MUSA PANIK!
25 PARLIMEN DAN 60 DUN MANA MAHU DISELAMATKAN DULU
200 juta mungkin cukup umtuk di belanjakan? semenanjung jangan campurlah... |
Hanya 4% calon baru (itupun dibantah), dan selebihnya adalah calon-calon lama atau penampilan semula yang mempunyai masalah di peringkat akar umbi. Memandangkan semua calon pro Musa bagi mempertahankan dirinya nanti. Walau bagaimanapun Musa juga terus mengekal pemimpin "bom jangka" seperti Bung Mokhtar, Ghafur Salleh, Sapawi Ahmad, Rubin Balang dan beberapa lagi calon. ( yang mungkin boleh berpaling tadah)
25 Parlimen dan 60 DUN. mungkin separuh dari Parlimen akan hilang? |
Musa juga mengekalkan calon keluarganya seperti Anifah Aman (Kimanis), Ariffin Arif (membakut), Zakaria Edris (Gum Gum).
Menumpukan kawasan panas seperti Beaufort, Kimanis, Penampang, Kota Marudu, Tuaran, Kota Belud, Pensiangan, Kota Kinabalu, Sandakan, Batu Sapi, Libaran dan Tawau mungkin agak sukar kerana kawasan sendiri belum tentu selamat.
Kita akan saksikan strategi BN, PR serta parti serpihan UBA (Star/USNO) dan SAPP. Apakah cara masing-masing? mungkinkah faktor wang dan "Gelombang Rakyat" yang menentukan?.
262 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 262 of 262Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menekankan generasi muda pada masa kini kelihatan ramai yang melaungkan slogan-slogan yang menginginkan perubahan serta ekspresi-ekspresi marah kerana kepimpinan yang tidak berkesan.
“ Jangan salahkan kerajaan, kerana kerajaan itu tidak bersalah jika kepimpinan seorang pemimpin itu tidak berkesan. Maka, itulah yang dilakukan kerajaan, menukar pemimpin-pemimpin yang tidak dinamik dalam pentadbirannya,” jelasnya.
Katanya, generasi muda juga tidak harus membiarkan peluang keemasan mereka sebagai pengundi untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan.
“ Transformasi perubahan adalah untuk generasi muda. Maka, para generasi muda haruslah menggunakan sebaik mungkin peluang serta hak yang ada pada mereka. Seandainya, anda merubah kerajaan anda, untuk sesebuah kerajaan mencapai satu kejayaan hakiki, ia memerlukan masa 10 – 20 tahun untuk membuktikannya.
“ Andainya, itu terjadi, anda, yang kini adalah generasi muda, harus berfikir, jika kini anda berusia 20 atau 30 tahun, maka, untuk anda kejar akan kejayaan hakiki daripada pihak lain, anda sudah berumur 30 dan 40 tahun. Ia merupakan satu jangka masa yang panjang,” katanya.
Jumat menekankan, Barisan Nasional adalah satu-satunya kerajaan yang telah memerintah melebihi 50 tahun dan pelbagai pembangunan dan transformasi telah dilaksanakan dan kemakmuran negara turut dinikmati segenap lapisan masyarakat.
“ Saya yakin, generasi muda kini yang merupakan ilmuwan pasti dapat memberikan dan menyumbangkan idea yang lebih canggih dan padu dalam pentadbiran negara andai anda tahu menggunakan hak anda pada PRU13 ini iaitu pada 5 Mei,” katanya.
Beliau turut menyatakan, tiada parti atau calon parti yang tidak baik, cuma pelaksanaannya itu sahaja yang masih tidak diketahui kecuali kerajaan BN yang memang telah terbukti dengan pemerintahannya.
“ Saya meminta rakyat di sini supaya menilai sendiri kerja saya selama 4 tahun disini. Anda nilailah dan anda tentukanlah calon yang anda fakir sesuai dan layak untuk memimpin anda semua disini,” katanya yang turut meminta penduduk kampung disana memberi kebenaran kepada parti lain untuk berkempen sekaligus memberi mereka keadilan yang saksama.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sabah kekal sebagai negeri Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
BN Sabah kini siap siaga untuk menghadapi PRU-13 dan telah memperbaharui tekad untuk mengulangi kemenangan cemerlang pilihan raya umum pada 2008 yang menyaksikan BN hampir menyapu bersih 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen dan hanya kalah kepada DAP bagi kerusi negeri Sri Tanjung dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu.
