Monday, 22 April 2013

ANTARA MARUAH MUSA AMAN DAN KEKALAHAN BN DI BEAUFORT


Oleh: Hassan A


Rekod pencapaian cemerlang dalam PRU ke-12 dengan majoriti 10,914 tentu membayangi Datuk Musa Aman untuk menentang Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin di Parlimen P.177 Beaufort. Sebagai Janang Gayuh kepada suku kaum Bisaya yang terbesar di Parlimen Beaufort, Musa Aman mempertaruhkan Dato' Azizah Mohd Dun di Parlimen dan Isnin Aliasnih di Dun Klias.

Maruah Musa Aman lebih utama dari BN!!! Walau apapun Beaufort kamu-kamu yang dipilih jadi calon mesti buat kerja

Pertembungan PRU ke 13 kali ini adalah antara maruah Musa Aman untuk mempertahankan dirinya dari dimalukan oleh Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj Ukin. Lantaran itu sejak Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin keluar parti UMNO/ BN dan menubuhkan NGO Pakatan Perubahan Sabah (PPS) menyertai Pakatan Rakyat, Musa Aman tidak berhenti bimbang sehingga terpaksa membawa YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkali-kali ke Parlimen Beaufort. Sesuatu yang pemimpin pusat jarang lakukan khususnya YAB PM dan TPM datang berkunjung ke Parlimen Beaufort. Begitulah tingginya tahap kebimbangan Musa Aman dan sanggup mempertahankan demi maruahnya. Malah sanggup berjanji kepada rakyat memancing undi. Sedangkan selama ini Musa Aman inilah yang menghalang kemajuan dan pembangunan Beaufort sehingga menyekat projek pembangunan yang baik supaya tidak kelihatan di bawa oleh Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. 

Jika Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin sebagai wakil rakyat Parlimen Beaufort tidak bertegas dan memainkan peranannya di peringkat pusat semua pembangunan yang dibawanya tidak mungkin akan berlaku. Tetapi suara dan ketegasannya yang membawa kita kepada semua ini. Lihatlah berapa ramai wakil rakyat BN di luar sana yang bertahun-tahun menjadi wakil rakyat tetapi kawasan mereka ketinggalan. Mengapa? sebab peranan mereka tidak berkesan. Jadi bukan faktor BN tu penentu kemajuan, tetapi wakil rakyat yang berkesan.

Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin dan John OT Ghani semasa penamaan calon bersama rakyat jelata yang tahu dirinya sebagai pemimpin berjiwa rakyat

25 kerusi Parlimen di Sabah, belum tentu dapat di pertahankan oleh BN. Tetapi Musa Aman amat khuatir sehingga memberi tumpuan yang lebih di Parlimen Beaufort. Umum mengetahui sikap dingin Musa Aman sejak dahulu dengan Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin yang sentiasa lantang memberi teguran dan kritikan terhadapnya. 



Kita akan sama-sama melihat keputusan PRU ke 13 selepas 5 Mei 2013 nanti. Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin wakil rakyat yang mesra rakyat dan sentiasa turun padang serta berjasa kepada rakyat tentu akan mendapat simpati rakyat untuk kekal bersamanya. Umum mengetahui sikap dan sifat sebenar calon BN sekarang Dato' Azizah Mohd Dun (kemaruk kuasa sehingga menentang Datuk Lajim sebagai Ketua Bahagian) dan Pemangku Ketua Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih (dikatakan panas baran, pernah menghulur senjata), tidak mesra rakyat juga sentiasa menikam dari belakang terhadap ketuanya. 

Rakyat dan pengundi di Parlimen Beaufort hari ini banyak berpura-pura menyokong BN kerana khuatir diugut oleh pemimpin BN di Parlimen Beaufort yang sudah tidak tertahan lagi mahu berkuasa. Oleh itu ayuh rakyat Beaufort kita tegakkan keadilan di Parlimen Beaufort. Segala jasa Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin terus tersemat dan perlu diterjemah dalam peti undi. Jika pemimpin BN memberi dana ambil, jika mereka berjanji dengar sahaja dan yang lebih penting ialah matlamat kita bersama KEKALKAN Datuk Seri Hj Lajim Hj Ukin sebagai wakil rakyat dan TUMBANGKAN BN. Dengan cara ini sahaja maka Datuk Musa Aman, Dato' Azizah Mohd Dun dan Isnin Hj Aliasnih dapat disingkirkan. Apakah rakyat Parlimen Beaufort mahu melihat campur tangan Musa Aman di Parlimen Beaufort? Bagi masyarakat Bisaya apakah kita tidak sedar dengan permainan orang luar untuk memecah belahkan bangsa kita yang kecil? Apakah melalui calon BN bangsa kita ini dapat dijamin masa depannya sedangkan kita sendiri tahu tentang sikap tamak mereka.

