk kemudahan masyarakat Cina.

Unknown said...

Najib berkata usaha berterusan BN dalam membela nasib rakyat terbukti apabila kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan pemasangan paip baharu bernilai RM49 juta dari Limbawang ke Kayul untuk kemudahan penduduk di sini.

Unknown said...

Projek itu kini 59 peratus siap, kata perdana menteri yang turut menandatangani plak bagi pelaksanaan rancangan pembangunan Bandar Baharu Beaufort.

Perdana menteri berkata banyak kemajuan dan pembangunan dicapai di daerah ini sepanjang di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Unknown said...

“Kedua ialah Undang-Undang Tanah iaitu memperkenalkan undang-undang tanah yang relevan dan institusi khas untuk menyelesaikan pertikaian tanah melibatkan Hak Anak Negeri serta mempercepat pemprosesan permohonan tanah.

Unknown said...

“Kita sudah buat banyak di sini di mana Beaufort sudah ada hospital, kompleks sukan, sekolah vokasional, kolej komuniti dan sebagainya,” katanya sambil mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga adalah usaha berterusan kerajaan BN dalam membantu rakyat dan diteruskan dengan BR1M 3 selepas mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13.

Unknown said...

“BR1M 2 lebih baik daripada BR1M 1 dan BR1M 3 kita tunggu siaran akan datang kerana hari esok lebih baik dari hari ini…,” katanya.

Beliau berkata rakyat harus memberi masa yang lebih kepada kerajaan BN untuk terus membawa perubahan di negara ini kerana proses perjalanan untuk mencapai transformasi yang lebih berkesan dan status negara maju akan mengambil masa.

Unknown said...

“Ketiga ialah menjaga keamanan, melindungi rakyat, menjamin keselamatan dan kedaulatan Sabah dengan mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),” katanya.

Unknown said...

Musa berkata, manifesto keempat ialah Peluang Saksama Dalam Perkhidmatan Negeri. Ia akan memastikan peluang yang saksama berdasarkan merit untuk semua rakyat Malaysia dan mewakili setiap kaum, cekap serta memberi perkhidmatan mesra rakyat.

Unknown said...

Kelima mengenai Industri Minyak dan Gas iaitu meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah serta mendapatkan lebih banyak manfaat dan penyertaan rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas negeri Sabah.

Unknown said...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum ke-13 berikutan tindakan penyandangnya yang meletak semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Unknown said...

Keenam, BN Sabah akan terus mendokong, memaju dan memelihara semangat Perjanjian 20 Perkara.

Unknown said...

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Parlimen Beaufort yang diwakili Datuk Seri Lajim Ukin pada pilihan raya umum 2008 harus kekal di pangkuan parti itu berdasarkan komitmen dan kesungguhan kerajaan membangunkan kawasan itu selama ini.

“Kerusi BN di sini bukan lagi BN. Dia (Lajim) bukan lagi bersama BN… yangmustahak kembalikan semula kerusi ini kepada kerusi BN, kita ambil semula tidakkira Lajim bertanding atau tidak, kita tawan semula.

Unknown said...

Majlis yang dimeriahkan oleh lebih 8,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri(Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun, pemangku Pengerusi UMNO Beaufort, IsninAliasneh dan Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing.

Muhyiddin berkata, BN secara hakikatnya sentiasa kukuh dan tidak tergugat dengan apa yang berlaku, termasuk tindakan Lajim yang menubuhkan pertubuhan bersifat menyokong pembangkang.

Unknown said...

Ketujuh, Pembasmian Kemiskinan iaitu mengurangkan tahap kemiskinan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun dengan menyelaraskan semua program kerajaan untuk memperkasa masyarakat setempat supaya berdikari dan dengan melaksanakan program-program transformasi.

Unknown said...

rakyat Sabah khususnya di kawasan Beaufort harus bijak menilai kepimpinan yang boleh menjamin kemajuan berterusan setelah wakil rakyat yang dipilih mereka atas tiket BN bertukar haluan.

“Tiada gunanya kita bersedih. Biarlah dia pergi… yang penting bukan dia, tapi yang penting nasib saudara dan masa depan saudara,” katanya.

Unknown said...

Kelapan, Memelihara Alam Sekitar dan manifesto kesembilan ialah Membanteras Rasuah bagi memperbaiki ketelusan dan tadbir urus di semua peringkat perkhidmatan kerajaan.

Unknown said...

Teras lain yang turut ditekankan dalam manifesto itu ialah mengukuhkan sistem perundingan yang memastikan penyertaan rakyat dari semua peringkat dalam proses membuat keputusan, memberikan sasaran terhadap pembangunan belia dan sukan, memperkasakan wanita dan memastikan kesaksamaan gender dan meningkatkan pembangunan modal insan.

Unknown said...

Musa berkata BN Sabah turut mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk memenuhi ekonomi moden dan berasaskan industri, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Unknown said...

