Saturday, 8 December 2012

SPRM minta AG kaji semula keputusan terhadap Musa




Panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta peguam negara menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta dari Michael Chia yang didakwa disalurkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Perkara ini diumumkan oleh salah seorang anggota panel tersebut dalam sebuah forum awam yang diadakan oleh Majlis Peguam dan SPRM hari ini.

Naib Presiden Majlis Peguam, Chris Leong menimbulkan soalan berkaitan pendedahan di Parlimen bahawa kes itu mungkin telah ditutup dan respon pihak berkuasa Hong Kong bahawa mereka tidak mendapat maklum balas dari Malaysia.

"Panel Semakan Operasi SPRM telah menulis kepada peguam negara untuk mengkaji semula keputusannya," jawab Timbalan Pengarah Kanan bahagian Penyiasatan, Han Chee siasatan Rull ringkas.

Laporan awal memetik pendakwaraya Hong Kong
Kevin Zervos, sebagai berkata Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu bersedia membuka semula kes itu jika ada bukti baru.

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli (kiri dalam gambar) berlepas ke Hong Kong pada hari Selasa untuk menyediakan bukti transaksi dalam kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz telah menafikan sebarang salahlaku di pihak Musa.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa RM40 juta itu adalah "sumbangan politik" kepada Umno Sabah.

Tidak Tahu


Rujukan Malaysiakini.klik

Monday, 26 November 2012

Mahathir ramal Umno mungkin tewas jika...



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.


Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.



"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah. 



"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.

"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. 


Kalau di Sabah...tengoklah wakil rakyatnya... dan calon-calon yang bakal kononnya "winnable candidate"...

Ada yang bukan asal tempat sendiri. Ada yang terpaksa bersaing dengan Ketua Bahagian. Ada ketua bahagian tapi tidak jadi calon. Ada yang mempunyai undi majoriti yang tipis, Ada yang bayar cukai 20 juta, ada yang panas baran,  Ada yang berhadapan dengan kes-kes tertentu. Ada pula kaki segala kaki.......Dan Banyak lagi. yang rasa dia adik CM, ipar, biras, menantu CM tentulah mereka sangat selesa. Tapi belum tentu jugakan. Agak-agak di bawah ini ok ke? sila beri undi anda........ok ke ko!


Friday, 2 November 2012

PLOT DRAMA 'CHIA' MAKIN BERKEMBANG


Nampaknya bacaan saya PKR akan terus mendedahkan isu berkaitan Musa Aman menjadi benar. Kali ini plot drama Musa,Micheal Chia dan derma 40 juta semain berkembang dengan baik. 

Kita petik beberapa jalan cerita dan skrip drama ini dalam beberapa blog yang telah disiarkan. Mungkin Borneobullet.blogspot.com dan Sabahkini.net tentera upahan.... akan membantu menyelamatkan keadaan.

Tindakan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz didakwa mempunyai konflik kepentingan apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah, kerana mereka berdua dilihat sebagai kawan.

Hubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.

Dakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini, yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya  sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal (foto bawah).

Katanya, dalam satu kes rasuah berprofail tinggi dan pengubahan wang haram sebelum ini yang didakwa melibatkan seorang ketua menteri dan orang yang membersihkan nama ketua menteri Sabah dan Chia adalah menteri yang "kita telah ditemui bukti bahawa keluarganya telah mendapat... manfaat dari Chia".

"Jika ini bukan (rasuah), saya tidak tahu apa itu," kata Rafizi dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya, terdapat persoalan konflik kepentingan di mana Nazri harus mengambil tanggungjawab politik dan moral.


Berikutan ini, pemberita bergegas ke pejabat Nazri untuk 
mendapatkan komennya di mana beliau menafikan sebarang konflik kepentingan.
Nazri menjelaskan bahawa jawapan bertulisnya kepada Parlimen mengenai perkara itu datangnya dari Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.


Beliau memberitahu pemberita bahawa soalan tentang kebenaran dakwaan Rafizi bahawa Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.

"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."
Ada sesiapa yang nak mengucapkan tahniah?

Lain-lain


Thursday, 25 October 2012

Bank Negara digesa siasat 'sumbangan' RM40j


Pelbagai pihak menggesa skandal wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan pengusaha balak Michael Chia disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Akta 613).