Percayalah dua beradik ini tidak akan pernah AMAN terhadap
Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin. Masanya akan sampai mereka akan
bertapak di Beaufort. Kalau bukan mereka keluarga-keluarga mereka. Amat penting bagi mereka calon-calon BN di Beaufort pro mereka. Sedarlah yang kaya raya adalah mereka tapi rakyat Beaufort sedang di "gula-gulakan". 

NAJIB PENING

Pening, pening, pening


UNDI PKR BERMAKNA 
UNDI DATUK SERI PANGLIMA HJ LAJIM HJ UKIN.

275 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 275 of 275
Anak Sabah said...

Musa, who is also Sabah BN chairman, said the people are aware that the development is not due to individuals or certain leaders but the BN struggle.

Anak Sabah said...

He said the people have given a clear signal of the importance of continuity of development brought about by the BN government.

Anak Sabah said...

The people appreciated the Prime Minister’s efforts via programmes to ease the people’s burden such as 1Malaysia People’s Aid (BR1M), special aid to students, 1Malaysia Clinic and 1Malaysia People’s Shop.

Anak Sabah said...

“Based on several issues and shortcoming of states ruled by the opposition, the people are confident that BN can deliver on its promises, unlike the opposition,” said Musa.

Anak Sabah said...

Beaufort is held by former deputy minister of housing and local government, Datuk Seri Lajim Ukin who quit Umno last year to form Pakatan Perubahan Sabah (PPS), a non-governmental organuisation (NGO) which supports Pakatan Rakyat.

sabahterkini said...

LUCU NI PUAK-PUAK MUSA AMAN. BILA MUSA PAKISTAN INI DIKRITIK BERLUMBA-LUMBA MENJADI PEMBELA. KESIAN MUSA TERPAKSA KE KB, BONGAWAN DAN KUALA PENYU HERET PM KE SANA KEMARI. TAKUTKAN. TAKUT KALAH DIRI SENDIRI TAK ADA TELUR JADI TERPAKSALAH BAWA PM UNTUK MERAIH UNDI. KESIAN RAKYAT DIBODOHKAN 5 TAHUN LAGI. PM NI DENGARNYA BERAPA KALI DI BAWA KE KUALA PENYU UNYTUK RASMI JAMBATAN TAK RASMI-RASMI, PRU JUGALH MEREKA DATANG....MERAYU DAN MENJILAT RAKYAT. KALAU DATUK SERI LAJIM TIDAK KELUAR BN AMAT PASTILAH PM TIDAK AKAN DATANG BEAUFORT. BIASALAH BILA DAH NAK HILANG KUASA DISITULAH DATANG SEMUA

Teruterubozu said...

Perjuangan Barisan Nasional (BN) telah terbukti sejak dari dahulu lagi tidak pernah mengamalkan perjuangan untuk memenuhi kantung kepentingan mana-mana individu atau membohongi rakyat.

Teruterubozu said...

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih menegaskan, perjuangan BN berteraskan keikhlasan dan semuanya adalah untuk rakyat dengan tidak memperguna dan memperbodohkan rakyat.

Teruterubozu said...

"Kita yakin rakyat dapat membuat penilaian terbaik tetapi pada masa sama tidak akan sesekali membiarkan rakyat terus diperbodoh dan dipergunakan khususnya oleh pembangkang," katanya.

Teruterubozu said...

Pengerusi Penyelaras BN Beaufort, pemimpin pembangkang ketika ini ialah mereka yang pernah berjuang dalam BN, bermakna perjuangan mereka selama ini adalah palsu dan tidak ikhlas.

Teruterubozu said...

Katanya, perjuangan mereka kini adalah demi kepentingan peribadi bukannya untuk rakyat.

