Friday, 3 May 2013

KURANG 48 JAM NAJIB MEROSOT! BN BANGUN!


MEROSOT!!!!!


Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

sumber: Malaysiakini

54 comments:

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Profesor Negara (MPN) telah menjalankan tinjauan pendapat Pilihanraya Umum ke-13 pada 28-30 April 2013. Tinjauan pendapat ini melibatkan sebanyak 3,550 responden yang layak mengundi di seluruh negara temasuk Sabah dan Sarawak. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah random stratified sampling yang diambil dari pelbagai kawasan Parlimen di seluruh negara. Tinjauan pendapat melalui panggilan telefon ini mempunyai tahap keyakinan pada kadar 95% atau 0.022 margin of eror.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Kajian ini mendapati Barisan Nasional mempunyai harapan yang cerah untuk kekal memerintah selepas PRU-13 dengan 58% responden menyokong YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi 42% sokongan. Dari segi parti yang menjadi pilihan pengundi, BN memperolehi 55% sokongan manakala PR 41%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan memilih calon bebas.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Secara keseluruhan, Najib mendapat sokongan majoriti pengundi daripada setiap lapisan umur. Sebanyak 57.6% pengundi bawah 30 tahun menyokong Najib, manakala Anwar memperolehi 42.4% sokongan. Sokongan tertinggi kepada Najib adalah daripada golongan kohort umur 30-50 tahun iaitu 59.1%. Sebanyak 57.2% responden yang berumur melebihi 50 tahun juga menyokong Najib.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Dari segi pecahan kaum, kajian ini mendapati sebanyak 63.5% responden Melayu menyokong Najib, Cina 35.3%, India 52.7% dan lain-lain kaum 63.1%. Najib juga memperolehi 60.6% sokongan pengundi wanita dan 56.6% pengundi lelaki.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Kajian ini yang dilaksanakan pada minggu kedua tempoh berkempen menunjukkan BN masih mendapat sokongan kuat pengundi di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak 72% responden di zon selatan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 28% sokongan. Sebanyak 72% responden menyatakan mereka akan mengundi BN dalam PRU-13, 28% akan mengundi PR dan 2% akan mengundi calon bebas.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

BN juga dilihat mempunyai kelebihan di negeri-negeri zon tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak. Sebanyak 53% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 47% sokongan. Dari segi parti pilihan, BN memperolehi 48% sokongan, PR 47% dan bebas 5%.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Majoriti responden di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga memilih Najib sebagai Perdana Menteri. Sebanyak 55% responden di zon ini menyokong Najib manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. BN mendahului PR sebagai parti pilihan di zon utara dengan 53% sokongan manakala PR 43%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan mengundi calon bebas.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

BN juga dilihat memiliki kelebihan di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebanyak 55% responden di zon pantai timur menyatakan sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 45% sokongan. Dari segi parti pilihan, 51% responden di pantai timur memilih BN, 38% PR dan 11% bebas.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Dapatan kajian di Sabah dan Sarawak juga memihak kepada BN. Sebanyak 65% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 35% sokongan. Dari segi parti pilihan, sebanyak 62% responden memilih BN, 37% PR dan 1% bebas.

Sotong Kurita said...

MERDEKA CENTRE YANG KONONNYA ADALAH SEBUAH PUSAT PENYELIDIKAN BEBAS SEBENARNYA ADALAH PRO KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PR

Berdasarkan dapatan kajian ini, BN dijangka kekal memerintah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Dengan tahap sokongan yang agak tinggi di zon tengah, utara dan timur, BN dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk menang di Selangor dan Kedah serta memberikan saingan yang sengit kepada PR di Pulau Pinang dan Kelantan. Secara keseluruhan, walaupun PR dilihat memberikan saingan yang sengit kepada BN dalam usaha menuju Putrajaya, BN dijangka masih dapat mencapai kemenangan yang selesa pada PRU-13.

Unknown said...

Dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif yang lain, Barisan Nasional (BN) yakin kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Unknown said...

Ketika membuat penilaiannya kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras.

Unknown said...

Ketika membuat penilaiannya kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras.

Unknown said...

"Sebenarnya, saya akan terkejut jika kita tidak mendapat majoriti dua pertiga," kata Najib penuh yakin semasa bertemu beberapa ketua pengarang media menjelang pengundian di sini, Jumaat.

Unknown said...

Najib, yang menerajui BN buat kali pertama sejak menjadi perdana menteri pada 2009, berkata perkembangan di lapangan menunjukkan BN mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang amat dinanti-nantikan itu.

Unknown said...

BN perlu mendapatkan 112 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sementara majoriti dua pertiga memerlukan ia mendapat 148 kawasan Parlimen.

Unknown said...

Semasa Parlimen dibubarkan pada 3 April, BN menguasai 137 kerusi Parlimen.

Unknown said...

Dalam perbincangan dengan para pengamal media, Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor, agak optimis BN menguasai kembali Selangor daripada pakatan rakyat.

Unknown said...

Peluang menguasai kembali Kelantan daripada pemerintahan PAS selama 23 tahun semakin bertambah baik, katanya dan menjangka satu perubahan haluan yang menyebelahi BN di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Unknown said...

Dengan menyediakan penilaian mengenai peluang BN mengekalkan pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya yang ditandingi BN dan PAS, Najib melahirkan keyakinan bahawa para pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam akan mengundi menyebelahi BN.

Unknown said...

Katanya sokongan masyarakat Cina dan India kepada BN sedang meningkat berdasarkan sambutan positif yang boleh dirasai semasa berkempen selain respons menggalakkan bagi inisiatif mesra rakyat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.

ha

Unknown said...