Hubungan yang mencetuskan masalah? siapa menyangka ia meletup dengan dahsyatnya
"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia,"

Wilfred Kata....



Bank Negara Perlu Siasat


Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara. Klik


Kerajaan Tetapkan Duluan Luar Biasa



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah. Jika tidak ditangani dengan baik, perdana menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu, kata bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.Klik
"Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."

Tidak Tahu

Musa kan "One Man Show"

Bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa pemimpin parti negerti tidak pernah mengetahui mengenai RM40 juta yang didakwa disumbangkan kepada Umno Sabah.Klik

ICAC Hong Kong membisu tentang kes RM40j



Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong enggan mendedahkan sebarang butiran berkaitan siasatannya terhadap kes RM40 juta di mana ia dilaporkan telah membersihkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman daripada dakwaan pengubahan wang haram. Sementara itu, Bruno Manser Fund (BMF) telah mendedahkan bahawa ICAC juga enggan memberi maklumat mengenai status siasatan terhadap Musa.Klik

Jika enggan mendedahkan persoalannya;

1.) Bagaimana Setiausaha Umno Sabah, Datuk  Abdul Rahman Dahlan mendedahkan bahawa ICAC teleh membersihkan Musa Aman?

2.) Bagaimana pula pendedahan dan jawapan Menteri Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipetik sebagai berkata wang itu adalah untuk Umno Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkata bahawa tiada unsur rasuah telah dibuktikan? 


Lain-lain

Skandal RM40 Juta Perlu Siasat Dibawah Akta Pencegahan Wang Haram
Bank Negara digesa siasat status dana politik RM40 juta
ICAC Hong Kong membisu tentang kes RM40j

Sunday, 21 October 2012

SKETSA SKANDAL YANG RAKYAT BARU TAHU!!


Bangkai tidak boleh ditutup dengan nyiru. Kini yang lama tersembuyi telah berkembang menjadi plot drama yang rakyat berminat mahu tahu. RM 40juta orang beri mesti orang nak tahukan? Penderma dalam negara pun tak sanggup bagi RM40juta. Entahlah saya pun tak kenal....


Kata Musa pula
16 juta Singapore (RM40juta). Siapa bawa?


NAZRI kata...
Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen :

“Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor. ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya.”

Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu:

  1. 1. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

2. Pada masa yang sama kes tersebut telah turut disiasat oleh Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC). Berdasarkan siasatan ICAC berkaitan kes ini dan keputusan siasatan SPRM yang tersebut diatas, ICAC juga tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.
3. Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland,  ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama. Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama yang dinyatakan diatas.



Kata Shukri


Arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya berkaitan dengan siasatan SPRM terhadap pertuduhan rasuah ke atas Musa Aman hanya didedahkan awal bulan ini oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Mohd Shukri Abdul seperti yang dilaporkan Malaysiakini dalam berita bertajuk “Anti-graft panel wants more evidence against Sabah CM”.

Bolehkah disimpulkan bahawa sehingga awal bulan ini, SPRM tidak sedar bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan yang “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” terhadap Musa Aman?


Nampaknya Musa punya hal UMNO dan BN serta lain-lain terpaksa menjawab bertalu-talu. PM pun nampak terjerat dengan isu ini. Sumbangan 40 juta masuk akaun mana agaknya? UMNO? kalau dah disumbang kepada disalurkan dana tersebut? Akaun UMNO Sabah elok di audit membuktikan RM 40juta itu disalurkan kepada parti.

lain-lain

Banyak persoalan isu wang RM40 juta dari Hong Kong


Thursday, 18 October 2012

SUMBANG 40 JUTA DAN "TAK KENAL PENYUMBANG?"




Nampaknya Drama politik Sabah kali ini melalui episod baru. dari episod blog, media hinggalah ke dewan parlimen. Masing-masing bertahan dan menyerang. 

DULU

"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia,"

"Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat"

"Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya."

DAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu. 


"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. 



"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, Khamis

KINI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tiada masalah bagi Umno Sabah untuk menerima "sumbangan" berjumlah RM40 juta daripada seorang individu.

"Tiada masalah dengan sumbangan. Ia bukan kesalahan.


"Kalau nak jadikan kesalahan kita kena buat undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri itu memberi alasan, tiada kesalahan dengan transaksi seperti itu memandangkan tiada undang-undang untuk menghalang sumbangkan kepada parti politik.


