Thursday 25 April 2013

KOTA MARUDU BAKAL MILIK PAKATAN RAKYAT!


KUASA RAKYAT

Oleh: Pemerhati Kota Marudu

Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu
kepada Maximus.
 

Pakatan dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort. 8 kerusi lagi yang diintai Pakatan ialah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Penampang. Selain itu Kimanis, Kota Belud, Sipitang dan Pensiangan yang turut mempunyai isu-isu tempatan turut di masukkan dalam senarai yang boleh ditawan.



Kali ini kita meninjau Kerusi Parlimen Kota Marudu yang bakal melihat pertembungan penjuru antara BN, PR, STAR dan SAPP. Walaupun pertembungan PR, STAR dan SAPP 3 pembangkang di kawasan Kota Marudu ini dilihat merugikan namun persaingan lebih tertumpu antara Maximus Ongkili (BN) dan Maijol Mahap bekas Naib Presiden UPKO pemimpin berasal dari Kota Marudu ini.

Maximus seorang ahli Kabinet Persekutuan yang juga Timbalan Presiden PBS  tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan Maijol Mahap bekas Senator di Parlimen yang banyak bersuara ini. Maijol sudah membuktikan kehadiran rakyat Kota Marudu di kediamannya semasa pengumuman beliau keluar BN.



Suara-suara lantang Maijol sebelum ini mengenai RCI dan NCR (Tanah Adat) membuka mata rakyat mengenai usaha-usaha membela rakyat. Misalnya isu tanah adat di Kota Marudu yang di ceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendapat kebenaran kerajaan Negeri (Musa Aman) untuk membangunkan tanah milik rakyat yang diduduki sejak turun temurun oleh mereka.

Begitu juga dengan RCI, hanya beberapa hari Maijol Mahap meninggalkan parti, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengumumkan RCI. Gimik-gimik politik BN ini akhirnya terpaksa dibuat bagi meredakan kemarahan rakyat bagi menyiasat tentang projek IC di Sabah. 

Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus. 

Kali ini tahun 2013 pengundi Kota Marudu ialah 42,197. Apakah 8,939 pengundi ini akan kembali kepada BN atau pengundi PR akan bertambah? Dengan isu-isu yang berlaku di Kota Marudu, sikap wakil rakyat yang jarang turun ke Kota Marudu, tentu rasa tidak puas hati rakyat makin membuak betapa bencinya mereka kepada pemimpin parti komponen seperti PBS dan UPKO yang kini sudah termakan telunjuk Musa Aman UMNO. Syarikat-syarikat besar yang merampas tanah adat melalui kelulusan Ketua Menteri telah menghalau dan memusnahkan tanaman rakyat Kota Marudu yang dimiliki sejak turun-temurun. 



Begitu juga kerusi Dun Matunggung yang diwakili Jelani Hamdan dan di Dun Tandek calon PKR Parlimen tahun 2008 Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau bertanding. Apakah Sarapin Magana (BN- majoriti 2,982) dan Lasiah Baranting (BN- Majoriti 2,237) mampu bertahan kerana lawan mereka dalam PR bukan calang-calang. 

Apakah mereka akan mengundi BN? sama-sama kita nantikan apakah keinginan rakyat?Sejauh mana undi meningkat dan menurun di Parlimen dan Dun. 5 Mei akan menjawab segalanya. 

228 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 228 of 228
mike said...

Sangkin also handed over 37 new PBS membership application forms, including his own, to Dr Maximus who is also PBS deputy president.

Unknown said...

Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan Persekutuan apabila mendapat majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pada 12.50 tengah malam tadi.

Unknown said...

Sementara itu Pakatan Pembangkang yang terdiri dari Parti Keadilan Rakyat memdapat 20 kerusi, DAP 35 kerusi dan PAS 16 kerusi setakat jam 1.30 pagi.

Unknown said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pilihan raya ini menunjukkan berlakunya trend polarisasi pengundian yang membimbangkan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Justeru itu, tambahnya, kerajaan akan memperkenalkan “national reconciliation” untuk mengekang fahaman keterlaluan.

Beliau juga meminta pembangkang hormati keputusan rakyat.

Unknown said...

Antara kerusi yang dimenangi oleh BN ialah Pekan yang dipertahankan oleh Najib. Dalam keputusan yang diumumkan malam tadi Najib memperolehi 51,278 untuk mengalahjkan pencabarnya ,. Mohd Fariz Abd Talib @ Musa (PKR) yang memperoleho 15,665.

Perdana Menteri menang dengan majoriti 35,613 undi.

Unknown said...

Bagaimanapun BN tewas untuk kerusi Penampang apabila Presiden UPKO, Tan Sri Bernarad Gilok Dompok tewas kepada Calon PKR,Ignatius Dorell Leiking. Dompok memperolehi 12,382 bernanding Dorell yang memperolehi 22,598 undi dengan majoiriti 10,216 undi. Seorang lagi calon Melania @ Melanie Annol (STAR) hanya memperolehi 1,119 undi.