Najib menjelaskan bahawa kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat Cina dan kerana ini, beliau tidak nampak sebarang sebab bagi mereka untuk enggan memberi sokongan kepada BN.

Unknown said...

"Dengan kedudukan ekonomi yang kukuh, pasaran saham yang pada setiap masa berada pada kedudukan yang tinggi, projek-projek besar seperti kereta api berkelajuan tinggi, semua ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina. "Malah BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mereka juga mendapat manfaat daripadanya kerana penerima bantuan itu membelanjakan wang mereka di kedai-kedai yang dikendali orang Cina," katanya.

Unknown said...

Najib menganggap bahwa perhatian yang diberikan terhadap pendidikan Cina seperti pembinaan lebih banyak sekolah-sekolah Cina, telah meletakkan BN pada kedudukan yang baik pada pandangan masyarakat itu.

Unknown said...

Menyentuh mengenai tahap sokongan daripada masyarakat India, Najib berkata: "mereka kini bersama BN sekarang, malah Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) kini bersama kita sekarang."

Unknown said...

Mengenai pengundi muda, Perdana Menteri berkata majoriti golongan itu bersama dengan BN yang telah bertungkus lumus menangani kebimbangan mereka dengan cara melaksanakan program-program yang mesra golongan muda.

Unknown said...

Najib juga menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan cara jahat DAP dalam usaha mendapat kuasa.

Unknown said...

Beliau menyelar pakatan rakyat kerana memainkan isu perkauman dan mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh membawa kepada polarisasi kaum yang serius di negara ini, apatah lagi kesan buruk terhadap kestabilan dan persekitaran perniagaan.

Unknown said...

Sambil mengingatkan pengundi supaya berfikir dengan bijak sebelum memangkah kertas undi Ahad ini, Najib berkata begitu banyak yang dipertaruhkan dalam pilihan raya dan jika tersilap memilih parti yang salah untuk mentadbir negara, segala usaha penah lelah yang dibuat BN bagi membangunkan negara ini akan menjadi sia-sia.

Unknown said...

Beliau berkata satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk dasar yang adil bagi semua kaum dan ini tidak akan berlaku jika rakyat mengundi pakatan rakyat.

Unknown said...

Menurut Najib, pasaran yang sudahpun berada pada trend menaik sejak kebelakangan ini sudah pasti akan terus memuncak jika BN mendapat mandat besar daripada para pengundi.

Unknown said...

Sentimen terhadap Bursa Malaysia terus mendapat keyakinan sejak minggu lalu berikutan usaha belian yang kukuh daripada pelabur asing dan institusi dengan indeks mencatat bacaan baharu yang tinggi sepanjang masa iaitu 1,717.65 mata pada Selasa.

Unknown said...

Para pelabur menjangkakan pasaran akan terus mendapat sokongan jika kerajaan BN yang menyokong perniagaan mendapat mandat baharu bagi tempoh lima tahun lagi.

Unknown said...

Para peniaga berkata para pelabur asing begitu yakin bahawa BN akan kembali berkuasa dan ini akan memastikan kesinambungan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang dalam proses meningkatkan aktiviti perniagaan di semua sektor, yang memperkuat ekonomi dengan asas yang kukuh.

Unknown said...

Sesi Najib bersama ketua pengarang media dihadiri Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid dan pengarah eksekutif Star Publications dan ketua pengarang kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai.

Unknown said...

Mereka turut disertai pengarang kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak, pengarang kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Zulkefli Salleh.

Unknown said...

Sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) semakin pulih setelah kerajaan menunaikan janji pilihan rayanya dan komitmen yang diberikan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Unknown said...

Perdana Menteri berkata tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.

Unknown said...

"Apabila kita kotakan janji-janji pilihan raya dan komitmen kita, kewibawaan kita, dari kaca mata rakyat, sudah meningkat," katanya dalam ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini hari ini.

Unknown said...

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang.

Unknown said...

Bercakap pada sidang akhbar kemudian apabila ditanya sama ada BN boleh berasa lega sekarang hasil daripada petanda-petanda awal itu, beliau berkata BN tidak boleh berasa lega sekarang, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi.

Anonymous said...

Sama ada kajian ini adalah benar atau tidak, kita semua mesti keluar untuk mengundi bagi Kerajaan yang lebih baik untuk negara kita yang tercinta

Anonymous said...

a change of heart is all the leaders need to do in order to lead this nation for a change

Anonymous said...

to all Malaysian voters, please vote for justice and equality..

Anonymous said...

The only thing we can do now is to protect our country integrity

Anonymous said...

asking all voters to turn up to vote, no matter who you vote

mantera said...

Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613 undi sekaligus menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Fariz Abd Talib.

mantera said...

Najib memperoleh 51,278 undi manakala Mohd Fariz sekadar meraih 15,665 undi.

Undi majoriti Najib meningkat 9,149 undi berbanding 26,464 undi yang diperolehinya pada Pilihan Raya Umum ke-12.

mantera said...

keputusan ini dah menunjukan bahawa Najib tetap popular dan sokongan terhadap dia makin meningkat

Blackforest said...

Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Blackforest said...

Pemimpin veteran UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU-13.

Blackforest said...

Beliau berkata apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.

Blackforest said...

“Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013… tetapi harus diingat, BN telah dapat menawan Kedah,” katanya.

Blackforest said...

Rais berkata rakyat akan nampak kejujuran kerajaan BN selepas ini dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan. Beliau juga berkata BN tidak sekali-kali tunduk pada usaha pembangkang yang sentiasa cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap kerajaan.