"Kini mereka tampil dengan pelbagai pembohongan untuk mengaburi mata rakyat dan berusaha menutup pemikiran rakyat agar perjuangan sebenar mereka tidak dikesan.

Teruterubozu said...

"Mereka menyalahkan kepemimpinan BN berhubung pelbagai masalah yang membelenggu rakyat sedangkan masalah itu tidak pernah dikemukakan sebelum ini," katanya.

Teruterubozu said...

Walaupun ramai melihat gelora melanda lautan politik Barisan Nasional Parlimen Beaufort, namun hakikatnya anak-anak kapal yang ditinggalkan nakhodanya masih dapat mengemudi bahtera keramat Umno untuk meneruskan pelayaran menuju destinsasi perjuangan membela rakyat di bawah panji-panji Barisan Nasional.

Paquin said...

Pembangkang membuat tohmahan tidak berasas kononnya Barisan Nasional (BN) semakin lemah di negeri di bawah bayu namun BN masih bertapak kukuh di Sabah meskipun semua fitnah itu diberikan.

Jadi perlulah kita lihat dan nilai sendiri akan kejayaan yang telah diberikan oleh kerajaan BN kepada rakyat terutama sekali di negeri Sabah.

Pembangkang sentiasa mencuri peluang dengan membuat pelbagai tohmahan dengan niat dan matlamat untuk meraih sokongan dan simpati rakyat. Namun sokongan rakyat Sabah begitu hebat sekali dan MCMDKK amat yakin BN akan menempa kejayaan dalam pilihanraya umum 13 nanti.

Paquin said...

Apa yang ada dengan Bajet 2013?

Bajet 2013 merupakan bajet terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia kerana mengambil kira semua lapisan masyarakat. Semua golongan termasuk warga emas, remaja, orang susah dan pelajar sekolah mendapat manfaatnya. Bajet 2013 Negeri Sabah juga semakin tahun semakin meningkat. Ini kerana kerajaan negeri terus dan terus berusaha demi memberikan sumbangan yang terbaik kepada rakyat di negeri tersebut.

Paquin said...

Rakyat negeri Sabah sememangnya beruntung kerana mempunyai Ketua Menteri seperti Datuk Musa Aman yang mana telah mentadbir negeri Sabah dengan sebaiknya dan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kita dapat nilai sendiri akan pujian diterima daripada ketua audit negara yang mana memuji akan pengurusan kewangan negeri Sabah antara yang terbaik di Negara ini.

Paquin said...

Walaupun pelbagai fitnah dan khabar angin diberikan untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman namun semua itu hanya sia-sia kerana apa yang dikatakan semua cumalah cerita kosong semata-mata untuk permainan politik.

Paquin said...

Mereka pembangkang hanya pandai membuat janji tetapi tidak mampu melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Fikirkan masa hadapan kita jadi. Pilihan yang terbaik untuk kita adalah Barisan Nasional.

azman said...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Sabah supaya tidak bimbang atau ragu-ragu dengan manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Sabah kerana ia bukan "manifesto bukan janji" yang kekal tidak kesampaian.

azman said...

"Manifesto BN untuk Sabah dengan tema "Kami telah tunaikan, lebih banyak lagi akan dilaksanakan" Usah bimbang mahupun ragu, manifesto ini bukan 'manifesto bukan janji'," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

azman said...

Najib kini berada di Sabah untuk lawatan kerja dua hari di negeri itu bermula semalam.

azman said...

Manifesto BN Sabah yang bertemakan "Kami Telah Tunaikan Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan', mengandungi 16 perkara utama, merangkumi hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri itu.

azman said...

Manifesto itu merupakan pelengkap kepada manifesto nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 6 April lalu

azman said...

RANAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu lagi Aku Janji dalam Manifesto Barisan Nasional (BN), iaitu pembinaan jalan raya sepanjang 82 kilometer menghubungkan daerah ini dengan ibu negeri.

azman said...

"Rakyat Ranau perlu memberi mandat kepada BN kerana ia penting untuk menjayakan status negara maju berpendapatan tinggi," katanya berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Masyarakat Ranau,

azman said...

pemimpin2 BN melaungkn keyakinan mereka untuk mendapat sokongan rakyat Sabah.

azman said...

pembangkang di Sabah pula kini banyak mengalami perpecahan dalaman.

azman said...

pertembungan dikalangan parti2 pembangkang memperlihatkan pertandingan lebih dari 2 penjuru berlaku di Sabah

Anak Sabah said...

