Oleh: Pemerhati Kuala Penyu
Kehadiran Najib Tun Razak ke Kuala Penyu baru-baru ini yang dilaporkan oleh pelbagai media kononnya 50ribu orang, sekejab 15 ribu orang dan bermacam-macam lagi angka. Apapun kehadiran Najib di Parlimen Beaufort sudah dijangka dan bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi warga Parlimen Beaufort.
Apapun bagi pengundi 30,097 Parlimen Beaufort (Dun Klias15,338 dan Dun Kuala Penyu 14,759) mereka lebih tahu apa yang berlaku di Beaufort. Ditengah-tengah BN mempunyai kemenangan kerusi yang banyak dalam PRU, Kuala Penyu pernah mencipta kejutan apabila menumbangkan calon BN, Datuk Wences Anggang (UPKO) dan memberikan kepada Calon Bebas Datuk John Ghani pada ketika itu. Kali ini Datuk John Ghani kembali bertanding sebagai calon PKR di Kuala Penyu. Begitulah uniknya Kuala Penyu... mereka boleh mengundi sesiapa yang mereka rasa boleh bekerja dengan mereka bukan yang kaya atau gila kuasa yang mereka sukar dampinginya. Bagi mereka kehadiran Najib, TPM dan Musa Aman di Kuala Penyu bukan sesuatu yang menghairankan dan tidak lebih dari satu penghormatan untuk mereka melayan sesiapa sahaja pemimpin yang datang. Sesuatu yang luar biasa apabila rakyat dan pemimpin menjadi pembangkang maka kawasan itu mendapat perhatian. Bagi mereka yang datang dan beri duit ambil...ambil sahaja. "Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari yang penting peti undi-undi adalah rahsia. " Apakah pengundi Parlimen Beaufort lupa dengan apa yang Dato' Azizah lakukan semasa menjadi ahli Parlimen?...mungkin TIDAK.
MACAM NI RUPANYA WAJAH KUALA PENYU. FIRST TIME AKU DATANG SINI. OPSS INI PENGUNDI KUALA PENYU KE BEAUFORT? SABAR-SABAR SAYA AKAN SALAM. MAKLUM FIRST TIME. |
Najib oh Najib. Rekod kehadiran Najib di Parlimen Beaufort sesuatu yang boleh dicatat dalam Malaysia Book of Record kerana sejak beliau merasmikan Persidangan UMNO Beaufort ( Timbalan Presiden UMNO ketika itu) hanya sekali beliau datang menjenguk Beaufort. Kini semasa menjadi PM, Najib telah hadir kali kedua di Parlimen Beaufort, dan lagi luar biasa kali pertama sepanjang hayat PM hadir di Kuala Penyu.
Menurut sumber dari Beaufort, Najib yang sejak menjadi TPM pernah di jemput ke Kuala Penyu bagi merasmikan Jambatan Sitompok Kuala Penyu namun tidak pernah menghadirinya atas sebab-sebab tertentu. Hanya selepas Datuk Seri Lajim keluar dari BN, maka muncullah wajah Najib bagi merasmikan jambatan tersebut. Begitulah bila dah takut dan wajah sebenar pemimpin UMNO. Bila berkuasa mereka pandang enteng, bila dah hampir nak hilang kuasa dan dekat pilihanraya maka muncullah mereka. Sesuai dengan situasi " masa kempen janji macam-macam bila dah berkuasa batang hidung pun tidak nampak. Rakyat juga yang derita".
Rekod Tan Sri Muhyiddin Yassin turun di Parlimen Beaufort sebanyak 2 kali juga mungkin boleh disenaraikan dalam Malaysia Book of Record dan kali pertama beliau menjejakkan kaki di Kuala Penyu (berucap mengutuk Datuk Lajim) adalah petanda Kuala Penyu pernah dilawat oleh dua pemimpin utama (PM dan TPM) negara. Sayangnya semua itu selepas Datuk Seri Lajim keluar dari BN. Jika tidak maka sampai kiamatlah dua pemimpin UMNO/BN ini tidak akan menjejakkan kaki mereka di Kuala Penyu.