Muhyiddin yakin bahawa dari segi persiapan, semua sudah bersedia sampai ke peringkat jentera BN yang nak mengelolakan pilihan raya di setiap kawasan.
Menurut beliau lagi,tentang bancian yang telah dibuat di seluruh Sabah dari segi sikap pengundi, saya cukup berpuas hati kerana majoriti pemilih di peringkat bahagian di Sabah masih lagi cenderung menyokong BN.
Muhyiddin juga berpuas hati dengan hubungan baik di kalangan parti-parti komponen BN Sabah yang menjadi kekuatan barisan gabungan parti tersebut.
"Berbanding parti pembangkang, mereka masih dalam keadaan bercelaru. Kita tahu isu dan masalah dalam kalangan mereka adalah banyak.
Musa, pemimpin yang berkarisma, mengetuai BN negeri dalam melakar kejayaan besar dalam pilihan raya umum lepas, dengan menguasai 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi Dun, meninggalkan DAP kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Dun Sri Tanjung (Tawau).
Dengan rundingan bagi kemungkinan pertandingan satu lawan satu atau bersemuka antara BN dan pakatan pembangkang yang sepadu di Sabah tidak menampakkan hasil, BN kini berada dalam kedudukan lebih baik untuk memberi pukulan maut berganda terhadap lawannya bagi pilihan raya parlimen dan negeri.
Ketidaksefahaman mula bercambah dalam kalangan pembangkang apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pakatan pembangkang akan berdepan BN secara sendiri tanpa sokongan parti yang berpusat di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini tidak diterima baik oleh pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP), sebuah parti tempatan yang meninggalkan BN pada 17 Sept, 2008, yang mengharapkan perikatan strategik untuk berdepan kekuatan jentera pilihan raya BN.
Dalam apa yang dilihat sebagai satu tamparan kepada pembangkang, setiausaha agung SAPP Datuk Richard Yong kemudiannya menyifatkan pengumuman Anwar sebagai membayangkan "pakatan pembangkang terlebih yakin".
Lebih memburukkan keadaan, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan menyertai persaingan itu, dan menjangkakan partinya terlibat dalam pertandingan tiga penjuru atau lebih bagi sebahagian besar kerusi parlimen dan negeri.
Allah Maha Besar berbanding Musa Aman. Kun Faya Kun. Kalau gugur tetap gugur. janganlan mendabik dabik dada sehingga membanding seperti gunung kinabalu. Tiada yang kekal...
Pucuk pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak pernah meminggirkan bekas anggota majlis tertingginya Jornah Mazihim yang menyertai pembangkang selepas tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi dewan undangan negeri Matunggong pada pilihan raya umum ini.
Presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata dakwaan Jornah bahawa pucuk pimpinan tidak memberi muka kepadanya tidak benar kerana wanita itu dilantik sebagai setiausa politik kepada menteri pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna Sabah.
"Jika diambil kira perkara itu, kita tidak meminggirkan beliau, tetapi beliau yang mengambil langkah mengetepikan kita," katanya kepada pemberita selepas pelancaran manifesto BN yang dilakukan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman,
Pairin berkata memang lumrah bagi yang tidak dipilih sebagai calon untuk berasa kecewa namun mereka harus berpegang kepada sistem kepimpinan dan menghormati keputusan pucuk pimpinan parti.
Ditanya sama ada isu berkenaan akan menjejaskan peluang BN mempertahankan kerusi Matunggong, Pairin berkata perkara itu tidak mungkin berlaku dan sokongan terhadap BN masih utuh.
"Maklum balas akar umbi juga menunjukkan keputusan beliau tidak meninggalkan kesan. Tindakan dan kepimpinan perdana menteri kita dalam menyelesaikan isu di Lahad Datu contohnya, dapat meyakinkan rakyat," kata Pairin.
Jumaat lepas, Jornah mengumumkan keluar parti serta lima jawatan dalam Persatuan Kebudayaan Kadazandusun dan lain-lain organisasi.
Jornah yang menang kerusi Matunggong pada 2004 tidak dicalonkan semula pada 2008. Kerusi itu diberi kepada Sarapin Magana yang memenanginya dengan majoriti 2,982 undi.