MIC Sabah will work closely with the other component parties to ensure the Barisan Nasional win in the general election.

Anak Sabah said...

“We may not have any candidates to be fielded in the coming 13th general election, but we will contribute and work closely with the other Barisan Nasional component parties to ensure victory for the ruling government,” Sabah MIC liaison chief Datuk V Jothi said

Anak Sabah said...

Jothi added the state government had also not neglected the needs of the Indian community in Sabah, although they might just be a minority in the state.

Anak Sabah said...

“Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has distributed some RM300,000 to temples throughout Sabah. We are grateful that we are not forgotten,” he said, adding some 12,000 Indians are living around Sabah.

Anak Sabah said...

Jothni therefore called on the people to retain the ruling government, which he described as sensitive and fair to the people of Sabah.

Dbawahbayu said...

rakyat telahpun menjalankan tugas mereka sebagai pengundi di PRU13 yang baru berakhir minggu lalu

Dbawahbayu said...

Masing-masing ada pilihan sendiri tapi pastikan kita tetap mengutamakan keharmonian negara.

Dbawahbayu said...

Jangan kerana terlalu taksub untuk tukar, kita bermusuhan sesama bangsa pula.

Dbawahbayu said...

kalah atau menang sudah menjadi lumrah dalam pertandingan...

Dbawahbayu said...

semoga keputusan PRU13 ini dapat diterima oleh rakyat Malaysia

Dbawahbayu said...

Everything is gone now, may all of us focus on what is in front of us.

Dbawahbayu said...

keputusan telahpun menunjukkan BN sudah jadi pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Dbawahbayu said...

jadi, semoga semua dapat menerima hakikat ini

Dbawahbayu said...

yakni, rakyat masih mahukan BN sebagai parti pemerintah mereka

Dbawahbayu said...

Taniah kepada parti BN ke atas kemenangan ini

Unknown said...

BN Sabah memenangi 48 daripada 60 kerusi. Antara kawasan tersebut, DUN Sungai Sibuga yang dimenangi Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Ini kita boleh lihat bahawa hampir semua kerusi DUN di bwah parti Musa Aman memenangi kerusi pilihanraya di Sabah

Unknown said...

Calon baharu BN turut mencatat kejayaan apabila 8 daripada 9 calon yang bertanding menang. Ini termasuklah DUN Kuala Penyu Limus Juri, DUN Lahad Datuk Yusof Apdal, DUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan DUN Sulabayan Dato Jaujan Sambakong. Ini menunjukkan wajah baru bagi perubahan Barisan disambut baik oleh rakyat

Unknown said...

Seperti yang dijangkakan, BN turut menang di dua kerusi panas iaitu Parlimen Beaufort di mana Lajim bertanding dan nyata rakyat di sana masih menyokong Barisan Nasional

Unknown said...

Ketokohan dan kewibawaan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman terserlah apabila parti ini sekali lagi menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional Negeri apabila berjaya memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali DUN Klias

Unknown said...

Sokongan pada rakyat Sabah yang amat memberangsangkan itu membuktikan Musa, yang baru mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal keempat selepas memimpin BN dengan jayanya dalam pilihan raya umum Ahad, Seorang pemimpin yang bijak mengurus kewangan negeri sehingga mempunyai wang simpanan (reserve) melebihi RM 3 bilion.

Unknown said...

BN Sabah, yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, turut menyumbang 22 daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu untuk membolehkan BN menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.

Unknown said...

Musa juga berkata "Saya dan rakan-rakan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah dan berjanji tidak akan mensia-siakan mandat yang diberikan itu malahan kami akan bekerja keras bagi memenuhi kehendak rakyat dengan berkhidmat dengan lebih baik."

Unknown said...

Dalam manifesto bertema '1Malaysia, Janji Ditepati Membawa Harapan' yang dilancar Najib selaku Pengerusi BN Sabah dan Sarawak mendapat perhatian dengan pelbagai projek infrastruktur dijanjikan untuk dibangun di kedua-dua negeri ini.