UNDILAH CALON TERBAIK- BUKAN SEKADAR MAHU BN YANG TERBUKTI GAGAL DI KUALA PENYU. INGATLAH YANG MISKIN RAKYAT. YANG KAYA IALAH PEMIMPIN BIDAN TERJUN. |
Apabila gentar dan takut maka disitulah PM mengumumkan projek bekalan air Beaufort sebanyak 226 juta yang selama ini semasa Datuk Seri Lajim sebagai ahli parlimen di pohon berkali-kali bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang sentiasa terputus di Kuala Penyu. Jika dahulu Musa Aman, KKLW dan PM berkata "sabarlah peruntukan dan dana belum mencukupi untuk projek ini, kita akan masukkan dalam Rancangan Malaysia seterusnya". Begitu juga sejak Azizah Mohd Dun menjadi ahli parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Tempatan tidak pernahlah pula Azizah berjaya menyelesaikan masalah bekalan air di Kuala Penyu itu, malah jalan-jalan raya di Beaufort dan Kuala Penyu kekal tidak dibina (ada jalan dari sebelum merdeka tidak dibina). Hanya semasa Datuk Seri Lajim semua itu wujud. Itulah hebatnya Datuk Seri Lajim, berani dan berdiplomlasi menyelesaikan masalah rakyat.
Sekali lagi! Hanya selepas Datuk Seri Lajim menjadi Ahli Parlimen Beaufort begitu banyak yang berubah. Atas sikapnya yang berterus terang, menyuarakan kepada PM pada masa itu, dan juga menyelesaikan dengan menteri-menteri dan jabatan berkaitan. Ini membuktikan betapa dalam BN pun kalau pemimpin itu dungu, tidak "perform" dan berkesan maka pembangunan tetap terbantut. Dato' Azizah Mohd Dun menjadi Ahli Parlimen terbukti masalah tersebut itu berlaku. Jasa Datuk Azizah hanyalah projek penanaman Kelapa tepi jalan dari Menumbok ke Kuala Penyu (pokok mati) itu sahaja yang diingati oleh rakyat Beaufort.
Kehadiran PM dan TPM ke Beaufort hanya mencerminkan satu perkara yang jelas iaitu kegagalan Musa Aman untuk meraih sokongan dan menyelesaikan masalah Beaufort. Malah di Sabah umumnya. Kerana beliau gagal maka terpaksalah meminta bantuan Najib dan Muhyiddin turun padang. Beruntung parlimen-parlimen yang Musa Aman rasa khuatir tercicir oleh BN seperti Tenom, Kimanis, Papar, Lahad Datu dan Kota Belud. Penubuhan PPS oleh Datuk Seri Lajim dan APS oleh Datuk Wilfred Bumburing ternyata telah memberi kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat di Sabah apabila calon-calon mereka diberi peluang bertanding. Matlamat yang sama " Tukar dan Tumbang BN" mengukuhkan ikatan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Kalau Musa Aman yang datang berkempen dan bersuara maka rakyat meluat dan tidak datang. Maka tiadalah laporan 50 ribu orang itu. Kesian yang hadir adalah rakyat biasa kadang bukan pengundi asal di kawasan tersebut. Apalah gunanya datang beramai-ramai tu kalau bukan pengundi di kawasan itu?....Najib oh Najib jadi Kuli Bataklah kau oleh si Musa Aman itu.
Jika PM datang ke Parlimen Beaufort. Ketua Umum PKR juga akan datang ke Parlimen Beaufort pada 27 April 2013 (Sabtu). Kita saksikan siapa yang hadir esok. Rakyat akan tunjukkan sokongan mereka. Ayuh TUKAR BN di Parlimen Beaufort.
201 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 201 of 201"Saya tidak menafikan ketahanannya hanya dalam tempoh yang singkat, jika tiada kajian untuk mengekalkan tempoh hayatnya sudah pasti makanan ini hanya dapat dipasarkan di tempat sendiri," katanya.
Post a Comment