Beliau berkata kesemua manifesto BN Sabah itu adalah pelengkap kepada manifesto pusat yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini.

Unknown said...

“Manifesto ini merakamkan track record dan bukti kejayaan dan pencapaian kerajaan BN Sabah yang menjadi pemangkin kepada kestabilan politik, kemakmuran sosial dan kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh segenap lapisan rakyat di bumi yang bertuah ini.

Unknown said...

Beliau berkata, manifesto itu dirumus seiring dengan Manifesto BN Pusat. “intipati manifesto kita juga lebih realistik, praktikal, menyeluruh, lengkap-mengambil kira kepentingan dan kehendak pelbagai lapisan rakyat, yang kita yakin bahawa manfaatnya akan dinikmati semua pihak termasuklah pemimpin dan penyokong parti pembangkang”.

Unknown said...

“Kita tidak populis dengan menjanjikan sesuatu yang ‘tidak berpijak di bumi nyata’ atau janji yang tidak sepadan dan sesuai dengan realiti semasa, seperti mana manifesto pembangkang,” katanya.

Unknown said...

Manifesto itu ditulis dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Kadazandusun bagi memudahkan seluruh rakyat Sabah memahaminya.

sabahterkini said...

16 perkara tu..itulah yang Musa Aman lupa dan ambil tindakan. royalti misalnya spatutnya 20% kita dapat lama bukan % yang kecil......apapun 16 perkara tu yang dia baru ingat sekaranng bolehlah memperkasa dan memberi jalan untuk menambahkan lagi tombolok kekayaan Musa Pakistan ni

zam said...

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Beaufort, Abdul Jarih Ukin yang juga adik kepada Datuk Lajim Ukin yang bertanding di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, meninggalkan parti berkenaan.

zam said...

Abdul Jarih Ukin telah meninggalkan parti dan menyokong BN.

zam said...

Beliau bersama 200 ahli parti itu menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Yayasan Sabah bersama rakyat.

zam said...

Turut menyerahkan borang penyertaan dalam BN adalah Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador bersama 60 ahli parti itu.

zam said...

ini menunjukkan orang2 yang terdekat dengan Lajim pun tidak menyokong parti yang Lajim wakili.

zam said...

Datuk Seri Najib Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 bukan sebarang pilihan raya kerana ia akan menentukan destini Sabah dan Malaysia pada keseluruhannya.

zam said...

Oleh itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengajak rakyat negeri ini untuk memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya 5 Mei ini, sekali gus memastikan wujudnya kerajaan yang kuat dan stabil.

zam said...

"Sama ada kita hendak Sabah ini aman makmur dan merdeka atau kita hendak pembangkang yang bawa begitu banyak keadaan tidak menentu yang amat kita sangsi pendirian mereka, kita perlu membuat pilihan yang bijak.

zam said...

"Marilah kita bersama sama menentukan bahawa keputusan yang kita buat pada 5 Mei nanti menentukan kerajaan yang kuat dan stabil. Datuk Seri Anifah Aman sebagai Menteri Luar tahu bahawa Malaysia dihormati kerana kita ada kerajaan yang kuat dan stabil," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Padang Bongawan, dekat sini hari ini.

zam said...

Najib berkata, ketua-ketua kerajaan luar negara termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghormati Malaysia kerana negara ini dilihat sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan kuat.

Anak Sabah said...

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has pledged to continue to develop Beaufort so that it would be on par with other districts in the state.

Anak Sabah said...

He said Beaufort, which was still a Barisan Nasional (BN) stronghold, should not be neglected so that the people would continue to enjoy the benefits of development.

Anak Sabah said...

The state government, with the assistance of Beaufort Umno Youth, would ensure Beaufort and the surrounding areas, such as Klias and Kuala Penyu, Sipitang and Sindumin are not left out in development.

Anak Sabah said...

Musa, who is Sabah Umno chairman, said the people of Sabah should not sacrifice their future for the sake of certain leaders with vested interests.

Anak Sabah said...

He believed the Sabah people were wise enough and would not be easily influenced by the opposition leaders.

Anak Sabah said...

Musa said the youths, who would be the deciding factor in the coming general election, should choose wisely to ensure continuity in the state's development and the people's well-being.

Anak Sabah said...

Meanwhile, Beaufort Umno Youth chief and organising chairman, Mohd Ishak Ibrahim, said the carnival was held as a manifestation of the government's recognition for youths' contributions in the country's development.

Anak Sabah said...

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman is confident that Barisan Nasional (BN) can retain Beaufort, Papar and Tuaran parliamentary seats in the general election.

Anak Sabah said...

He said a majority of Sabahans support the BN government led by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who has proven the ability to govern the country well via various transformation programmes.

Anak Sabah said...

“BN elected representatives in Sabah have worked hard to develop their constituencies. I am confident that people in Beaufort, Papar and Tuaran are wise and mature in making the best decision,” he said.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 275   Newer› Newest»