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pembangunan pesat dinikmati Sabah selama ini, antara lain adalah hasil peruntukan berbilion ringgit setiap tahun daripada kerajaan pusat. Beliau berkata ia dipermudahkan lagi menerusi kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Unknown said...

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata dasar dan pelbagai inisiatif kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas memberi manfaat langsung kepada rakyat juga merupakan faktor sokongan kuat rakyat kepada BN.

Unknown said...

Sokongan berterusan rakyat kepada kerajaan BN selama ini adalah manifestasi daripada kebijaksanaan rakyat 'Negeri Di Bawah Bayu' ini dalam menilai kepimpinan yang diinginkan untuk membela kepentingan mereka, katanya Ketua Menteri Musa Aman.

Unknown said...

Katanya Najib merupakan seorang perancang yang baik serta pemimpin yang penyayang dan dengan itu hubungan baik kerajaan negeri dan pusat yang sekian lama terjalin perlu dikekalkan demi kebaikan rakyat Sabah.

Unknown said...

Ketua Menteri berkata sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan ekonomi Sabah dan Malaysia amnya tidak dapat dinafikan dan berharap masyarakat itu terus menyokong kerajaan BN yang sentiasa peka dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk perniagaan.

Unknown said...

Katanya (Musa) sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, bantuan kerajaan kepada sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh, gereja serta kuil telah meningkat kepada sebanyak RM30 juta setahun berbanding sebelumnya antara RM1 juta hingga RM2 juta setahun.

Unknown said...

Musa mengingatkan rakyat supaya menolak pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji namun gagal menepatinya sehingga ada rakyat di negeri ditadbir pembangkang menyaman kerajaannya sendiri

Unknown said...

Selain itu berhubung di Beaufort Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyelar bekas Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin kerana gemar berbohong apabila mendakwa semua pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di daerah ini merupakan hasil usahanya.Beliau menyifatkan dakwaan itu tidak benar kerana banyak projek besar yang dilaksanakan di daerah itu diusahakan calon BN bagi kerusi Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Unknown said...

"Sebagai contoh, Kompleks Sukan Beaufort, bangunan perpustakaan daerah, jambatan dan bekalan air adalah antara projek yang diusahakan oleh beliau (Azizah)."Namun, dalam kempennya, Lajim mendakwa semua projek itu diusahakannya. Kita ada bukti," ujarnya ketika berucap pada majlis anjuran Yayasan Sabah hari ini.

Unknown said...

Selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri sabah sekali lagi, Datuk Seri Panglima Musa Aman mengatakan "Saya berjanji akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri dengan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan lebih banyak kehendak rakyat dapat direalisasikan dan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan," pada sidang media di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya

Unknown said...

Musa, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dengan majoriti 11,569 undi, percaya kejayaan BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada PRU13 membuktikan Sabah masih menjadi simpanan tetap parti itu.

Unknown said...

Pada pendapat penulis pengaruh Musa dan BN sememangnya tidak dapat dinafikan dan bukan terhad di kawasan DUN Sibuga sahaja tetapi di kawasan Sandakan dan seluruh negeri ini.

Unknown said...

Musa berkata kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Unknown said...

Katua menteri Musa Aman juga berkata "Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri...senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah," katanya.

Anonymous said...

kemenangan BN menunjukkan rakyat masih mahukan pimpinan BN

Anonymous said...

semoga kerajaan BN akan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat berbanding tahun-tahun sebelum ini

Anonymous said...

Harap mandat yang diberikan rakyat pada PRU-13 akan dipergunakan sebaiknya..

Anonymous said...

"Janji perlu ditepati!" itulah yang dilaungkan oleh rakyat..

Anonymous said...

rakyat tahu hanya kerajaan BN yang akan dan tetap membela nasib mereka

Anonymous said...

serta pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan

Anonymous said...

dan sentiasa mempertahankan hak serta kedaulatan negara ini dari dicerobohi

Anonymous said...

berharap BN juga akan memastikan rakyat terus menikmati kesejahteraan, keharmonian dan juga kemakmuran.


Anonymous said...

berharap juga semua wakil rakyat BN sentiasa berusaha memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat.

Anonymous said...

semoga BN akan tetap berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira anutan agama, kaum dan bangsa

«Oldest ‹Older   201 – 275 of 275   Newer› Newest»