Pada hari pengundian 5 Mei ini, Sarapin dicabar Richard Jiun (Parti Maju Sabah), Marusai Dawai (Parti Reformasi Sabah) dan Jolius Majawai (Bebas).
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa sikap angkuh dan amalan kronisme segelintir pemimpin tertinggi DAP menyebabkan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurutnya, sikap pilih bulu yang diamalkan dalam parti oleh sesetengah pemimpin itu tidak selari dengan slogan ketelusan yang sering dilaung-laungkan
"Ada seorang pemimpin tertinggi dalam DAP yang secara terbuka menyerang saya dengan pelbagai tohmahan tanpa sebarang bukti kukuh, pemimpin lain dalam parti cuma mengikut kehendaknya yang tidak mahu mencalonkan saya.
"Adakah ini adil? Adakah ini dinamakan demokratik dan telus? Bagaimana seseorang itu boleh sesuka hati memfitnah tanpa bukti dan semua pemimpin lain tanpa menyiasat terus bersetuju dan menggantikan calon 'payung terjun' demi memastikan karier politik saya hancur," katanya
Selain Jenice, DAP menggugurkan beberapa calon popular parti tersebut termasuk penyandang DUN Kota Alam Shah, M. Manoharan; penyandang DUN Pandamaran, Ronnie Liu dan penyandang DUN Damansara Utama, Dr. Cheah Wen Yin.
In my opinion, I think that Barisan Nasional had never deviated from the responsibility and trust placed by the people throughout its administration of the country. As far as I am concern, BN is on the right track to develop the nation and look after the wellbeing of the people.
Bernard Dompok, Presiden UPKO berkata beliau rasa yakin bahwa BN akan mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, terutama pada pilihan raya negeri Sabah.
Katanya berdasarkan sokongan rakyat, Sabah kekal sebagai kubu kuat BN.
Sejajar dengan itu, beliau menyeru mereka, terutama masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), supaya terus bersama BN demi kebaikan mereka.
Memang tidak diragukan bahawa BN adalah kuat di Sabah, tapi walaupun begitu, kita tidak boleh dinafikan akan ada cabaran di kawasan bandar dan sub bandar.
"Namun begitu, saya yakin BN akhirnya akan menang pada pilihan raya akan datang,” katanya
Walaupun BN dijangka menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini, tetapi Musa Aman yakin boleh memperolehi kemenangan besar di Sabah.
Pastinya BN Sabah mampu mengulangi kecemerlangan itu dengan ada kesepaduan dan kerjasama semua termasuk Wanita BN yang bekerja siang dan malam untu memantapkan jentera pilihan raya.
Dalam pilihanraya yang lepas BN Sabah hampir sapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen.
Ketua Menteri kita berasa yakin bahawa BN Sabah mampu meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 seperti yang dulu.
Janganlah terpedaya dengan kempen pembangkang yang terus mengkritik kerajaan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kata beliau.
Ketokohan dan kewibawaan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman terserlah apabila parti ini sekali lagi menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional Negeri apabila berjaya memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali DUN Klias yang diperuntukkan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke13. Jelas pendapat saya daripada melihat senario ini bahawa kerajaan bawah pimpinan Musa disokong ramai orang Sabah sehingga kini.
Walaupun dikejutkan dengan kekalahan calon BN dari calon Umno bagi kerusi DUN Klias, namun Umno Sabah berjaya menembusi kehampaan itu apabila menang semua 14 kerusi Parlimen yang ditandatangi. Ini lagi satu bukti menunjukkan bahawa hanya parti di bawah pimpinan Musa hampir memenangi semua kerusi yang dipertandingkan yang membawa maksud sokongan kepada kerajaan dan individu berwibawa berbanding parti semata-mata.
Sokongan pada rakyat Sabah yang amat memberangsangkan itu membuktikan Musa, yang baru mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal keempat selepas memimpin BN dengan jayanya dalam pilihan raya umum Ahad, Seorang pemimpin yang bijak mengurus kewangan negeri sehingga mempunyai wang simpanan (reserve) melebihi RM 3 bilion. Ini lagi satu saya melihat jelas nampak dan mencadangkan sokongan padu rakyat kepada ketua menteri kerana track record dalam pengurusan ekonomi kewangan negeri.