Maka, sesiapa saja boleh menyumbang sebanyak mana yang mereka mahu, katanya lagi.

Jutawan balak Sabah Michael Chia pada 2008 ditahan di Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya, sebelum lelaki itu berjaya berlepas dengan pesawat ke Malaysia.

Chia ditahan dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram.

Chia memberitahu penyiasat rasuah Hong Kong ICAC bahawa wang tersebut adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.


Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.


Nazri dalam jawapannya di Dewan Rakyat, sehari sebelumnya berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang itu merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Musa.

Renung- renungkan

1. "Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia,"

2. wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

3. UMNO tak kenal penyumbang? Kalau orang lain dapat sumbangan, rasuah lah, agen asing masuk Malaysialah..tapi kalau UMNO dapat sumbangan...oh itu hak UMNO untuk menerima sumbangan. Tidak boleh didedahkan.

4. Bukankah alasan tak kenal, kemudian penyumbang RM40 yang kononnya tidak perlu didedahkan itu satu perkara yang terkena batang hidung sendiri. Kadang pemikir yang cari "alasan" ini bodoh sangap. Pendek akal. Bila dah tak tahu cara nak jawab maka " itulah sumbangan". 

5. Buat banyak -banyak lagi alasan macam ini. Boleh orang guna balik jawapan macam ini. Selepas ini kalau pembangkang terima dana luar"....jawab macam ni itu suka hatilah penyumbang adalah rahsia, apa salah mereka menyumbang?...


Sunday, 7 October 2012

Salleh pertikai laporan kajian populariti Musa Aman



Pungutan suara dan kaji selidik  mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh ni satu masa akan kena sembelih oleh Musa Aman juga. masa
itu baru dia sedar apa yang berlaku.


Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Centre adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.

"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kita Kinabalu semalam.

Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.

Katanya beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.

Kajian terbaru Merdeka Centre menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini.

Bernama

Friday, 5 October 2012

Ranking Musa Aman jatuh bawah 50 peratus



Tinjauan awam mendapati, tahap kepuasan pengundi terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman jatuh bawah 50 peratus walaupun kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kekal tinggi.


Tinjauan Merdeka Center mendapati tahap kepuasan pengundi terhadap Musa jatuh daripada 60 peratus pada November 2009 kepada 45 peratus pada September 2012.

Jika dibahagikan berdasarkan etnik, mengejutkan apabila pengurangan mendadak 21 peratus berlaku di kalangan responden Bumiputera Islam daripada 72 kepada 51 peratus.

Populariti Najib masih stabil apabila 75 peratus responden berpuas hati dengannya berbanding 77 peratus pada 1999.

Perkembangan itu selari dengan kepuasan pengundi terhadap kerajaan yang mencatatkan angka 56 peratus - turun enam peratus daripada sebelum ini. 

Dapatan itu merupakan yang kedua dan terakhir daripada tinjauan pandangan yang dijalankan antara 6 hingga 17 September untuk mengukur tanggapan pengundi terhadap perkembangan terkini di Sabah.


nota: Berangin dan berasaplah Musa Aman

Saturday, 22 September 2012

KKIA terminal 2 dan Musa A320

Mutakhir ini: Cerita Airasia tidak mahu pindah bukan isu baru. Kali ini dengan kaedah 'ampu sana dan ampu sini' akhirnya Tony merayu kepada Kerajaan Negeri terutama Musa Aman untuk menyelamatkannya. Betapa hebatnya Tun M, Pak lah ke apa ke...Tapi Musa Aman juga yang hebat sehingga pesawat Air Asia dinamakan Musa A320.  hebat-hebat...



KOTA KINABALU: Keputusan berpindah ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dijangka menjejaskan operasi syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, yang kini beroperasi di Terminal 2 KKIA.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan kekal beroperasi di Terminal 2 KKIA dan tidak akan berpindah ke Terminal 1.

“Saya akan menjadi orang terakhir berpindah kerana pelbagai perkara perlu dipertimbangkan, termasuk cukai dikenakan di Terminal 1 KKIA meningkat dari RM33 kepada RM55 walaupun kita menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah.


“Berpindah ke Terminal 1 hanya akan menyebabkan operasi perniagaan AirAsia terjejas,” katanya pada Majlis Perbincangan Perniagaan Antarabangsa Sabah, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Persekitaran negeri, Datuk Masidi Manjun.