Unknown said...

Seorang lagi Presiden parti komponen BN yang tewas ialah Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Liew Vui Keong yang tewas untuk kerusi Parlimen Sandakan.. Liew yang memperolehi 13,138 undi ditewaskan oleh Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh yang memperolehi 14,226 undi. Wong menang dengan majoriti 1,088 undi.

Unknown said...

Bagaimanapun seorang lagi pemimpin UPKO, Datuk Dr Ewon Ebin yang berpindah ke Parlimen Ranau berjaya mengekalkan kerusi itu apabila menang dengan setelah mendapat 15,434 undi menewaskan, Jonathan Yasin (PKR) yang mendapat 11,823 undi, Yazid Sahjinan (Bebas) 914 undi dan Julianah Situn @ Widya Julia (STAR) yang mendapat 2,559. Ewon menang dengan majoiriti 3,611.

Unknown said...

Untuk kerusi Parlimen di Sabah BN turut mengekalkan kerusi Sipitang apabila calonnnya, Datuk Sapawi Ahamd memperolehi 16,377 kerusi menewaskan, Ramle Dua @ Ramli Dua Lee (PKR) yang mendapat 6,908 undi dan Kamis Daming (SAPP) yang mendapat 505. Sapawi menang dengan majoriti 9,469 undi iaitu meningkat dari 2008.

Unknown said...

Sementara itu DAP berjaya mengekalkan kerusi Kota Kinabalu apabila calonnya Jimmy Wong Sze Phin menang dengan majoiriti besar 18,959 undi. Dalam Pilihan raya kali ini Jimmy memperolehi 28,516 undi menewaskan calon BN, Chin Tek Ming yang mendapat 9,557 dan . Liew Hock Leong @ Michael (STAR) hanya memperolehi 909 undi.

Unknown said...

BN juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud apabila Setiausaha BN Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menang dengan majoriti 5,095 undi setelah memperoleh 21,768 undi menewaskan Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy (PKR) yang mendapat 16,673,. Lamsil Amidsor (Bebas) 979 undi, Kanul Gindol (Bebas) yang hanya mendapat 185 undi dan Jalumin Bayogoh (STAR) mendapat 2,709 undi.

Unknown said...

BN berjaya memenangi semula kerusi Parlimen Tawau apabila calonnnya Yap Kain Ching@Mary Yap mendapat 21,331 menewaskan Kong Hong Ming @ Kong Fo Min (PKR) yang mendapat 16,352 dan penyandangnya, Datuk Dr Chua Soon Bui (SAPP) yang hanya sekadar mendapat 633 undi.

Seorang lagi calon bebas yang turut bertanding ialah Ahmad Awang @ Madon (Bebas) yang hanya mendapat 553 undi. Mary Yap menang dengan majoriti 4,979 undi.

Unknown said...

Pemimpin veteran Umno negeri, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang mewakili BN berjaya mempertahankan kerusi Kalabakan juga dengan majoriti besar 14,221 undi.

Beliau yang terbabit dalam pertandingan tujuh penjuru menewaskan , Malvine Reyes (STAR) yang mendapat 1,313 undi,. Freedie Japat Anak Simol (Bebas) 603 undi,. Yahya Zainal (Bebas), Usman Madeaming (PAS) 137 undi, Mohd Manuke (Bebas) 132 undi dan Siamsir Borhan (Bebas) 891 undi.

Unknown said...

Calon BN yang turut mempertahankan kerusi dalam PRU13 ialah Datuk Raime Unggi yang mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Raime menang setelah mendapat 9,771 undi menewaskan calon PKR, Masdan Tumas yang mendapat 5,885 undi, Mutang Sylvester Dawat (KITA) .423 undi, Jaineh Juaya Jimmy Jawatah (SAPP)1,766 Dan bekas guru Hasmin @ Azroy Abdullah (STAR) yang mendapat 2,449 undi.

Unknown said...

Calon muka baru yang dikemukakan oleh BN turut menang dan berjaya merampas kerusi ini dari SAPP apabila calonnya, Datuk Jumat Idris menang dengan majoriti 9,442 undi. Jumat mendapat 22,845 undi menewaskan3. Jeffrey Kumin @ John (DAP) yang memperoleh 13,403, Chin Hon Kiong (SAPP) yang mendapat 4,070 undi, Daniel John Jambun (STAR) memperolehi 1,931 undi.

Unknown said...

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnity Maximus Ongkili berjaya memepertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu untuk BN apabila menang dengan majoriti kecil 842 undi setelah mendapat 15,168 undi dari pecabarnya Datuk Maijol Mahap yang mewakli PKR yang memperoleh 14,326 undi dan dua calon lain iaitu Majamis Timbong (STAR) yang mendapat 2,228 undi dan Yuntau Kolod Kuntau Kolod (SAPP) yang mendapat 444.