Secara luas kita melihat Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam. Ini pada pendapat saya sudah menyangkal segala khabar angion bahawa rakyat kurang memberi sokongan tetapi yang sebenarnya sebaliknya iaitu harapan adalah masih tinggi kepada ketua menteri Musa Aman dan kerajaan Barisan.
Kata ketua menteri Datuk Seri Musa Aman "Saya dan rakan-rakan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah dan berjanji tidak akan mensia-siakan mandat yang diberikan itu malahan kami akan bekerja keras bagi memenuhi kehendak rakyat dengan berkhidmat dengan lebih baik," katanya.
Musa, yang juga Pengerusi BN negeri, meminta jentera BN menjalankan tanggungjawab bagi membuktikan kepada rakyat bahawa parti komponen itu sentiasa di hati rakyat dalam melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan untuk mereka. Dengan mengatakan "Kitalah yang paling banyak masuk kampung dan turun padang membantu dan membela nasib rakyat, dan kita mempunyai rekod prestasi dan fakta pencapaian serta kejayaan kita sudah terbukti sejak sekian lama," .
Beliau berkata rakyat Sabah harus sedar negara memiliki pemimpin berwibawa dan berjiwa rakyat seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dihormati pemimpin dunia, selain wawasan yang jelas serta iltizam politik tinggi.
Selain itu, Muhyiddin juga berpuas hati dengan hubungan baik di kalangan parti-parti komponen BN Sabah yang menjadi kekuatan barisan gabungan parti tersebut. "Berbanding parti pembangkang, mereka masih dalam keadaan bercelaru. Kita tahu isu dan masalah dalam kalangan mereka adalah banyak.
Musa meminta rakyat Sabah supaya terus teguh menyokong kerajaan BN kerana di bawah kerajaan BN nasib rakyat akan terus terbela sementara negara sentiasa dalam keadaan sejahtera dan selamat.
Musa juga mengatakan saya percaya ia akan memberi semangat yang lagi kuat, lagi kukuh untuk mereka terus menyokong parti BN. Mereka (rakyat) tahu bahawa BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, janji ditepati. Apa yang dijanjikan BN akan kita tepati,” . Pada pendapat saya keputusan kolektif Musa dan perdana menteri tentang janji ditepati akan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat.
Oleh itu, Musa berkata, ia adalah yang paling penting bagi orang ramai untuk mengekalkan kerajaan BN supaya ia boleh meneruskan dasar dan pelan disediakan untuk membangunkan negara. Dengan apa yang kita lihat saya boleh rumuskan banyak bantuan dan kemajuan kita nikmati seperti pemberian BR1M yang meringankan kos sara hidup dan sebagainya.
Kerajaan pimpinan Musa Aman juga berjanji untuk terus mencari penyelesaian kepada masalah pendatang haram di Sabah dan penyelesaian kepada isu-isu tanah adat melalui manifesto 16-point Sabah Barisan Nasional.
Manifesto khas oleh Barisan negeri, bertujuan untuk menangani pelbagai isu-isu tempatan, termasuk royalti minyak yang dibangkitkan oleh pembangkang, telah dilancarkan oleh Pengerusi Barisan Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama-sama dengan ketua-ketua parti komponen. Ini bagi saya jtelah menunjukkan Ketua menteri dan parti pimpinannya di kerajaan mengambil berat isu2 penduduk Sabah dan menegaskan rakyat menyokong dasar2 baik kerajaan.
Kerajaan Negeri Barisan melalui manifestonya juga berjanji untuk melaksanakan syor-syor Suruhanjaya berterusan Siasatan Diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin, katanya dalam satu rujukan jelas kepada cadangan pembangkang untuk mengeluarkan semula kad pengenalan (IC) untuk rakyat Sabah. Saya mencadangkan supaya RCI mempunyai banyak badan sokongan bagi membantu siasatan dengan lebih mendalam dan efektif.
Manifesto, yang dicetak dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Kadazandusun, berjanji untuk juga melaksanakan undang-undang baru dan institusi untuk mempercepatkan penyelesaian kepada perkara-perkara yang di bawah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Barisan Sabah juga berjanji untuk melindungi semangat Perjanjian 20 Perkara Malaysia tahun 1963 manakala juga menjanjikan peluang yang sama untuk semua di dalam perkhidmatan negeri.
Post a Comment