Tony berkata, kos rendah amat penting bagi AirAsia dan negeri ini boleh menjadikan Terminal 2 KKIA sebagai terminal yang terbesar jika dibangunkan kerajaan.


“Terminal 2 KKIA boleh dibangunkan dan diperluaskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan di samping mampu mengurangkan kos serta menambah pendapatan kerajaan negeri terutamanya pertambahan kemasukan pelancong ke negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, AirAsia berharap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya Terminal 2 KKIA dapat dinaiktarafkan.


Sebelum ini, AsiaAsia merayu kepada Kementerian Pengangkutan untuk terus kekal di Terminal 2 KKIA walaupun mereka telah memberi komitmen untuk memindahkan operasi ke Terminal 1 pada pertengahan Jun tahun ini. 

Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata syarikat penerbangan itu teragak-agak untuk berpindah dari Terminal 2 ke Terminal 1 KKIA yang baru sahaja diperbesarkan kerana kosnya akan meningkat, sekali gus memaksanya mengurangkan penerbangan dan menyebabkan Sabah kehilangan kira-kira sejuta pelancong. 

Komen: 

Kalau dah cadang bangunkan Terminal KKIA2 tu dengan kos berjuta buat apa membina KKIA dengan kos lebih 1 bilion itu? ingat Airasia saja ke nak mendarat kat KK.

Dah jadi macam milik Airasia pula KKIA2 tu. Kalau Musa Aman bagi kelulusan dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan mengenai tuntutan Airasia memang sah ada udang sebalik mee.

Friday, 14 September 2012

MUSA AMAN GELABAH! SAM MANNAN TOLONG JAWAB?



Datuk Sam Mannan, Pengarah  Perhutanan Negeri Sabah melalui artikelnya Utusan Malaysia nampaknya telah berusaha menjawab isu pembalakan haram di Negeri Sabah yang berleluasa. Katanya itu tuduhan!. Sama ada beliau menjawab dengan betul atau tidak itu terpulanglah kepada pentafsiran masing-masing. Mungkin selepas ini ada pihak lain pula akan menjawab atau menafikan.

Kau Musa punya pasal, i kena jawab pula.
Tak tahu berapa yang percaya. sebab yang kaya
siapa? siapa gondol hutan? Lu tahu kah musa?
Apapun usaha Datuk Sam Mannan ini sudah mencerminkan isu balak adalah satu itu yang membungkam Musa Aman dan sentiasa saja tidak melenakan tidur Musa Aman dan puak-puaknya. Selepas pendedahan pelbagai pihak tenteng hal balak dan juga akaun berbilion ringgit di luar negara  nampaknya isu balak turut memberi impak. Sama ada  Datuk Sam Manan di arah menjawab atau menjawab untuk jabatannya yang pasti rakyat Sabah di luar sana sedang mengadilinya. 

artikel berkaitan : sila ke Utusan Tuduhan pembalakan haram di Sabah
artikel berkaitan : sila ke Sabahkini.net KENAPA SAM MANAN MEMBISU SETELAH BERSUBAHAT DENGAN PENIPU?

Tuesday, 4 September 2012

TERUKNYA MUSA AMAN!


Memang benarlah kata-kata orang bahawa betapa teruknya si Musa Aman atau Musang Amang ini. Orang kata segala yang ada di darat, lautan dan udara adalah miliknya dan keluarganya. Itulah Musa Aman dengan segala bukti dipaparkan untuk mendakwanya sehingga hari ini masih kebal dari didakwa. Jerung besar ini nampaknya pandai mengelak dari ditangkap atau kerana ada seseorang yang ada pertalian keluarganya tidak berani membuat pendakwaan atas alasan bukti tidak mencukupi.

Pendedahan dari blog sarawak report nampaknya tidak mendatangkan kesan apa-apa. 
SEMUANYA MUSA AMAN- SILA KLIK GAMBAR


Benarkah Musa Aman terlalu kebal sehingga tiada siapa menggugatnya?




Saturday, 1 September 2012

JANJI DI TEPATI MUSA AMAN DI BATU SAPI!


NOTA: Batu Sapi mempunyai 25,582 orang pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Muslim Bumiputera, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Muslim, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 daripada pengundi kaum lain.PRK Batu Sapi macam-macam janji Musa Aman dan pemimpin. Rumah Mesra Rakat, PPR Lupak Meluas (30 Juta) dan lain-lain lagi. 

Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Majoriti – 6,359




Hari ini:- Rakyat di dahulukan (Rampas Roboh) dan Pencapaian Didahulukan (Proksi dan kontraktor dapat dahulu). 





BATU SAPI: Penduduk di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini melahirkan rasa kecewa apabila tidak mendapat pembelaan pihak berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku pemilik kepada tanah yang mereka diami.


APA NASIB KAMI
PAS Batu Sapi yang menerima aduan penduduk kampung terbabit kini giat membantah pengusiran tersebut memandangkan mereka merupakan warganegara yang telah mendiami tempat tersebut sejak lebih 40 tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Hamzah Abdullah kesal kerana pemimpin setempat terutama ahli Parlimennya yang tidak mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita minta rakyat buka mata dan lihat kebenaran. Jika Umno terus memerintah, inilah yang akan sentiasa berlaku.

“Tanah rakyat akan habis dirampas dengan sewenangnya. Sehingga kini, kita telah mendengar desas-desus bahawa Kg. Gas di Batu Sapi ini juga akan diroboh tidak lama lagi," tambah beliau.

Penduduk di kampung berkenaan juga melahirkan kekesalan bahawa mereka telah dijanjikan dengan rumah kos rendah sejak Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang lalu dan pecah tanah juga telah dilakukan namun, semuanya tinggal janji kosong.




Nota: Apa kerja YB Dun Sekong? bekas pemandu teksi Sandakan ini. Dia setiap hari duduk dekat Hyatt Hotel menghabiskan duit kerajaan sebagai Pengerusi LKIM Sabah. Kuda tambatan Musa Aman semua jenis macam ini. 

Projek Perumahan Rakyat Lupak Meluas adalah Projek rundingan terus kepada syarikat Para Cemerlang Sdn Bhd berjumlah RM 31,250,000 juta yang sokong permohonannya Musa Aman Ketua Menteri Sabah tahun lalu ke Kementerian Kewangan . Untuk rekod boleh semak dengan Kementerian Kewangan. 


Lain-lain:

Janji: Tanah di Rampas

Tuesday, 28 August 2012

CERITA SEORANG CM, ADIK DAN LAJIM YANG MELAMBAI






BY: ISMAILY BUNGSU

Kalau melompat dapat habuan itu maknanya perjuangan demi diri dan itu jadah bisa katakan, tetapi kalau saja melompat meninggalkan jawatan menteri yang sukar juga didapatkan oleh orang lain dan meninggalkan rezeki melimpah itu bermakna berjuangan sejati demi rakyat jelata yang dikasihi.

Dulu melompat kerana kepentingan rakyat kala parti pemerintah ketika itu nyawa2 ikan dan melawan arus memang merugikan rakyat dan kerana itulah meninggalkan parti yang disertai dan memasuki perahu besar yang menjanji anugerah 100 hari.

100 hari sudah berlalu dan 20 tahun mendeka,  pun tidak menjadi malah jawatan ketua menteri  orang lain yang tidak berkorban dapat pula dan itu tidak jadi soal, tetapi rakusnya bukan main dan kesannya Sabah jadi TERMISKIN dan PTI bermaharaja di sana sini seperti negeri sendiri.

Memang ini tidak bisa dibiar, kala dibiar akan membawa BALA kepada sabahan yang mahukan kemakmuran dan masa depan rakyat tempatan terjamin dan sekarang kemakmuran dan kedamaian jelas sirna Pti ada di mana-mana, jenayah kian bertambah dan kota desa dihuni oleh pendatang asing yang kita tidak tahu dari mana  asalnya, tiba2 menjelma menjadi anak istimewa dan siap dengan sultannya sekali.

KDM, murut, bajau, brunei kedayan, rungus dan segala macam bakal kehilangan nama dalam peta sejarah bangsa di sabah dan yang bakal ada ialah MELAYU BARU di dalamnya pilak, Pakistan baru termasuk Bangla yang tak tau berbahasa datangnya kelmarin sudah punya IC dan bisa mengundi tentukan kepimpinan Negara bangsa. Apa yang telah terjadi sekitarku ini?