Unknown said...

Datuk Bung Moktar Radin juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan apabila mendapat 13,377 undi dengan menewaskan calon PKR, Abdullah Abdul Sani yang mendapat 3,646 undi, Ali Latip Taha (Bebas) 1,130 undi dan Yambuya Parantis @ Cyril Pongod (STAR) 1,153.

Unknown said...

Presiden Pertubuhan Perubahan Pakatan Sabah (PPPS) yang bertanding atas tiket PKR, Datuk Seri Lajim Haji Ukin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort apabila tewas kepada bekas Menteri Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun dalam pertandingan tiga penjuru itu, Azizah menang dengan kelebihan 673 undi.

Lajim memperolehi 12,154 undi manakala Azizah memperoleh 12,827 dan seorang lagi calon Bebas Guan Dee Koh Hoi (STAR) mendapat 409 undi.

Unknown said...

Kata Dr Maximus, "Kami telah berkhidmat dengan baik kepada rakyat dan penduduk di Kota Marudu mempunyai keyakinan terhadap kami dalam aspek pembangunan dan keselamatan,"

Unknown said...

Kata Dr Maximus juga"Kawasan Kota Marudu mengalami kemajuan amat pesat dalam tempoh 10 tahun lepas hasil sokongan dan perhatian khusus kerajaan BN persekutuan dan negeri." Saya juga berpendapat idea ini merangkumi kepada smua kawasan di Sabah.

Unknown said...

Dr Maximus yang juga pernah menyandang Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi membuktikannya mempunyai kredibiliti tinggi dengan itu harus disokong rakyat dalam perjuangannya.

Unknown said...

Melihat kepada projek bioekonomi terbaru di Kota Marudu Dr Maximus berkata 'Secara keseluruhannya, projek beras hibrid ini akan mewujudkan sebanyak 496 peluang pekerjaan di seluruh negara dan menyumbang sebanyak RM450 juta kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan pelaburan sebanyak RM22 juta. Ini pada pendapat saya juga salah salah sumbangan yang amat besar harus disyukuri oleh rakyat di seluruh Sabah.

Unknown said...

Projek ini juga diharap dapat menyumbang kepada kemampuan negara untuk menampung keperluan dan menjamin keselamatan makanan negara selain meningkatkan pendapatan petani tempatan sehingga RM1.6 bilion setahun menjelang 2020," katanya ketika berucap dalam pelancaran Projek Bioekonomi.

Unknown said...

Dalam pada itu juga Dr Maximus mengatakan ''Kota Marudu merupakan salah satu kawasan yang telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Bioekonomi (BTP) bagi Projek Beras Hibrid untuk penanaman hibrid Japonica dan Indica yang mampu menghasilkan pengeluaran sehingga 30 peratus lebih daripada padi konvensional.

Unknown said...

Berikutan adalah sumbangan yang beliau (Dr Maximus Ongkili) mentakan bahawa Secara keseluruhannya, projek beras hibrid ini akan mewujudkan sebanyak 496 peluang pekerjaan di seluruh negara dan menyumbang sebanyak RM450 juta kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan pelaburan sebanyak RM22 juta. Dengan ini adalah harapan supaya belia melibatkan diri terhadap peluang yang diberi oleh kerajaan khususnya daerah tersebut.

Unknown said...

Tambahan lagi Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Tamu Peladang Tandek dan Penyerahan Bantuan Input Pertanian di Pekan Tandek. Menurutnya, sejak 2010 sebanyak 2.97 juta ringgit disalurkan bagi projek-projek kecil pertanian selain peruntukan sebanyak 2.53-juta ringgit bagi membaikpulih 211-buah rumah nelayan. Ini pada pendapat menunjukkan kerajaan serta keprihatinnya terhadap penduduk Kota Marudu selaku Wakil Rakyat kawasan tersebut.

Unknown said...

Berikutan daripada projek2 yang diluluskan oleh kerajaan dan Datuk Dr Maximus Ongkili juga Kota Marudu akan terus menjadikan sektor pertanian dan perladangan sebagai sumber ekonomi utama khususnya dalam bidang penanaman padi, getah, kelapa sawit dan tanaman jangka pendek lain.

Unknown said...

Datuk Dr Maximus Ongkili berkata usaha itu mampu mempercepatkan lagi proses transformasi ekonomi sekaligus menjadikan Kota Marudu hub ekonomi utama di bahagian utara Sabah.saya juga berpendapat agar usaha ini boleh dilakukan di lain kawasan juga supaya mempunyai keseragaman dalam kemajuan.

«Oldest ‹Older   201 – 228 of 228   Newer› Newest»