Sebuah gelas di atas meja dan seorang adik termenung tunduk berwajah layu lesu yang entah apa saja dia fikirkan tetapi lesen membalak 400 juta sudah dalam tangan dan hutan sabah siap dibotaki jadi padang jarak padang tekukur dan seorang CM pula bertukar wajahnya menjadi apa-apaan yang sama sekali berbeda kala diarah bercuti sinisnya dan hakikat berhenti. Itulah kenyataannya.

Ah, seorang Lajim pula berwajah nur masih ceria melambaikan tangan di kiri kanan musuh lama yang terbuang dari kota pedas yang bakal melakar sejarah luka buat BN dan lalu kemudiannya menjadi tuan kepada orang brunei di kimanis dan sekarang siap untuk ditendang ke lautan dalam penuh berpuasa tetapi harta melimpah penuh bank swiss luar negara bersama seorang taib mahmud di sarawak.

Lajim memang gagah meski dimaki hamun dan dituduh macam-macam, lalu dimalukan begitu rupa dan dalam diam dia bertanya apakah orang melayu bisa duduki kerusi ketua menteri kalau bukan kerana dirinya?

Dan kemudian dia tanya lagi, apakah sakaran, said, osu, chong kah kiat, wong teck lee dan musa bisa merasa nikmati kerusi ketua menteri? Dan apakah orang melayu bisa dapat kontrak berjuta dan jadi kaya dan kenapa saja PBS ikut jejaknya serta BN kalau dia dikata pengkhianat?

Memang dulunya masuk BN jalan terbaik termasuk PBS tetapi BN pengkhianat dan UMNO jenis Melayu mudah lupa. Budi diberi dibalas dengan racun dan kesannya Sabahan jadi TERMISKIN sekali di Malaysia.

Lajim, dikau memang bergaya dan ceria dan di kepalamu memang ada NUR pembawa cahaya dan PAKATAN mesti jadi JUARA.

Reformasi!
Reformasi!
Reformasi!

ISMAILY BUNGSU
27/8/2012

Wednesday, 22 August 2012

AKHIRNYA PENCACAI PENCACAI MUSA JILAT KATA-KATA MEREKA


Rahman pencacai paling setia

"Menaikkan royalti minyak adalah salah satu janji yang ditaburkan pembangkang (jika mereka berjaya membentuk kerajaan)."

Lain-lain 

a.)  Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Tetapi benarkah begitu? Malangnya, saya menyedari betapa tidak telusnya Datuk Seri Anwar dengan cadangan menambah royalti minyak untuk Sabah.

b.)  Ketika persidangan Dewan Rakyat tahun lalu, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%, apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?


c.) Saya mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.


1.)  Apa pula komen Mr Right Musa Aman ini bila tiba-tiba Musa Aman si hidung panjang ini memutar 390 darjah untuk bersedia berbincang dengan kerajaan persekutuan untuk royalti minyak. Selepas menghentam pendapat Royalti 20% adalah tidak logik. Nampak Musa Aman terpaksa menjilat semula kata-katanya.

"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak Sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagai infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya."- Musa Aman


2.)   Rasanya pencacai Musa Aman MP Kota Belud ini tidak membezakan antara hak royalti minyak Sabah yang sepatutnya bukan 5% dengan hal-hal peruntukan kerajaan persekutuan yang diberi pada setiap Rancangan Malaysia(RMK). Jika Sabah menerima RM20.3 bilion sekalipun setiap rancangan, hak Royalti lebih 5 % sepatutnya terus diberikan. 

3.)  Mencabar Anwar Ibrahim bagi mendapatkan jaminan sama ada peruntukan Sabah di kurangkan atau tidak bukanlah satu isu  untuk didebatkan sekarang. Kerana setiap kerajaan yang memerintah pastinya ada cara dan strategi masing-masing. Persoalannya apakah Kerajaan Negeri sebelum ini beria bersungguh-sungguh meminta hak itu? setelah didesak berkali-kali oleh rakyat dan khuatir memberi kesan kepada PRU13 barulah kerajaan bertindak. Kenapa bercakap tak logik dan sekarang boleh dibincangkan semula?

4).  Lihatlah cara pemimpin BN dan UMNO Sabah berpolitik. selepas Musa Aman si hidung panjang ini "berpusing" dari Ketua Puterinya, Ketua Bahagiannya, dan pencacai-pencacainya berbondong-bondong "Jom Sokong Isu Royalti". Bapa perasuah Sabah dah cakap jadi kita kena ikutlah. 




Lain-lain



lain